
Ini adalah panduan lengkap niat puasa Ramadan, daripada lafaz niat setiap malam dan niat sebulan hingga waktu berniat, cara berniat dan hukum jika terlupa atau ragu-ragu.
Panduan ini mengikut mazhab Syafi’e. Lafaz niat disertakan dengan tulisan Arab, transliterasi Rumi dan maksud.
Ringkasan Niat Puasa Ramadan
- Hukum: niat wajib bagi setiap hari puasa Ramadan, dan tempatnya di dalam hati.1,2
- Waktu: dari terbenam matahari hingga sebelum terbit fajar.3
- Niat ringkas: “Sahaja aku puasa esok hari bulan Ramadan.”4
- Niat sebulan: sunat pada malam pertama sebagai langkah berjaga-jaga (bertaqlid kepada Imam Malik), tetapi tidak menggantikan niat setiap malam.5
- Terlupa niat: puasa hari itu tidak sah dalam mazhab Syafi’e. Tetap menahan diri dan qada selepas Ramadan.6




