Cara Solat Wanita yang Betul: Panduan Solat Perempuan Langkah demi Langkah

Wanita bertelekung berdiri solat di atas sejadah menghadap kiblat

Solat wanita hampir sama sepenuhnya dengan solat lelaki. Rukun, bacaan dan cara duduknya serupa.1 Namun masih ramai yang keliru tentang perkara yang benar-benar berbeza: had aurat ketika solat, cara rukuk dan sujud, bila boleh membaca kuat, dan apa yang perlu dibuat apabila haid datang atau berhenti dalam waktu solat.

Panduan ini menunjukkan cara solat perempuan yang betul langkah demi langkah melalui contoh solat Zohor empat rakaat, lengkap dengan teks rumi, maksud dan audio bacaan, menurut mazhab Syafi’e. Bilangan rakaat bagi setiap waktu adalah seperti berikut:

2Subuh
4Zohor
4Asar
3Maghrib
4Isyak

Jumlah 17 rakaat sehari semalam

Mula dari Mana?

Baca Sepenuhnya

Qada Solat Bagi Wanita: Haid, Nifas & Istihadah

Panduan qada solat bagi wanita ketika haid nifas dan istihadah

Adakah semua solat yang terlepas ketika haid perlu diganti selepas suci?

Tidak. Solat sepanjang haid atau nifas yang sah bukan hutang dan tidak perlu diqada. Persoalan qada hanya timbul pada kes sempadan: darah bermula selepas waktu solat masuk, tanda suci muncul sebelum waktu tamat, atau darah yang disangka haid sebenarnya istihadah.

Panduan ini membantu anda menentukan keadaan yang betul tanpa mengqada seluruh tempoh haid dan tanpa menambah beban berdasarkan sangkaan. Perbincangan disusun berdasarkan kerangka Mazhab Syafi’e yang lazim diamalkan di Malaysia.

Baca Sepenuhnya

Pengiraan Iddah Cerai Berdasarkan Keadaan Suci Atau Haid

Pengiraan Iddah Cerai

Bagaimana pengiraan iddah cerai berdasarkan keadaan seseorang wanita itu sama ada keadaan suci atau haid?

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan pandangan yang dikongsikan oleh Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Bin Hj Hussin.

Semoga bermanfaat kepada semua umat Islam InsyaAllah.

Baca Sepenuhnya

Pengiraan Iddah Jika Ambil Ubat Mempercepatkan Haid

Pengiraan Iddah Jika Ambil Ubat Mempercepatkan Haid

Adakah pengambilan ubat mempercepatkan haid mempengaruhi pengiraan iddah cerai?

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan pandangan yang dikongsikan oleh Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Bin Hj Hussin.

Semoga bermanfaat kepada semua umat Islam InsyaAllah.

Baca Sepenuhnya

FIDYAH PUASA: Niat, Hukum & Cara Kiraan (Beserta Contoh)

Fidyah Puasa

Fidyah puasa adalah suatu pampasan yang dilakukan oleh seseorang yang tidak mampu berpuasa, kerana mengalami penyakit kronik atau kehamilan, dengan memberi sejumlah makanan kepada golongan fakir miskin. Fidyah dianggap sebagai kewajipan bagi mereka yang terhalang daripada berpuasa.

Panduan ini menerangkan secara lengkap mengenai fidyah puasa yang merangkumi niat fidyah, hukum, cara kiraan fidyah, waktu membayar fidyah serta pelbagai perkara yang berkaitan.

Apa yang menarik:

Saya turut menyediakan contoh-contoh situasi yang mungkin terjadi bagi memudahkan anda memahami cara pengiraan fidyah.

Semoga bermanfaat.

Baca Sepenuhnya