Bolehkah niat puasa arafah sekali dengan puasa qadha?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANKalau kita hendak melakukan puasa sunat arafah adakah harus kita berniat sekali dengan puasa qadha?
JAWAPAN
Siapa yang mahu melakukan puasa sunat adalah harus dia berniat sekali dengan puasa qadha atau puasa nazar atau lainnya jika dia mahu.
Berkata Imam As-Suyuthi :
Dan kalau seorang berpuasa pada hari arafah misalnya akan puasa qadha atau puasa nazar atau puasa kafarah dan dia berniat sama akan puasa sunat arafah maka Imam Al-Barizi telah menfatwakan dengan sahnya dan berhasil dari kedua puasa itu.
Katanya dan begitu juga sah jika dia tidak niatkan puasa arafah.
Maka dihubungkan masalah ini dengan masalah solat tahyat masjid.”
(Kitab Asybah Wa An-Nazhoir)
Maksudnya jika seorang itu berniat puasa qadha atau puasa nazar atau puasa kafarah pada hari yang kesembilan dari bulan Zulhijjah dan berniat sama akan puasa sunat arafah maka hukumnya adalah harus dan kedua-dua puasa fardu dan puasa sunat itu sah.
Dan sah juga jika dia hanya berniat pada hari arafah itu akan puasa qadha sekali pun tidak berniat sama untuk puasa arafah yakni dapat baginya puasa qadha kerana dia telah berniat dan dapat pula puasa sunat arafah kerana hari itu ialah hari arafah.
Berkata Mufti Mesir Syeikh Ali Jum’ah:
Harus bagi orang Islam bahawa berniat akan puasa sunat serta niat puasa fardu. Dan berhasil orang Islam itu dengannya atas dua pahala.”
(Darul Ifta Mesir)
KESIMPULAN
Harus bagi siapa yang hendak berpuasa sunat berniat sertanya akan puasa qadha sekali dan sah kedua-dua puasa tersebut.
Jika dia melakukan kedua puasa sunat dan fardu itu secara berasingan maka itu terlebih afdhal.
Niat puasa arafah dan qadha puasa adalah seperti berikut:
Aku niat berpuasa esok hari sunat arafah dan qadha puasa ramadhan kerana Allah Taala.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Bilakah harus dibaca niat puasa Arafah dan puasa ganti
Bilakah harus dibaca niat puasa Arafah dan puasa ganti
Bilakah harus dibaca niat puasa Arafah dan puasa ganti
Bilakah harus dibaca niat puasa Arafah dan puasa ganti
Bilakah harus dibaca niat puasa Arafah dan puasa ganti