DOA & NIAT PUASA SUNAT ASYURA (Serta Kelebihannya)

Niat Puasa Asyura

Bagaimana doa dan niat puasa sunat Asyura?

Ini adalah panduan lengkap puasa awal Muharram iaitu berkaitan doa dan niat puasa Asyura.

Panduan ini juga menyenaraikan amalan yang digalakkan, doa yang disunatkan & kelebihan-kelebihan yang terdapat pada hari Asyura ini.

Semoga bermanfaat..

Pengenalan Hari Asyura

hari asyura

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam.

Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh.

Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Muharam merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram (bulan yang diharamkan berperang), seperti Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah.

Dalam bulan Muharam juga terdapat hari-hari yang dianjurkan untuk berpuasa. Ini berdasarkan kelebihan dan keutamaan yang dijanjikan oleh Nabi ﷺ, iaitu berpuasa pada hari yang ke 9 (Puasa Tasu’a) dan 10 Muharam (puasa Asyura).

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi.

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha Syafatul Qulub bahawa peristiwa besar pada tarikh tersebut:

  1. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
  2. Dicipta Adam a.s.
  3. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
  4. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
  5. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
  6. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
  7. Selamat Musa dan pengikutnya.
  8. Lemasnya Firaun.
  9. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
  10. Diangkat Nabi Isa kelangit.
  11. Diangkat Nabi Idris ke langit.
  12. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
  13. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
  14. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
  15. Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
  16. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
  17. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
  18. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
  19. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’**

Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

**akibat dibunuh dengan kejam di padang Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid dari Bani Umaiyah membunuh Saiyyidina Hussein r.a.

Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan ‘pesta menyakiti diri’ konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyyidina Hussein r.a

Tarikh Puasa Asyura

Puasa sunat ini dilakukan pada setiap 10 Muharram dalam kalendar hijrah Islam.

Pada tahun 2022 ini, ia jatuh pada 8 Ogos 2022 (Hari Isnin). Bermakna ia telah bermula pada Maghrib hari Ahad 7 Ogos 2022.

Hukum berpuasa pada Hari Asyura adalah sunat.

Kebanyakan orang yang berpuasa Asyura ini akan mula berpuasa pada 9 Muharram (Puasa Hari Tasu’a) dan akan turut juga berpuasa pada 11 Muharram.

Mengapa dilakukan sedemikian?

– sebenarnya amalan ini adalah bertujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal (perayaan Yom Kippur).

Berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas, Nabi SAW bersabda:

Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.

— Riwayat Ahmad

Kaedah Perlaksanaan Puasa Sunat Asyura

Bagaimanakah cara untuk mengerjakan puasa Asyura?

Para ulama berbeza pendapat tentang pelaksanaannya. Secara umum, terdapat tiga cara untuk melaksanakannya.

Masing-masing memiliki kelebihan dan keutamaan tersendiri. Ini kerana puasa adalah ibadah. Ibadah akan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT Tuhan semesta alam.

Cara pertama, Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan, untuk menyempurnakan puasa Hari Asyura adalah lebih baik dengan berpuasa sehari sebelum dan sehari selepas 10 Muharram. (iaitu pada 9, 10 dan 11 Muharram)

Cara kedua yang terbaik adalah dengan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram.

Manakala, cara ketiga adalah dengan berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal.

Oleh itu, tidak menjadi kesalahan jika kita hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Niat Puasa Sunat Asyura

Niat puasa sunat Asyura adalah seperti berikut:

niat puasa sunat asyura

   Nawaitu Shauma Ghadin ‘An Ada’ie Sunnati Asyura Lillahi Taala 

Maksudnya:

Sahaja aku berniat puasa puasa sunat asyura esok hari kerana Allah Taala

Hukum Puasa Asyura

keberkatan istikharah

Apakah hukum Puasa Asyura?

Sebelum itu kita harus mengetahui beberapa aspek sejarah berkaitan puasa ini.

Orang-orang jahiliah pada zaman pra-lslam dan bangsa Yahudi sangat memuliakan Hari Asyura

Ini kerana pada hari tersebut Allah telah menyelamatkan Nabi Musa daripada buruan Firaun dan bala tenteranya.

Sebagai tanda kesyukuran di atas kurniaan Allah kepadanya, Nabi Musa berpuasa pada hari tersebut. Ketika berita ini sampai kepada nabi kita melalui orang-orang Yahudi yang tinggal di Madinah, Baginda bersabda:

“Saya lebih berhak mengikuti Musa daripada kamu semua (kaum Yahudi).”

Ini kerana ketika Rasulullah sampai di Madinah, baginda mendapati Yahudi Madinah berpuasa pada hari ini. Lalu baginda menyampaikan sabdanya, sebagaimana yang disebutkan di atas.

Semenjak hari itu, Baginda memerintahkan umatnya untuk berpuasa, sehingga puasa Asyura menjadi satu ibadah yang disukai dalam Islam. Ketika itu puasa Ramadan belum diwajibkan.

Aisyah menceritakan:

“Dahulu Rasulullah memerintahkan untuk berpuasa pada hari Asyura. Apabila puasa Ramadan diwajibkan, sesiapa yang mahu (berpuasa di hari Asyura), dia boleh berpuasa. Sesiapa yang mahu (tidak berpuasa), dia boleh berbuka.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Ketika baginda mash hidup, Nabi berpuasa pada hari Asyura.

Kebiasaan ini telah dilakukan oleh Baginda sebelum diwalibkan puasa Ramadan. la terus berlangsung sehingga akhir hayatnya. Al-Imam al-Bukhari (No 1902) dan al-Imam Muslim (No 1132) meriwayatkan sebuah hadis daripada Abdullah bin Abbas didalam Sahih mereka. Beliau menceritakan,

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah menjaga ibadah puasa kerana keutamaannya jika dibandingkan dengan hari-hari yang lain, kecuali hari ini, iaitu hari Asyura dan bulan ini iaitu bulan Ramadan.”

Ini menunjukkan keutamaan yang terkandung dalam puasa pada hari tersebut.

Oleh itu, ketika Baginda ﷺ ditanya tentang puasa yang paling afdal selepas Ramadan, Baginda menjawab puasa pada bulan Muharam.

Imam Muslim dan beberapa imam yang lain meriwayatkan, Abu Hurairah menceritakan, Rasulullah4 bersabda, maksudnya:

“Puasa yang paling utama selepas puasa Ramadan adalah (puasa) pada bulan Allah Muharam. Solat yang paling utama selepas solat wajib adalah solat malam.”

Puasa Asyura menggugurkan dosa-dosa setahun yang lalu.

Al-|mam Abu Daud meriwayatkan di dalam Sunan-nya, bahawa Abu Qatadah menceritakan, Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya saya mengharap kepada Allah agar menggugurkan dosa setahun yang lalu dengan puasa hari Asyura.” (Hadis riwayat Daud)

Menurut sebahagian ulama salaf, hukum puasa Asyura adalah wajib.

Tetapi hadis Aisyah telah menegaskan bahawa kewajipannya telah dihapuskan. la telah menjadi ibadah yang mustahab (sunat).

Menurut majoriti ulama salaf dan khalaf, hari Asyura adalah hari yang ke-10 daripada bulan Muharam. Antaranya ialah Said bin Musayyib, al-Hasan al-Basri, Malik, Ahmad, Ishaq dan yang lain-lain. Begitu juga ulama kontemporari seperti as-Syeikh Muhammad bin Shalih al-Uthaimin.

Pada hari ini, Rasulullah d melaksanakan puasa Asyura. Lebih kurang lebih setahun sebelum wafat, Baginda & bersabda:

“Jika umurku dipanjangkan hingga tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan (Muharam).”

Para ulama berpendapat, ungkapan Rasulullah ﷺ, “Aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan (Muharam)” mengandungi kemungkinan bahawa baginda ingin memindahkan puasa pada hari ke-10 kepada hari yang ke-9.

Baginda ingin menggabungkan keduanya dalam melaksanakan puasa Asyura. Namun Rasulullah telah wafat sebelum sempat menunaikannya.

Jadi jalan yang paling selamat adalah berpuasa pada kedua-dua hari tersebut, iaitu pada hari yang ke-9 dan 10 daripada bulan Muharam.

Doa Hari Asyura

Terdapat beberapa doa yang disunatkan untuk dibaca pada hari Asyura.

Antara salah satunya adalah:

Allaaamumma Yaa Mufarrija Kulli Karbin, Wa Yaa Mukhrija Zhi-Nuuni Yauma ‘Asyuuraa’, Wa Yaa Jaami’a Syamsil Ya’quuba Yauma ‘Asyuuraa’, Wa Yaa Gafiira Zhambi Daawuuda Yauma ‘Asyuuraa’, Wa Yaa Kaasyifa Dzhurri Ayyuuba Yauma ‘Asyuuraa’, Wa Yaa Saami’a Da’wati Muusaa Wa Haaruuna Yauma ‘Asyuuraa’, Wa Yaa Khaaliqa Ruuhi Muhammadin Shallallaahu ‘Alaihi Wa Sallama Yauma ‘Asyuuraa’.

Yaa Rahmaanad -Dun-Yaa Wal-Aakhirah, Wa Atil ‘Umrii Fii Taa’atika Wa Mahabbatika Wa Ridhaka Ya Arhamar-Raahimiin, Wa Ahyinii Hayaatan Tayyibataw Wa Tawaffanii ‘Alal-Islaami Wal-Iimaani Yaa Arhamar-Raahimiin.

Wa Sallallaahu ‘Alaa Sayyidinaa Muhammadiw Wa ‘Alaa Aalihii Wa Sahbihii Wa Sallam, Wal-Hamdu Lillaahi Rabbil-‘Aalamiin.

Maksudnya:

Ya Allah, wahai Yang memberikan jalan keluar dari segala kesusahan, wahai Yang mengeluarkan  Zun Nun pada hari Asyura, wahai Yang menghimpun semua keturunan Ya’qub pada hari Asyura, wahai Yang mengampuni dosa Daud pada hari Asyura, wahai Yang melengkapkan penyakit Ayyub pada hari Asyura, wahai Yang mendengar seruan Musa dan Harun pada hari Asyura, wahai Yang menciptakan ruh Muhammad saw pada hari Asyura.

Wahai Yang Maha Pemurah di dunia dan di akhirat, panjangkanlah usiaku dalam taat kepada-Mu, mencintai-Mu dan mendapat ridha-Mu wahai Yang Maha Penyayang di antara para penyayang. Hidupkanlah pula aku dalam kehidupan yang baik dan wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan iman. Wahai Yang Maha Penyayang di antara para penyayang.

Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarga dan para sahabatnya, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.”

Amalan Lain Yang Digalakkan Pada Hari Asyura

Terdapat beberapa amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada hari Asyura selain dari puasa sunat.

Antaranya adalah:

1. Bersedekah kepada fakir miskin.


2. Memperbanyakkan bacaaan berikut:

zikir tasbih hari asyura

  Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nasir 

Maksudnya:

Cukuplah Allah bagi kami dan (Dialah) sebaik-baik wakil. (Dia juga) sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik penolong”


3. Menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka).


4. Melapangkan masa serta memberi belanja anak dan isteri.

Kelebihan Puasa Asyura

Puasa Asyura ataupun puasa pada 10 Muharam memiliki fadilat dan keutamaan yang tersendiri.

Puasa ini memang sunat sebagaimana puasa sunat yang lain, puasa ini memiliki beberapa keutamaan.

Antaranya adalah:

1. la Merupakan Hari Kesyukuran.

Banyak peristiwa hebat berlaku pada hari Asyura.

la merupakan hari di mana Allah telah menyelamatkan Nabi Musa daripada Firaun dan menenggelamkan Firaun yang zalim di dalam Laut Merah.

Di situlah letaknya kesyukuran.

Syukur kerana terhindar daripada bahaya dan bermulanya episod bar dalam ajaran Musa.

Bagi menghormati hari tersebut, orang-orang Islam disunatkan berpuasa.

2.Menghapuskan Dosa Setahun Yang Lalu

Abu Qatadah menceritakan, Rasulullah bersabda:

Aku berharap Allah aka menghapuskan dosa pada tahun yang lalu dengan Puasa Asyura.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini memberikan kepada kita satu hikmah, iaitu sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura, dosa yang dilakukannya pada tahun yang lalu akan dihapuskan.

Setelah bergelumang dengan dosa yang begitu banyak, hari Asyura dapat diadikan tebusan untuk dosa yang kita lakukan pada tahun yang lalu.

3. Menghormati Peristiwa Besar

Menurut kepercayaan sebahagian manusia, termasuk Ahlu sunnah, terdapat banyak peristiwa menakjubkan berlaku pada bulan Muharam.

Antara kejadian-kejadian tersebut adalah:

  • Nabi Nuh dan umatnya dibebaskan daripada banjir besar.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan daripada kepanasan api Raja Namrud.
  • Nabi Ya’akub a sembuh daripada penyakit buta dan bertemu dengan Nabi Yusuf & pada hari Asyura.
  • Nabi Musa a terselamat daripada dikejar pasukan Firaun.
  • Nabi Isa diangkat ke langit setelah usaha orang-orang Rom untuk menangkap dan menyalibnya gagal. Baginda telah digantikan dengan anak muridnya yang khianat, iaitu Yudas Iskariot.

4. Doa Tidak Akan Ditolak

Selain itu, doa pada hari Asyura tidak akan ditolak.

Rasulullah SAW bersabda: 

Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”

— Riwayat Bukhari dan Muslim

Penutup: Mari Merebut Peluang Ini

Semoga panduan ini membantu anda.

Marilah kita merebut peluang ini agar kita sentiasa mendapat keampunan dan rahmat Allah sentiasa.

Semoga bermanfaat!

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

6 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Asytar
Asytar
3 tahun yang lalu

Bila buat solat sunat asyura ?

hafizah
hafizah
3 tahun yang lalu

terima kasih ustaz sangat sangat membantu ?

Ardi
Ardi
4 tahun yang lalu

Alhamdulillah, info yang sangat baik dari masa kesemasa. Teruskan informasi, ramai yang lupa atau tak pernah tahu. Terima kasih tuan

AbdurRahman
AbdurRahman
4 tahun yang lalu

Nak tau cara niat yg lebih mudah?
Takya lafaz,niat jela dlm hati ?
Atau boleh tunjukkan bukti Nabi SAW ajar lafaz niat puasa mcm tu.