Waktu Haram Solat Sunat: 5 Waktu Larangan dan Pukul Berapa

Rajah lima waktu haram solat sunat mengikut kedudukan matahari

Ini adalah panduan lengkap waktu haram solat sunat mengikut mazhab Syafi’e. Anda akan tahu lima waktu larangan, cara menyemak pukul berapa waktu itu dalam jadual waktu solat negeri anda, dan solat yang masih dibenarkan pada waktu tersebut.

Ringkasan Waktu Haram Solat

Waktu haram solat ialah lima waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat yang tiada sebab.

  • Lima waktu: selepas menunaikan Subuh hingga matahari terbit, ketika matahari terbit hingga naik kadar tombak, ketika istiwa’, selepas menunaikan Asar hingga matahari kekuningan, dan ketika kekuningan hingga terbenam.
  • Hukum: haram, dan solat itu tidak sah.
  • Tidak termasuk: solat fardu dalam waktunya, qada solat, dan solat yang ada sebab seperti solat jenazah, tahiyatul masjid dan sunat wuduk.
  • Pengecualian: waktu istiwa’ pada hari Jumaat, dan solat di Tanah Haram Mekah.

Baca Sepenuhnya

Mengenal Perbezaan Darah Haid, Nifas & Istihadah (Fardu Ain)

darah haid

Apakah perbezaan antara darah haid, nifas dan istihadah?

Panduan ini akan membimbing anda mengenai fardu ain asas berkaitan darah haid, nifas dan istihadah secara lengkap dan tersusun.

Ia juga akan menerangkan hukum perkara berkaitan:

  • Bagaimana tempoh suci dikira?
  • Bagaimana permulaan tempoh nifas?
  • Ibadah yang diharamkan

… dan sebagainya.

Oleh itu tanpa buang masa, mari kita mulakan.

Baca Sepenuhnya

TataCara Solat Dalam Kapal Terbang (Panduan Lengkap)

solat dalam kapal terbang

Bagaimana cara melakukan solat semasa penerbangan di dalam kapal terbang?

Artikel ini akan menerangkan secara lengkap bagaimana kaedah untuk melaksanakan solat dalam kapal terbang yang betul dan tepat.

Oleh itu, panduan ini akan membimbing anda secara mudah, lengkap dan boleh difahami oleh semua orang.

Maka tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini.

Baca Sepenuhnya

Contoh & Jenis Najis: Mughallazah, Mutawassitah & Muhaffafah

jenis najis dalam islam

Apakah contoh dan jenis najis dalam Islam?

Bagaimana pula cara yang betul menyucikan najis-najis tersebut menurut Islam?

Panduan ini akan menghuraikan secara lengkap mengenai soal taharah (bersuci).

Panduan ini merangkumi beberapa perkara seperti:

  • Takrifan najis
  • Kategori najis ringan, sederhana dan berat serta perbezaannya
  • Kaedah membersihkan dan menyucikan najis

.. dan sebagainya.

Panduan ini ditulis secara tersusun untuk memudahkan pemahaman anda.

Jika memerlukan maklumat mengenai topik ini, mari kita mulakan.

Baca Sepenuhnya

Bacaan Tahiyat Akhir dan Tahiyat Awal: Rumi, Maksud dan Cara Duduk yang Betul

Lelaki duduk tahiyat di atas sejadah dalam solat

Tahiyat (tasyahhud) ialah bacaan ketika duduk selepas rakaat kedua dan pada rakaat terakhir solat. Tahiyat akhir dan duduknya ialah rukun solat, manakala tahiyat awal dan duduknya sunat ab‘ad.1,2 Walaupun dibaca setiap kali solat, ramai yang masih keliru tentang perkara asasnya: di mana tahiyat awal berhenti, bila jari telunjuk diangkat, dan apa beza duduk tahiyat awal dengan tahiyat akhir.

Panduan ini menyediakan bacaan tahiyat akhir dan tahiyat awal dalam tulisan Arab, rumi dan maksud, berserta audio, cara duduk dan isyarat jari yang betul, serta hukum yang berkaitan menurut mazhab Syafi’e.

Mula dari Mana?

Baca Sepenuhnya

Bacaan Dalam Solat: Arab, Rumi dan Maksud Lengkap (Dari Takbir Hingga Salam)

Lelaki berdiri qiyam dengan tangan kanan di atas tangan kiri, membaca al-Fatihah dalam solat

Ini adalah panduan lengkap bacaan dalam solat, dari takbiratul ihram hingga salam. Panduan ini akan membimbing anda membaca setiap bacaan dalam solat dengan betul, beserta maksudnya sekali.

Apa yang penting:

Anda akan dibimbing mengikut turutan solat, langkah demi langkah sehingga selesai. Setiap bacaan disediakan dalam tulisan Arab, transliterasi rumi dan audio (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan Arab), berserta maksudnya dalam bahasa Melayu.

Jika anda baru belajar, cukup hafal lima bacaan wajib dahulu: takbiratul ihram, al-Fatihah, tahiyat akhir, selawat ke atas Nabi ﷺ dan salam pertama. Bacaan lain adalah sunat dan boleh ditambah sedikit demi sedikit.1

Tanpa buang masa, mari kita ikuti panduan ini.

Mula dari Mana?

Baca Sepenuhnya