Hukum Solat Sunat Ketika Khutbah Jumaat

Solat Sunat Ketika Khutbah

Apakah hukum solat sunat ketika khutbah jumaat sedang berlangsung?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Ketika hari jumaat waktu khatib membaca khutbah ada setengah makmum yang baru datang mereka kerjakan solat dua rakaat. Adakah boleh solat ketika khatib sedang baca khutbah?


JAWAPAN

Ketika khatib telah mula membaca khutbah pada hari jumaat maka tidak diharuskan lagi menunaikan solat melainkan solat sunat tahiyatul masjid sahaja.

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

Apabila datang seorang kamu ke masjid pada hari jumaat dan imam sedang membaca khutbah maka hendaklah dia solat sunat dua rakaat dan ringkaskanlah pada dua rakaat itu.”

(Hadith Imam Muslim)

Berkata Imam Nawawi :

Hadith-hadith ini sekeliannya jelas menjadi dalil bagi mazhab Syafie dan Hanbali dan Ishaq dan fuqahak dan muhadditihin bahawasanya apabila seorang itu masuk ke dalam masjid jumaat pada hari jumaat dan imam sedang berkhutbah nescaya disunatkan baginya ia solat akan dua rakaat tahyat masjid.

Dan dimakruhkan baginya duduk sebelum menunaikan solat tahyat masjid.

Dan bahawasanya disunatkan dia solat dengan ringkas pada dua rakaat itu kerana hendak mendengarkan khutbah pula selepasnya.”

(Kitab Syarah Muslim)

KESIMPULAN

Apabila khatib sudah mula membaca khutbah maka dilarang melakukan solat wajib atau sunat melainkan solat sunat tahiyatul masjid.

Sunat dilakukan solat tahyat masjid ketika khutbah sedang disampaikan dengan ringkas yakni melakukan yang wajib sahaja kemudian bersegera kepada mendengar khutbah.

Tetapi jika khutbah sudah hendak selesai maka tidak disunatkan lagi atas orang yang baru datang mengerjakan solat tahyat masjid kerana hendak menunaikan solat jumaat pula.

wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments