NIAT PUASA TARWIYAH (Panduan Lengkap)

Niat puasa tarwiyah

Bagaimanakah niat puasa tarwiyah?

Dalam panduan ini, saya akan menerangkan mengenai puasa sunat tarwiyah secara lengkap dan terperinci.

Jika anda sedang mencari maklumat tentang puasa tarwiyah, maka panduan ini adalah untuk anda..

Maksud Hari Tarwiyah

Puasa pada hari Tarwiyah adalah berlangsung pada 8 Zulhijjah. Ia termasuk dalam lapan hari yang disunatkan untuk berpuasa sebelum Hari Arafah (9 Zulhijjah).

10 hari terawal bulan Zulhijjah merupakan di antara hari-hari yang paling disukai serta dicintai oleh Allah SWT bagi orang yang melakukan amal soleh padanya.

Ini merujuk kepada sebuah hadith yang sahih:

Daripada Ibn Abbas R.anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

Tidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah).” Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah? Baginda SAW berkata: “Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun.”

— Riwayat Abu Daud (2082)

Kenapa Dinamakan Tarwiyah?

Apakah makna tarwiyah?

Makna Tarwiyah disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab:

1. Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam.

Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah.

Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah.

Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون).


2. Selain itu, dinamakan juga dengan “Tarwiyah” adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buat kali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.

Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan.

Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zul al-Hijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah.

Lafaz Niat Puasa Tarwiyah

Lafaz niat puasa tarwiyah adalah seperti berikut:

 NAWAITU SHAUMAT TARWIYATA SUNNATAN LILLAAHI TA’AALA 

Maksudnya:

Sahaja aku niat puasa sunat tarwiyah kerana Allah Taala.

Tarikh & Waktu Puasa Tarwiyah

Bilakan puasa tarwiyah dilakukan?

Tarikh puasa tarwiyah adalah pada 8 Zulhijjah, sehari sebelum hari Arafah.

Disebutkan oleh Syeikh al-Ramli:

Disunatkan berpuasa 8 hari sebelum hari Arafah (9 Zulhijjah) sebagaimana yang telah disebutkan dengan jelas oleh Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Talibin sama ada yang demikian itu bagi orang yang melaksanakan haji atau selainnya.

Adapun orang yang melaksanakan haji, tidak disunatkan baginya berpuasa pada hari Arafah.

Bahkan sunat baginya tidak berpuasa hari Arafah walaupun dia mempunyai kekuatan kerana mengikut perbuatan Nabi sollallahu alaihi wa sallam sepertimana yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim serta agar memberi kekuatan untuknya berdoa (pada hari Arafah).”

(Nihayah al-Muhtaj)

Hadis Berkaitan Kelebihan Puasa Pada Hari Tarwiyah

Hari Tarwiyah merupakan hari yang kelapan di dalam bulan Zul al-Hijjah dan tidak ada dinyatakan kelebihan yang khusus atau amalan yang khusus untuk dilakukan pada hari tersebut berdasarkan kepada hadis-hadis yang sahih.

Terdapat sebuah hadis yang menyatakan bahawa berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa selama setahun.

Manakala berpuasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan dosa selama dua tahun.

Dikatakan bahawa Rasululah SAW telah bersabda,

صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ

Maksudnya: “Puasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan (dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun.”

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Dailami di dalam kitabnya Musnad al-Firdaus [2/248]

Para ulama berbeza pandangan dalam menilai hadith ini.

Sebahagian mereka menilai status hadis ini adalah dhaif sebagaimana yang dinilai oleh Imam al-Suyuthi dan juga Imam al-Busiri.

Tambahan pula, terdapat perawi di dalam sanad hadis ini dianggap sebagai pendusta.

Sementara itu juga, terdapat perawi yang dinilai sebagai majhul (tidak dikenali).

Ini kerana, Imam Ibn al-Jauzi menilai hadith ini sebagai palsu dan begitu juga Imam al-Syaukani serta Imam Ibn ‘Arraq al-Kinani.

Walau bagaimana pun, membanyakkan puasa pada 1 hingga 9 Zulhijjah adalah sunnah.

Sebahagian isteri-isteri Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, hari Asyura, dan tiga hari setiap bulan iaitu pada hari Isnin pertama dan dua hari Khamis.

[Sunan An-Nasaie, Kitab as-Siyam, hadis no: 2417]

Begitu juga puasa pada hari Arafah adalah sunnah.

Abu Qatadah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.

[Sahih Muslim, Kitab as-Siyam, hadis no : 1983]
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Syuhadah Zf
Nur Syuhadah Zf
10 bulan yang lalu

Boleh kah sekiranya berniat untuk puasa tarwiyah dan puasa ganti pada hari yang sama?