Pengiraan Iddah Jika Ambil Ubat Mempercepatkan Haid

Pengiraan Iddah Jika Ambil Ubat Mempercepatkan Haid

Adakah pengambilan ubat mempercepatkan haid mempengaruhi pengiraan iddah cerai?

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan pandangan yang dikongsikan oleh Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Bin Hj Hussin.

Semoga bermanfaat kepada semua umat Islam InsyaAllah.

SOALAN

Perempuan yang biasanya haid datang dalam 3 bulan sekali, jika dia mengambil ubat untuk mempercepatkan datang haid adakah boleh darah yang keluar itu dikira sebagai tempoh iddah cerainya juga.

JAWAPAN

Iddah cerai bagi perempuan yang masih datang haid sedangkan dia tidak hamil serta belum sampai fasa putus haid (menopaus) adalah 3 kali suci walaupun haid itu datang melalui pengambilan ubat.

Dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj 8/232:

(ﻭﻋﺪﺓ ﺣﺮﺓ ﺫاﺕ ﺃﻗﺮاء) ﻭﺇﻥ اﺧﺘﻠﻔﺖ ﻭﺗﻄﺎﻭﻝ ﻣﺎ ﺑﻴﻨﻬﺎ (ﺛﻼﺛﺔ) ﻣﻦ اﻷﻗﺮاء ﻭﺇﻥ اﺳﺘﺠﻠﺒﺘﻬﺎ ﺑﺪﻭاء ﻟﻵﻳﺔ

“Iddah perempuan merdeka yang memiliki suci walaupun ia berbeza dan lama tempoh antaranya adalah 3 kali suci, sekalipun diperolehinya dengan ubat, kerana ayat Al-Quran tersebut.”

والله أعلم بالصواب
Abu Usamah Mohd Hanapiah Ibn Haji Hussin (Facebook)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments