Ini adalah panduan Surah Al A’la Rumi (transliterasi)
Anda akan dibimbing secara lengkap bacaan surah ini secara ayat demi ayat. Bantuan audio juga akan disediakan.
Semoga membantu..
Pengenalan
Surah Al A’la mempunyai 19 ayat.
Surah ini termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, dan diturunkan sesudah surah At-Takwir.
Nama Al A’la diambil dari kata “Al A’lΔ” yang terdapat pada ayat pertama, bererti Yang Paling Tinggi.
Muslim meriwayatkan dalam kitab Al-Jumu’ah, dan diriwayatkan pula oleh Ashhabus Sunan, dari Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah ο·Ί pada solat dua hari Raya (Fitri dan Adha) dan Solat Jumaat membaca surah Al- A’la pada raka’at pertama dan surah Al-Ghasyiyah pada raka’at kedua.
Ayat berkaitan keimanan:
- Perintah Allah untuk bertasbih dengan menyebut nama-Nya.
- Nabi Muhammad ο·Ί sekali-kali tidak lupa pada ayat-ayat yang dibacakan kepadanya.
- Jalan-jalan yang menjadikan orang berjaya hidup dunia dan akhirat.
- Allah menciptakan, menyempurnakan ciptaan-Nya menentukan kadar-kadar, memberi petunjuk dan melengkapi keperluan-keperluannya sehingga tercapai tujuannya.
Bacaan Surah Al A’la Rumi (Transliterasi)
sabbiαΈ₯isma rabbikal-aβlΔ
Maksud:
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), –
allaΕΌΔ« khalaqa fa sawwΔ
Maksud:
Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya,
wallaΕΌΔ« qaddara fa hadΔ
Maksud:
Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya),
wallaΕΌΔ« akhrajal-marβΔ
Maksud:
Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,
fa jaβalahΕ« guαΉ‘Δ’an aαΈ₯wΔ
Maksud:
Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering – (berubah warnanya) kehitam-hitaman.
sanuqri’uka fa lΔ tansΔ
Maksud:
Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu – dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,
illΔ mΔ syΔ’allΔh, innahΕ« yaβlamul-jahra wa mΔ yakhfΔ
Maksud:
Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan, sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.
wa nuyassiruka lil-yusrΔ
Maksud:
Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
fa ΕΌakkir in nafaβatiΕΌ-ΕΌikrΔ
Maksud:
Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna),
sayaΕΌΕΌakkaru may yakhsyΔ
Maksud:
Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu,
wa yatajannabuhal-asyqΔ
Maksud:
Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
allaΕΌΔ« yaαΉ£lan-nΔral-kubrΔ
Maksud:
Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
αΉ‘umma lΔ yamΕ«tu fΔ«hΔ wa lΔ yaαΈ₯yΔ
Maksud:
Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
qad aflaαΈ₯a man tazakkΔ
Maksud:
Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
wa ΕΌakarasma rabbihΔ« fa αΉ£allΔ
Maksud:
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
bal tu’αΉ‘irΕ«nal-αΈ₯ayΔtad-dun-yΔ
Maksud:
(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia,
wal-Δkhiratu khairuw wa abqΔ
Maksud:
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
inna hΔΕΌΔ lafiαΉ£-αΉ£uαΈ₯ufil-Ε«lΔ
Maksud:
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, –
αΉ£uαΈ₯ufi ibrΔhΔ«ma wa mΕ«sΔ
Maksud:
Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
Asbabun Nuzul
Ayat 6
Firman Allah:
“Kami akan membacakan (Al-Qur’an) kepadamu (Muhammad) maka kamu tidak akan lupa.”
Sebab Turunnya Ayat
Ath-Thabarani meriwayatkan dari Ibnu Abbas, diaa mengatakan; Dahulu Nabi ο·Ί ketika didatangi Jibril yang membawa wahyu, maka belum sampai Jibril selesai menyampaikan wahyu, maka Nabi ο·Ί segera mengulang wahyu itu dari pertama kerana khuatir lupa.
Maka Allah menurunkan ayat, “Kami akan membacakan (Al-Qur’an) kepadamu (Muhammad) maka kamu tidak akan lupa.”
* Dalam sanad hadis ini ada Juwaibir yang lemah sekali (dha’if jiddan).
Fadhilat & Kelebihan Surah Al A’la
Selain disunnahkan untuk dibacakan pada Solat Jumaat rakaat pertama, Surah Al A’la juga mempunyai kelebihan lainnya yang sangat berguna bagi kita sebagai makhluk milik Allah SWT :
1. Penawar Hati Yang Gelisah
Kelebihan Surah Al A’la yang pertama adalah dapat menjadi penawar hati yang sedang gelisah.
Selalu berzikir dengan menyebut nama Allah SWT dan membaca Surah Al A’la dengan tulus dan ikhlas akan menjadikan hati kita yang sedang gelisah terutama kerana hal duniawi akan kembali menjadi berseri.
2. Penerang Hati Yang Sedang Diselubungi Banyak Masalah
Tak Hanya sebagai penawar hati yang sedang gelisah. Kelebihan Surah Al A’la juga sebagai penerang hati.
Bagi anda yang sedang dirundung masalah duniawi maka mengamalkan Surah Al A’la akan dapat menjadi salah salah satu upaya untuk mendapatkan ketenangan hati.
3. Mendapatkan Pahala Kebaikan Sebanyak Huruf Yang Telah Diturunkan Kepada Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Dan Nabi Isa
Ya benar kelebihan surah al a’la selanjutnya adalah bagi siapapun yang membaca surah Al-Aβala dengan tulus dan ikhlas kerana Allah SWT, maka dia akan mendapatkan pahala kebaikan sebanyak huruf yang telah diturunkan kepada Nabi Ibrahim, Nabi Musa, dan Nabi Isa.
Kelebihan surah Al A’la ini berdasarkan riwayat berikut;
Dari Ubay bin Kaβab, dia berkata; Rasulullah ο·Ί berkata kepadaku, βBarangsiapa membaca surah βSabbihisma robbikal aβlaa, maka Allah akan memberinya pahala sepuluh kebaikan dengan hitungan setiap huruf yang diturunkan Allah atas Nabi Ibrahim, Musa, Isa, semoga Allah memberikan kepada mereka semua.
4. Surah Yang Dicintai oleh Rasulullah ο·Ί
Keutaamaan Surah Al A’la berikutnya adalah merupakan surah yang sangat dicintai oleh Rasulullah ο·Ί.
Kelebihan ini berdasarkan riwayat berikut;
Dari Sayidina Ali bahwa dia pernah berkata; Nabi ο·Ί mencintai surah ini, iaitu Sabbihisma robbikal aβlaa.
Selain di sunnahkan dibacakan pada pelaksanaan Solat Jumaat, surah Al-Aβla juga di sunnahkan dibaca saat Solat Witir.
Hal ini berdasarkan riwayat bahawa surah al A’la merupakan surah yang dibaca oleh Nabi ο·Ί ketika melaksanakan Solat Witir.
Dari Imran bin Husain bahawa sesungguhnya Nabi ο·Ί melaksanakan solat Witir dengan membaca surah Sabbihisma robbikal aβlaa, Qul yaa ayyuhal kafirun, dan Qul huwallaahu ahad.
Transliterasi Surah-Surah lain
Antara surah lain yang sudah ditambah tranliterasi untuk membantu anda:
Nota Penutup
Semoga Transliterasi Rumi ini dapat membantu anda yang sukar membaca / sedang belajar mengenal al-Quran.
Sememangnya penggunaan transliterasi rumi adalah kurang tepat dari segi sebutan, namun saya berharap panduan ini dapat membantu sedikit sebanyak saudara-saudari sekalian yang memerlukan bantuan sebegini.
Saya berdoa agar Allah memudahkan urusan kita semua belajar membaca al-Quran dan memperoleh barakah daripadanya.
Semoga Allah melapangkan hati kita dan dibukakan hati kita kepada ilmu.
Tinggalkan Komen Anda..