NIAT & CARA SOLAT SUNAT RAYA AIDILFITRI (Lengkap)

solat sunat raya

Bagaimana niat dan cara Solat Sunat Aidilfitri?

Ini adalah panduan lengkap untuk melakukan Solat Sunat Aidilfitri berserta cara untuk melaungkan takbir raya.

Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.

Apa yang menarik:

Panduan ini juga dipermudahkan dengan transliterasi rumi untuk membantu anda.

Semoga bermanfaat..

Pengenalan

Hari raya aidilfitiri

Hari raya dalam Islam adalah hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha.

Kemuncak sambutan hari raya adalah Solat Sunat Hari Raya pada paginya.

Hukum solat sunat hari raya adalah sunat muakkad iaitu solat sunat yang sangat dituntut melaksanakannya. Solat sunat hari raya dilaksanakan secara berjamaah dan menjadi syiar untuk agama Islam.

Takrif Eid

Perkataan ‘eid’ ( العِيْدُ ) diambil daripada perkataan ‘audah’ ( العَوْدة ) yang bermaksud kembali atau berulang.

Mungkin kerana hari raya ini berulang dan kembali setiap tahun atau kerana berulangnya kegembiraan menyambutnya.

Takrif Fitrah & Aidilfitri

Fitrah bererti asal kejadian atau kejadian semulajadi sesuatu benda. Dan dinamakan Aidilfitri kerana zakat fitrah diwajibkan ke atas orang Islam pada hari tersebut.

Pensyariatan Solat Sunat Hari Raya

Solat sunat Hari Raya Aidilfitri disyariatkan pada tahun kedua Hijrah.

Solat sunat hari raya yang pertama dikerjakan oleh Rasulullah SAW ialah solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan kemudian diikuti Aidiladha pada tahun kedua Hijrah.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Said al-Khudri r.a, katanya:

Bahawa Rasulullah SAW keluar pada Hari Raya Korban (Aidiladha) dan Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Baginda memulai dengan solat. Setelah selesai solat dan memberi salam, Baginda berdiri menghadap orang ramai yang masih duduk di tempat solat mereka masing-masing.

Jika Baginda mempunyai hajat yang ingin disampaikan, Baginda tuturkannya kepada orang ramai ataupun ada keperluan lain, maka Baginda akan memerintahkan mereka mengerjakannya.

Baginda selalu bersabda: ‘Bersedekahlah! Bersedekahlah! Bersedekahlah!

Baginda merupakan orang yang paling banyak bersedekah kepada kaum wanita. Kemudian Baginda beredar pulang

(Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Dua Hari Raya)

Hukum Solat Hari Raya

Mazhab Syafi’e dan Maliki menghukum solat sunat hari raya sebagai sunat muakkad.

Sunat muakkad bermaksud sunat yang sangat dituntut. Ini kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak ia disyariatkan sehinggalah Baginda wafat.

Ibn Umar r.a meriwayatkan:

Nabi SAW, Abu Bakar dan Umar r.a kesemuanya mendirikan solat dua hari raya sebelum khutbah.

(Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Solat Dua Hari Raya)

Perlaksanaan solat ini digalakkan secara berjemaah sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis Said al-Khudri.

Tetapi, ia tetap sah jika dilakukan secara bersendirian.

Panduan SOLAT SUNAT RAYA AIDILFITRI

Waktu Solat Sunat Raya Aidilfitri

Waktu bagi solat sunat raya aidilfitri ialah sesudah terbit matahari, lebih kurang jam 8.00 pagi waktu Malaysia (Semenanjung) sehinggalah kepada sebelum masuk waktu zohor.

Ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari daripada al-Barra’ r.a bahawa dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW berkhutbah dengan bersabda:

Perkara pertama yang akan kita lakukan pada hari ini ialah mengerjakan solat.

Oleh itu, waktu yang paling afdal ialah ketika matahari naik sekadar segalah, kerana pada waktu itu Rasulullah SAW sering melakukan solat.

Di pagi hari raya disunatkan kita mandi sunat hari raya sebelum ke masjid.

Amalan Sunat Pada Pagi Aidilfitri

Pada pagi hari raya, disunatkan untuk melakukan beberapa perkara berikut:

Niat Mandi Sunat Aidilfitri

Disunatkan mandi hari raya sekalipun tidak berhasrat untuk menghadiri majlis solat hari raya kerana hari raya adalah yaum az-zinah iaitu hari perhiasan.

Lafaz niat mandi sunat hari raya Aidilfitri adalah:

lafaz niat mandi sunat aidilfitri
Niat mandi Sunat Aidilfitri

 Nawaitul ghusla li idilfitri sunnatan lillahi Taala 

Maksudnya:

Sahaja aku mandi sunat hari raya Aidilfitri kerana Allah Taala.

Sunat mandi ini adalah berdasarkan amalan sahabat di mana Imam Malik meriwayatkan dari Nafi’ yang menceritakan;

Sesungguhnya Ibnu Umar r.a. mandi pada hari raya fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya”.

– Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’. Menurut Imam Nawawi; atsar ini adalah soheh


Memakai Pakaian Baru & Berwangi-Wangian

Berhias

Selain dari mandi disunatkan juga menggunting atau mencukur rambut, memotong kuku dan menghilang bau-bau di badan dan pakaian kerana hari tersebut adalah hari raya, maka disunatkan perkara-perkara tersebut dengan dikiaskan kepada hari jumaat.

Menurut Imam Ibnu Rusyd; sunat mandi hari raya adalah ijma’ ulamak.

(Lihat; Bidayatul-Mujtahid, jil. 1, hlm. 283)

Berpakaian Baru

Berkata Imam Ibnul-Qayyim;

Nabi s.a.w. memakai untuk dua hari raya pakaian baginda yang paling cantik. Baginda mempunyai jubah khusus yang dipakai baginda untuk dua hari raya dan juga hari jumaat”.

Ia disunatkan kepada semua orang termasuk yang tinggal atau solat di rumah kerana hari raya adalah hari perhiasan (يوم الزينة).

Bagi yang memiliki hanya satu pakaian, ia disunatkan membasuh pakaian itu untuk hari raya sebagaimana juga hari jumaat.


Makan Dahulu

Sebelum menunaikan solat, dianjurkan untuk menjamah sedikit juadah. Jika terdapat buah kurma, hendaklah makan dalam jumlah yang ganjil.


Pergi Ke Masjid Melalui Jalan Lain

Disunatkan untuk pergi ke masjid dan pulang dari masjid menggunakan jalan yang berlainan.

Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa:

Nabi SAW apabila keluar untuk solat hari raya Baginda tidak akan kembali (ke rumahnya) melalui jalan yang sama.

Riwayat Ibn Majah dan Sunan Ibn Majah, kitab Mendirikan Solat dan Sunat-sunatnya

Lafaz Takbir Hari Raya

Bertakbir disunatkan bermula daripada tenggelam matahari pada malam hari raya hingga imam bertakbiratul ihram untuk solat sunat hari raya.

Firman Allah SWT:

…. Dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur

(Surah al-Baqarah 2:185)

Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW dan para sahabat.

Diriwayatkan daripada Ali dan Ammar r.a:

Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah, selepas solat Subuh dan menghentikannya selepas solat Asar di akhir hari-hari Tasyrik.

(Riwayat al-Hakim)

Oleh itu marilah kita sekeluarga menghidupkan hari raya dengan bertakbir di rumah.

Lafaz takbir raya adalah seperti berikut:

YouTube video
takbir raya

  Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar..! 

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar..!


takbir-raya

 Laa ilaaha illallahu wallahu akbar 

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar


takbir-raya

  Allaahu akbar walillaahil hamd’  

Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian

*** Ulang 3 kali ***


takbir raya


  Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar..!  

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar..!


takbir-raya


 Allahu akbar kabiiraa 

Allah Maha Besar sebesar-besarnya


takbir-raya-5


  Walhamdulillaahi katsiiraa 

Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya


takbir raya


  Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa 

Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang



 Laa ilaaha illallallahu 

Tidak ada Tuhan melainkan Allah



  walaa na’budu illaa iyyaahu 

kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya


takbir-raya


 Mukhlishiina lahuddiin 

dengan ikhlas untuk agama (Islam)


takbir-raya


  Walau karihal kaafiruun 

walaupun dibenci oleh golongan kafir



  Laa ilaaha illallallahu wahdah 

Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa



  Sadaqa wa’dah 

yang benar janji-Nya



  Wanashara ‘abdah 

dan yang menolong hamba-Nya



 Wa a’azza jundahu 

dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin)



 Wahazamal ahzaaba wahdah 

dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya



 Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar 

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar


takbir raya


  Allaahu akbar walillaahil hamd’ 

Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian


takbir raya

  Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar..! 

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar..!


takbir-raya

  Laa ilaaha illallahu wallahu akbar 

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar


takbir-raya

 Allaahu akbar walillaahil hamd’ 

Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian

Niat Solat Sunat Aidilfitri

Setelah tiba waktu untuk mendirikan solat sunat Aidilfitri, mulakan solat dengan lafaz niat:

Niat Solat Raya (Imam)

Jika anda menjadi imam untuk solat berjemaah bersama keluarga, berniatlah sebagai imam:

Niat Imam Solat Hari Raya
Niat untuk Imam

  Usolli Sunnatan ‘idilfitri Rak’ataini imaman Lillahi Taala 

Maksudnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.


Niat Solat Raya (Makmum)

Niat makmum solat raya

 Usolli Sunnatan ‘idilfitri Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala 

Maksudnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.


Niat Solat Raya Bersendirian

Jika anda solat secara seorang diri, gunakan niat ini:

niat solat raya sendiri

  Usolli Sunnatan ‘idilfitri Rak’ataini Adaan Lillahi Taala 

Maksudnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat tunai kerana Allah Taala.

Jumlah Rakaat

Jumlah rakaat bagi solat sunat Aidilfitri adalah dua rakaat sahaja.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri

Cara mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri adalah seperti berikut:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan dengan takbiratul ihram.

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat dalam hati.

Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat tunai kerana Allah Taala.

Nota

Anda boleh rujuk niat solat sunat Aidilfitri yang telah dinyatakan pada bahagian niat di atas.

Jika anda mengalami kesukaran untuk berniat semasa takbiratul ihram, anda boleh juga berniat sebelum mengangkat takbir.

Tangan diangkat sehingga separas telinga semasa takbiratul ihram

2. Kemudian, bacalah doa Iftitah.

doa iftitah
Doa Iftitah

Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina.

Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.

Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin


3. Lakukan Takbir Tambahan

Selesai bacaan Iftitah, kita akan bertakbir sebanyak tujuh kali yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.

(Takbir tujuh kali dan tasbih enam kali).

takbiratul ihram

Bacaan tasbih diantara takbir adalah seperti berikut:

bacaan tasbih dalam solat sunat tasbih
Bacaan tasbih

 Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim 

Maksudnya:

Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.


4. Selesai takbir sebanyak tujuh kali, seterusnya kita akan membaca surah al-Fatihah.

Jika solat berjemaah, surah al-Fatihah dibacakan sesudah imam selesai membaca al-Fatihah.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


5. Baca surah selepas al-Fatihah

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula ayat daripada surah al-Quran seperti surah al-A’la (atau surah ringkas yang lain).

* Pemilihan surah adalah bebas. Anda boleh membaca mana-mana surah yang disukai.


6. Solat diteruskan dengan rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.

Rukuk
sujud
Sujud

Selesai sujud kali kedua, maka bangunlah berdiri kembali untuk rakaat kedua.

Rakaat Kedua

7. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

Kaedah melakukan takbir intiqalat adalah sama dengan takbiratul ihram

8. Pada rakaat kedua juga dilakukan takbir tambahan.

Bertakbirlah sebanyak lima kali yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.

(Takbir lima kali dan tasbih empat kali).

bacaan tasbih dalam solat sunat tasbih

 Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim 


9. Membaca al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, pada rakaat kedua juga dibacakan surah al-Fatihah.

(Surah al-Fatihah adalah rukun dalam solat, oleh itu ia wajib dilakukan)

surah al fatihah
surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


10. Membaca surah selepas al-Fatihah

Bacalah surah daripada surah al-Quran seperti Surah al-Ghasyiyah (atau surah ringkas yang lain).


11. Solat diteruskan dengan rukuk, sujud dan tahiyyat akhir.

rukuk solat
Rukuk
Sujud
tahiyat awal
Tahiyyat Akhir

12. Memberi salam.

Setelah memberi salam, maka selesailah Solat Sunat Aidilfitri tersebut.

salam

Bacaan Khutbah Raya 

Bilakah khutbah raya dibacakan?

Tidak seperti khutbah Jumaat, khutbah raya akan dibacakan oleh khatib selepas solat sunat aidilfitri.

Hukum khutbah adalah sunat.

Oleh itu, solat sunat hari raya boleh dilaksanakan tanpa, atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian.

Jika solat seorang diri, maka tidak perlulah berkhutbah.

Rukun Khutbah Raya

Apakah maksud rukun khutbah?

Rukun khutbah secara mudahnya adalah perkara yang wajib dilakukan dalam khutbah.

Menurut mazhab Syafi’ie; rukun-rukun khutbah hari raya sama sepertimana khutbah Jumaat, iaitu;

  1. Memuji Allah (yakni mengucapkan al-Hamdulillah) dengan sebarang bentuk pujian.
  2. Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sebarang bentuk selawat.
  3. Memberi pesanan dengan takwa
  4. Membaca sepotong ayat dari al-Quran pada salah satu dari dua khutbah.
  5. Membaca doa untuk sekelian kaum muslimin dalam khutbah kedua.

Disunatkan imam memulakan khutbah pertama dengan bertakbir (yakni melaungkan Allahu-Akbar) sembilan kali dan memulakan khutbah kedua dengan bertakbir tujuh kali.

Dari ‘Ubaidillah bin ‘Abdillah bin ‘Utbah r.a. yang menceritakan;

Menjadi sunnah memulakan khutbah pertama dengan sembilan kali takbir yang berturut-turut dan memulakan khutbah kedua dengan tujuh kali takbir yang berturut-turut” 

– Riwayat Imam al-Baihaqi

Marilah Berhari Raya Seperti Orang Beriman

Pada pagi hari raya, orang yang beriman akan mandi dan memakai pakaian yang serba baharu atau yang bersih dan indah.

Mereka akan pergi ke masjid melalui satu jalan dan pulang melalui jalan yang lain, dengan tujuan dapat bertemu lebih ramai sahabat  handai dan saudara sesama Islam.

Mereka akan mengucapkan Salam Aidilfitri sambil berbalas-balas senyuman, ucapan tahniah dan sama-sama menyatakan rasa syukur kepada Allah atas petunjuk dan hidayah-Nya sehingga mampu menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

145 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Muhammad ridzuan bin kasim
11 bulan yang lalu

Assalamualaikum ust,bagaimana yg dikatakan,takbir 7kali.tasbih 6 kali.. Kurang faham lah ust..bermakna takbir yg terakhir terus baca al fatihah ke ust?

alifmimyanun
1 tahun yang lalu

istilah yang betul adalah ‘solat -hari- raya’, bukan solat raya.
raya bermaksud besar, maka apabila diletak perkataan ‘raya’ di belakang ‘solat’, menjadilah ia ‘solat besar’.
maka apa dia yang namanya solat besar ini?

apabila kita mahu memberikan maklumat, adalah penting bahasa yang kita guna itu tidak mendatangkan keliru, kerana dari keliru datanglah fitnah dan celaru.

seperti yang Allah persoalkan kepada kita di dalam surah al-Rahman;
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
bahasa, kita mendustakan bahasa.
kita terbiasa membuat yang salah, hingga kita tidak mahu berubah.

hamba keliru..
1 tahun yang lalu

assalamualaikum, ustaz..
sy ada kemusykilan, benarkah..

  1. semua solat sunat tidak perlu baca doa iftitah..melainkan hanya d baca ketika solat fardhu.

mohon pencerahan, ustaz..terima kasih..

Mysyara
1 tahun yang lalu

Bolehkah kita bertakbir Aidilfitri selama 3hari?

SHAWLA
1 tahun yang lalu

Terima Kasih admin… Sye baru sngt nk belajar semula dngn Agama kite… Alhamdulillah mmg sngt membantu… Terima Kasih bnyak…

Wan Muhammad Adnin Naim
1 tahun yang lalu

Sangat berguna dan membuatkan saya lebih faham. Terima kasih.

Ainul
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum..Boleh tak solat sunat hari raya ni tanpa takbir?Sebab saya tak berapa hafal takbir dan takut salah..

ibnu riyadth
1 tahun yang lalu

assalammualaikum w.b.t,
sy ada soalan mengenai solat sunat aidilfitri,
1. pada rakaat ke-2, perlu niat yg sama
macam rakaat per-1 ke..??,
2. pada rakaat ke-2 juga,perlu ke saya
baca doa iftittah..??,
mohon pencerahan..,

anonymous
Reply to  ibnu riyadth
1 tahun yang lalu
  1. niat hanyalah pada permulaan rakkat pertama, sebelum memulakan solat. permulaan rakaat kedua hanya bertakbir, setelah bangkit dari sujud
  2. tidak perlu baca doa iftitah, selepas 5 kali takbir, terus baca al-fatihah

harap membantu. selamat hari raya. doakan sahabat kita di gaza. assalamualaikum

Arnez Hamidi
Reply to  ibnu riyadth
1 tahun yang lalu
  1. Tak perlu
  2. Tak perlu
Sahril
Reply to  ibnu riyadth
1 tahun yang lalu

Doa Iftitah Hanya Perlu Dilafazkan Selepas Takbiratul Ihram Di Rakaat Pertama

Ellina
1 tahun yang lalu

Alhamdulillah..ilmu yg bermanfaat

Fadzilah binti Bahron
1 tahun yang lalu

Alhamdulillah, kita masih berpeluang utk beribadah walaupun dlm keadaan yg agak sukar. Allah tetap memberi peluang kpd kita cuma kita yg kdg2 terlalu sibuk membuat alasan. Patuh pd SOP juga adalah suatu ibadah. Semoga kita akan terus tabah dgn ujian ini.