Perkara Yang Membatalkan Puasa (Serta Yang Tidak)

Perkara Yang Membatalkan Puasa (Dan Juga Yang Tidak)

Ini adalah panduan lengkap mengenai perkara yang membatalkan puasa serta perkara yang tidak membatalkan puasa. Panduan ini ditulis bagi membantu umat Islam memahami dengan jelas hukum-hakam berkaitan puasa berdasarkan dalil daripada al-Quran, hadis, dan pandangan ulama.

Dalam panduan ini, anda akan mempelajari:

  • Hukum fiqh berkaitan puasa – supaya anda tidak tersalah anggap mengenai perkara yang boleh membatalkan puasa.
  • Kesilapan umum yang perlu dielakkan – banyak perkara yang membatalkan puasa dilakukan tanpa sedar kerana kurangnya ilmu.
  • Perbezaan pendapat ulama – beberapa isu seperti penggunaan inhaler, derma darah, dan suntikan masih menjadi perbincangan fiqh.
  • Persoalan moden mengenai puasa – termasuk rawatan pergigian, suntikan vaksin, ubat titis mata, dan kaedah rawatan terkini.

Dengan memahami perkara ini, anda dapat berpuasa dengan lebih yakin, mengelakkan perkara yang boleh membatalkan ibadah, serta memastikan puasa yang dilakukan sah di sisi syarak.

Mari kita mulakan…

Baca Sepenuhnya

PUASA ZULHIJJAH: Niat Puasa Sunat Zulhijjah & Kelebihannya

Niat Puasa Sunat Zulhijjah

Ini adalah panduan lengkap niat puasa sunat Zulhijjah dan kelebihannya.

Dalam panduan ini, saya akan menerangkan secara lengkap dan terperinci semua perkara yang berkaitan dengan Puasa Sunat Zulhijjah — termasuk lafaz niat puasa yang dipermudahkan dengan transliterasi Rumi.

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda.

Baca Sepenuhnya

FIDYAH PUASA: Niat, Hukum & Cara Kiraan (Beserta Contoh)

Fidyah Puasa

Fidyah puasa adalah suatu pampasan yang dilakukan oleh seseorang yang tidak mampu berpuasa, kerana mengalami penyakit kronik atau kehamilan, dengan memberi sejumlah makanan kepada golongan fakir miskin. Fidyah dianggap sebagai kewajipan bagi mereka yang terhalang daripada berpuasa.

Panduan ini menerangkan secara lengkap mengenai fidyah puasa yang merangkumi niat fidyah, hukum, cara kiraan fidyah, waktu membayar fidyah serta pelbagai perkara yang berkaitan.

Apa yang menarik:

Saya turut menyediakan contoh-contoh situasi yang mungkin terjadi bagi memudahkan anda memahami cara pengiraan fidyah.

Semoga bermanfaat.

Baca Sepenuhnya