Hukum Wanita Berjual Beli Pada Hari Jumaat

Berjual beli hari jumaat

Apakah hukum waniat berjual beli pada hari Jumaat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Pada hari jumaat bila sudah masuk waktu jumaat dilarang berjual beli. Jika berjual beli pada waktu ini adakah sah jual beli itu? Adakah orang perempuan juga dilarang berjual beli?


JAWAPAN

Berjual beli pada waktu azan jumaat itu haram akan tetapi jual beli tersebut adalah sah.

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili:

Dan adakah jual beli waktu azan itu sah atau batal ia?

Berkata ulamak mazhab Hanafi jual belinya sah dan makruh tahrim kerana perintah menyuruh tinggalkan jual beli bukan pada diri jual beli itu tetapi kerana meninggalkan mendengar khutbah dan tidak jauh padangan mereka dengan pendapat ulamak mazhab Syafie yang berkata jual beli itu sah tetapi haram.”

(Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Maksudnya yang dilarang ialah haram masih sibuk berjual beli sedangkan azan jumaat telah berkumandang tetapi jual belinya itu sah ia.

Dan larangan tersebut hanya berlaku kepada orang yang wajib hadir solat jumaat sahaja.

Ada pun kaum perempuan tidak wajib hadir solat jumaaat maka kaum perempuan tidak terkena larangan berjual beli pada hari jumaat ini.

Berkata Imam Abu Al-Husain Al-‘Imrani :

Maka sungguhnya haram itu hanya tertentu dengan orang yang wajib solat jumaat sahaja.

Maka ada pun apabila dua orang yang berjual beli itu bukan yang wajib solat jumaat seperti dua orang musafir atau dua orang hamba abdi atau dua orang perempuan nescaya tidak haram ke atas penjual dan pembeli tersebut.”

(Kitab Al-Bayan fi Mazhab Al-Imam As-Syafie)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments