SURAH AN NAS RUMI (Transliterasi & Terjemahan)

Ini adalah panduan Surah An Nas Rumi (transliterasi)

Anda akan dibimbing secara lengkap bacaan surah ini secara ayat demi ayat. Bantuan audio juga akan disediakan.

Semoga membantu..

Pengenalan

Surah An-Nas terdiri daripada 6 ayat.

Surah ini termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan sesudah surah Al-Falaq.

Nama An-Nas diambil dari “An-Nās” yang berulang kali disebut dalam surah ini yang ertinya manusia.

Ayar-ayat berkaitan keimanan:

Perintah kepada manusia agar berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan yang datang ke dalam jiwa manusia dari jin dan manusia.

Bacaan Surah An Nas Rumi (Transliterasi)

1
surah an nas rumi ayat 1

qul a‘ūżu birabbin-nās

Maksud ayat:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.


2
surah an nas rumi ayat 2

malikin-nās

Maksud ayat:

Yang Menguasai sekalian manusia,


3
surah an nas rumi ayat 3

ilāhin-nās

Maksud ayat:

Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,


4
surah an nas rumi ayat 4

min syarril-waswāsil-khannās

Maksud ayat:

Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, –


5

allażī yuwaswisu fī ṣudūrin-nās

Maksud ayat:

Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, –


6

minal jinnati wan-nās

Maksud ayat:

(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

Kelebihan Surah An Nas

Surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah SWT dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.

  1. Surah An-Nas merupakan salah satu ‘Al Mu’awwidzataini’, iaitu dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan.
  2. Surah An-Nas ini juga adalah dianggap surah penenang dan penerang hati.
  3. Surah An-Nas, jika dibaca sebanyak 1000 kali, boleh menjadi pengasih dan daya penarik.

Daripada Aisyah r.ha. katanya:

“Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menatadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Transliterasi Surah-Surah lain

Antara surah lain yang sudah ditambah tranliterasi untuk membantu anda:

Nota Penutup

Semoga Transliterasi Rumi ini dapat membantu anda yang sukar membaca / sedang belajar mengenal al-Quran.

Sememangnya penggunaan transliterasi rumi adalah kurang tepat dari segi sebutan, namun saya berharap panduan ini dapat membantu sedikit sebanyak saudara-saudari sekalian yang memerlukan bantuan sebegini.

Saya berdoa agar Allah memudahkan urusan kita semua belajar membaca al-Quran dan memperoleh barakah daripadanya.

Semoga Allah melapangkan hati kita dan dibukakan hati kita kepada ilmu.

Sesungguhnya Islam itu agama rahmat dan Allah jualah Maha Memberi Rahmat.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments