Niat & Cara Solat Jumaat (Panduan Makmum, Rumi)

Solat Jumaat

Solat Jumaat merupakan satu kewajipan kepada setiap lelaki Muslim yang baligh, berakal, bermukim dan tiada uzur. Walaupun ditunaikan setiap minggu, masih ramai yang teragak-agak tentang perkara asasnya: lafaz niat solat Jumaat, bila perlu membaca al-Fatihah, dan apa yang perlu dibuat jika sampai lewat.

Panduan ini menjawab semua itu dari sudut makmum, langkah demi langkah, lengkap dengan teks rumi, maksud dan audio bacaan, menurut mazhab Syafi’e.

Ringkasan

Solat Jumaat ialah solat fardu dua rakaat berjemaah yang dikerjakan selepas dua khutbah. Ia menggantikan solat Zohor pada hari Jumaat.

  1. Niat makmum: Uṣallī farḍal-jumu‘ati rak‘ataini ma’mūman lillāhi ta‘ālā. Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat menjadi makmum kerana Allah Taala.
  2. Semasa khutbah: Duduk, diam dan dengar sehingga khutbah kedua selesai.
  3. Dalam solat: Ikut imam. Baca al-Fatihah sendiri secara perlahan, kemudian dengar surah yang dibaca imam.
  4. Terlewat? Sempat rukuk rakaat kedua bersama imam, tambah satu rakaat. Tidak sempat, sempurnakan Zohor empat rakaat.
  5. Selepas salam: Tidak perlu solat Zohor lagi.

Siapa wajib: Lelaki Muslim yang baligh, berakal, sihat dan bermukim. Wanita tidak wajib, tetapi solatnya sah jika hadir.

Baca Sepenuhnya

Kelebihan Hari Jumaat dan Surah Al-Kahfi

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.

Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

Baca Sepenuhnya

Hari Jumaat: Fattabiouni – Kelebihan Hari Jumaat

Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’.

Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan.

Baca Sepenuhnya