Hukum Pungut Derma Ketika Khutbah Jumaat

pungut derma ketika khutbah

Apakah hukum pungut derma ketika khutbah Jumaat sedang berlangsung?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Ada setengah masjid ketika khutbah sedang disampaikan digerakkan tong derma dihadapan tiap-tiap saf supaya hadirin memberi sumbangan.

Adakah boleh mengutip sumbangan derma ketika khutbah sedang disampaikan?


JAWAPAN

Hukum mengutip derma ketika khutbah sedang disampaikan pada hari Jumaat adalah MAKRUH kerana mengganggu tumpuan hadirin untuk mendengar khutbah.

Dan begitu juga dimakruhkan diedarkan surat memungut derma atau kertas pemberitahuan atau makluman dikalangan jemaah pada ketika khutbah disampaikan.

Berkata Syeikh Sulaiman Jamal:

Dan dimakruhkan berjalan di antara segala saf kerana meminta (dari hadirin) dan mengedarkan kendi dan bekas minuman supaya diminum airnya dan membahagikan surat-surat memungut sedekah atas mereka kerana sungguhnya ia melalaikan manusia dari zikir dan mendengarkan khutbah.”

(Kitab Hasyiah Jamal)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.