Bagaimanakah cara istinjak yang betul?
Panduan ini akan membantu anda memahami maksud dan cara istinjak yang betul secara mudah dan ringkas.
Artikel ini juga akan membantu anda mengetahui syarat-syarat dan benda yang tidak boleh dilakukan semasa istinjak.
Tanpa buang masa, jom kita mulakan..
Maksud Istinjak
Apakah yang dimaksudkan dengan istinjak?
Istinjak adalah menyucikan najis dari tempat keluarnya, sama ada qubul atau dubur (Jalan hadapan atau jalan belakang).
Sama ada dengan batu atau dengan air.
Hukum melakukan istinjak adalah wajib.
Najis yang perlu dibersihkan sama ada najis yang biasa seperti tahi dan air kencing atau yang jarang-jarang seperti air mazi, air mani atau darah.
Cara-Cara Istinjak
Disini adalah langkah-langkah yang betul untuk beristinjak:
1. Hilangkan najis dengan menggunakan benda-benda yang kesat seperti batu atau tisu.2. Basuh qubul atau dubur menggunakan air mutlak sehingga hilang rupa, warna, dan bau najis itu. Ini adalah cara istinjak yang utama.
Sekiranya tidak ada benda-benda kesat, memadai beristinjak menggunakan air.
Sekiranya diberi pilihan antara menggunakan benda-benda kesat atau air, lebih utama menggunakan air.
Syarat-Syarat Menggunakan Batu atau Benda Kesat
- Benda yang dijadikan alat bersuci perlu suci, kering dan kesat sehingga dapat menghilangkan najis. Contohnya batu, kayu, daun dan tisu.
- Najis yang hendak disucikan itu belum kering dan tidak dibasahi oleh air atau benda-benda lain.
- Najis itu tidak meleleh dari tempat keluarnya. Contohnya air kencing tidak melebihi kepala zakar dan najis yang keluar dari dubur tidak melebihi bahagian punggung yang bertangkup ketika berdiri.
- Mengulanginya sebanyak tiga kali menggunakan sekurang-kurangnya tiga ketul batu atau tiga penjuru batu untuk batu besar. Apabila perlu ditambah, sunat ditambah mengikut bilangan ganjil seperti lima, tujuh dan seterusnya.
Benda-Benda yang Tidak Boleh Digunakan untuk Istinjak
- Najis atau benda yang sudah terkena najis.
- Makanan seperti roti atau tulang.
- Benda-benda yang mulia seperti lembaran ilmu dalam buku, maksud al-Quran dan potongan hadis.
Adab-Adab Membuang Air dan Beristinjak
Adab Memilih Tempat
- Tidak boleh membuang air di tempat laluan awam, di dalam lubang binatang, di dalam tanah atau dinding, di bawah pokok dan di dalam air yang bertakung.
- Membuang air di atas kubur adalah haram.
- Seeloknya perlu membuang air di tempat yang disediakan iaitu tandas.
- Tidak mengadap atau membelakangi kiblat apabila terpaksa membuang air di tempat terbuka iaitu tidak berdinding atau jaraknya dengan dinding lebih dari tiga hasta (150cm)
- Tidak membawa benda-benda yang bertulis ayat-ayat al-Quran atau nama-nama Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Adab Masuk dan Keluar Tandas
- Sunat masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan.
- Tidak boleh membawa masuk benda-benda yang bertulis nama-nama Allah SWT atau ayat-ayat al-Quran serta nama Rasulullah.
- Sunat membaca doa sebelum masuk tandas dan doa keluar dari tandas.
- Tidak memandang najis dan kemaluan.
- Tidak berkata-kata ketika membuang air kerana hukumnya makruh.
- Beristinjak menggunakan tangan kiri. Makruh menggunakan tangan kanan kecuali terpaksa.
- Memakai alas kaki untuk memastikan kaki bersih daripada najis.
Sumber Rujukan
Sumber rujukan dalam menyiapkan panduan taharah ini adalah:
- Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
- Ensiklopedia Solat: A-Z Tentang Solat, Dr. Nik Yusri Musa
Penutup
Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah berkaitan taharah dalam kehidupan seharian.
Jika anda ada sebarang soalan atau kemusykilan, sila nyatakan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.
Tinggalkan Komen Anda..
Nak tanya, jika buang air besar, kita hanya menjirus air ke dubur sehingga diyakini bersih tanpa menggosok menggunakan tangan kiri, adakah suci dalam islam? Terima kasih
Assalamualaikum wrt wbt…sila beri pendapat bagi situasi yg saya akan sebutkan
Seseorang terpaksa membuang hajat ditepi jalan atau didalam hutan kerana tidak tahan kemudian dia beristinjak dengan barang kesat…kemudian dia pulang kerumah lalu mengambil wudu dan melakukan solat sesudah tiba di rumah tanpa dia membasuh kembali tempat keluar hajat…adakah solatnya sah,atau perlukah dia membasuh kembali tmpt keluar najis tersebut sebelum melakukan solat
Mohon penjelasan..terima kasih
Atas Nama Allah Yg Maha Pengasih Maha Penyayang.Demi KeEsan’Nya Allah Yg Maha Tunggal, Dan segala pendapat itu adalah Bukan diriku. MahaSuci Allah Yg Tiada Sekutu BagiNya. Dan, Segala Puji Hanya Nyata. Kerana, Allah. Yg Ada Hanya Allah.
Allah Hu Alim
1.Huraikan mengapa istinjak perlu dilakukan dengan cara yang betul dan sempurna.
Untuk sentiasa memastikan kebersihan dan kesihatan diri. Barulah ibadat kita di terima AllahS.W.T
Assalamualaikum. Ni ada soalan dari anak buah saya. Umur 15 tahun. Dia tanya, jika dia dah selesai buang hajat, mandi apa semua kemudian dia solat. Selepas itu dia duduk lama berwirid dalam 1 jam 30 minit macam tu, lepas tu dia pergi ke tandas untuk buang air kecil, tapi waktu dia buang air kecil, dia rasa tak selesa pada duburnya, kemudian dia check guna tisu ada sedikit najis. Apakah dia perlu untuk qadha solatnya?
Wassalam.
Ya benar, dia kena qadha solatnya.
Kerana solat yang dilakukan dalam keadaan menanggung najis, tidak sah.
Irfan
Ya irfan, selamat berkenalan..
Cara-cara beristinjak tu untuk lelaki dan perempuan ke??
Iya
Boleh ke kencing dalam botol utk elakkan air kencing kena anggota badan mcm kaki? Pastu bilas dgn air mutlak kemaluan. Bole ke?
Boleh.
Yang penting awak menyucikan kemaluan dengan air mutlak.
Salam,
Cara nak bersuci bila habis buang air besar mcm mana ya? Guna air mutlak dari hos pastu guna tgn kiri utk bilas qubul sehingga bersih. Sah ke mcm tu? Kalu guna sabun sikit masa bersihkan lubang qubul tu bole ke?
Wassalam
Ya, gunakan tangan kiri untuk membersihkan tempat keluar najis.
Boleh, digalakkan guna sabun untuk kebersihan.
perlukah berniat semasa beristinjak?
TIdak perlu niat.
Alhamdulillah. Banyak membantu.
Alhamdulillah :-)