
Bagaimana lafaz niat Puasa Sunat Isnin dan Khamis?
Artikel ini akan menunjukkan cara lafaz niat puasa sunat isnin dan khamis secara mudah dan lengkap.
Transliterasi rumi disediakan untuk membantu anda yang sukar membaca tulisan arab.
Pengenalan

Apakah keistimewaan hari Isnin dan Khamis?
Terdapat dua hadis Rasulullah ﷺ yang berkaitan dengan pemilihan hari Isnin dan Khamis.
- Pertama, dalam hadis riwayat Ahmad, disebutkan bahawa Rasulullah ﷺ mengatakan, semua amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis. Oleh itu, sebagai orang beriman, alangkah baiknya jika kita berada dalam keadaan berpuasa ketika malaikat melaporkan amalan kita.
- Kedua, hari Isnin adalah hari yang istimewa. Pada hari tersebut Rasulullah dilahirkan, menjadi rasul dan mendapat wahyu (Hadis riwayat Muslim).
Jadi, di sini kita dapat melihat bahawa hari Isnin dan Khamis adalah hari yang istimewa bagi umat Islam.
Dari segi logiknya pula, hari Isnin dan Khamis dilihat sebagai pembahagi yang membahagikan satu minggu menjadi dua bahagian yang hampir sama rata.
Ini menjelaskan bahawa puasa Isnin dan Khamis mempunyai fungsi pemeliharaan.
Analoginya mungkin sama dengan pembahagian waktu minum ubat ketika sakit. Tentu kita ingat, ketika kita sakit, kita sering disuruh minum ubat dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam.
Jika dilihat dengan teliti, waktu-waktu di mana kita disuruh minum ubat terbahagi kepada tiga bahagian yang sama rata. Begitu juga dengan hari isnin dan Khamis yang membahagikan satu minggu menjadi dua bahagian.
Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis secara tidak langsung mendorong kita untuk melakukan maintenance untuk diri kita secara rutin, baik dari segi rohani mahupun jasmani.
Niat Puasa Sunat Isnin
Niat puasa sunat Isnin adalah seperti berikut:

NAWAITU SAUMA YAUMAL ITSNAINI SUNNATAN LILLAHI TAA’ALA
Maksudnya :
Sahaja aku berniat puasa sunat hari isnin kerana Allah Taala
Niat Puasa Sunat Khamis
Niat puasa sunat Khamis adalah seperti berikut:

NAWAITU SAUMA YAUMAL KHOMIISI SUNNATAN LILLAHI TA’ALA
Maksudnya:
Sahaja aku berniat puasa sunat hari khamis kerana Allah Taala
Dalil Tentang Puasa Hari Isnin Dan Khamis
Berikut adalah beberapa dalil mengenai puasa isnin khamis:
1. Daripada Aisyah RA, berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ
Maksudnya:
[Riwayat al-Tirmizi (745)]Adapun Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.”
2. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Maksudnya:
Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku kebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.”
[Riwayat al-Tirmizi (747)] [Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib]
3. Daripada Usamah bin Zaid, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ذَانِكَ يَوْمَانِ تُعْرَضُ فِيهِمَا الْأَعْمَالُ عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Maksudnya:
Dua hari tersebut akan dibentangkan amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam. Maka aku lebih suka jika amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.”
[Riwayat al-Nasa’ie (2358)]
Fadhilat & Kelebihan Puasa Isnin Khamis

Ada banyak kelebihan melakukan amalan puasa pada hari Isnin dan Khamis, diantaranya adalah:
- Isnin dan Khamis merupakan hari amalan manusia diperiksa
- Ia adalah sunnah Nabi Rasulullah SAW dan mengamalkannya pasti mendapat ganjaran yang besar.
- Terbukanya pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis… “Pintu-pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis, maka akan diampunkan semua hamba yang tidak menyekutukan Allah dengan apa-apa, kecuali seseorang yang diantaranya berlaku permusuhan. Lalu dikatakan “Tiadalah pengampunan terhadap kedua-duanya orang ini hingga mereka berdamai” – Hadis riwayat Muslim
- “Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat” Sabda baginda Rasullah SAW lagi: “Perut besar itu adalah sarang penyakit & banyak makan itu adalah punca segala penyakit”.
- Tanda bersyukur kepada ALLAH SWT atas limpah kurnia nikmat NYA yang tidak terhingga.
- Mendidik nafsu amarah (yang lebih banyak mengajak kearah keburukkan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah & seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah ALLAH SWT.
- Melatih & mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita & kurang bernasib baik kehidupan mereka.
- Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki & lain-lain lagi.
- Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan & perbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.
- Memperolehi kecergasan akal & fikiran sebagai disebut dalam satu riwayat maksudnya: “Orang yang lapar perutnya itu, tajamlah fikiranya & teranglah hatinya”.
Berfungsi Menahan Diri Dari Melakukan Dosa
Puasa Isnin dan Khamis melatih kita untuk menghindarkan diri daripada perbuatan dosa secara teratur.
Sekiranya terdapat latihan efektif untuk melatih kesabaran, puasa adalah latihan tersebut. Oleh itu, gelaran “zakat jiwa” memang sesuai diberikan kepada ibadah puasa.
Ketika berpuasa, kita membuang perangai buruk. Selepas selesai puasa, emosi dan rohani kita menjadi lebih bersih, bersesuaian dengan sabda Rasulullah ﷺ.
Setiap benda mempunyai zakat. Zakat jiwa itu adalah berpuasa. Puasa itu separuh daripada kesabaran.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
sabda Nabi ﷺ lagi:
Puasa adalah benteng yang menghalang seseorang daripada api neraka yang membara.”
(Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Boleh. Hukumnya harus. Orang yang menggabungkan puasa ini akan mendapat pahala puasa sunat dan qadha.
Boleh. Tidak menjadi masalah untuk berniat dalam Bahasa Melayu atau apa-apa sahaja bahasa yang difahami.
Boleh, tiada masalah untuk berpuasa sunat jika tidak berniat sebelum waktu subuh selagi kita tidak makan dan minum
Penutup
Saya berharap agar panduan ini membantu anda.
Jika anda ingin melihat panduan puasa sunat yang lain, anda boleh lihat pautan yang disediakan di bawah ini:
Tinggalkan Komen Anda..
Niat bukak puasa dia apa ya?
Tidak perlu niat untuk berbuka puasa.
Boleh baca doa seperti doa buka puasa ramadan.
Ustaz boleh ke saya nk ganti puasa utk seminggu bermula hari isnin dan bersambung hingga ke hari ahad ?
Boleh, tiada masalah ganti puasa pada mana-mana hari.
Puasa ganti boleh juga dilakukan serentak bersama-sama (gabung) dengan puasa hari Isnin dan Khamis
Assalaamualaikum ustaz nak tanya boleh tak puasa sunat hari lain.
Tak perlu kira tarikh ke untuk puasa isnin khamis ni ? kalau ada tarikh haram berpuasa mcmna ?
Aslammuailaikum ustaz…nak Tanya kalau Kita nak ganti puasa boleh ka Kita puasa Hari isnin..kena niat ganti ka atau atau niat puasa isnin..terima kasih ustaz dari hamba yg kerdil..
Wassalam.
Boleh, tiada masalah ganti puasa pada mana-mana hari.
Puasa ganti boleh juga dilakukan serentak bersama-sama (gabung) dengan puasa hari Isnin dan Khamis