• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AKU ISLAM

Demi Allah, jangan bersedih!

  • Home
  • Penulis
  • FAQ
Hide Search
Home » Akidah Dan Ibadah » Puasa Sunat Enam

Puasa Sunat Enam Hari Syawal

Oleh Panda Comel

puasa sunat
Sudahkan anda melakukan puasa sunat syawal?

Bagaimana niat puasa sunat enam syawal?

Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun mengenai topik puasa sunat enam syawal dan hukum berkaitan dengannya.

Apa yang menarik:

Terjemahan bahasa Melayu dan ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam niat tersebut bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.

Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah puasa sunat enam syawal dengan sempurna.

Informasi dan persoalan-jawapan berkaitan dengan puasa enam ini dipetik dari artikel oleh Tuan Guru Dr. Basit Bin Abdul Rahman (Abu Anas Al Madani)

Panduan ini mengandungi perkara berikut:
  1. Pengenalan puasa sunat
  2. Kelebihan ibadah puasa
  3. Niat puasa sunat enam syawal
  4. Dalil berkaitan puasa sunat enam syawal
  5. Hukum puasa sunat enam syawal
  6. Waktu untuk memulakan puasa enam
  7. Syarat bagi melaksanakan puasa enam
  8. Hukum menggabungkan puasa qada dan puasa enam
  9. Penutup: ganjaran besar puasa sunat

 

PENGENALAN PUASA SUNAT

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini.

Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam.

Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat.

Sebenarnya terdapat 3 jenis puasa sunat, iaitu:

  1. Bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis)
  2. Bersifat bulanan (tiga hari dalam sebulan)
  3. Bersifat tahunan (hari Arafah, Asyura dan enam hari dalam bulan Syawal).

 

Keistimewaan & Kelebihan Ibadah Puasa

Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, Allah SWT berfirman (dalam hadis Qudsi) maksudnya:

Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” 

(Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.”

— Muslim no: 1151

Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan kelebihan puasa sunat.

 Abu Said Al-Khudri ra berkata:

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”.

— Al-Bukhari no: 2840

Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal.

Penulisan ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.

 

Niat Puasa Enam Syawal

niat puasa enam syawal

 Nawaitu souma ghodin ‘an  sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala 

Niat puasa enam syawal dalam bahasa melayu:

Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari syawal kerana Allah Taala.

 

DALIL PUASA SUNAT ENAM SYAWAL

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

— Muslim no: 1164

Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Para ulama‟ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut, kerana setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari.

Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.

Picture1

 

HUKUM PUASA ENAM SYAWAL

A. Hukumnya adalah sunat.

Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam alSyafi‟e, Imam Ahmad, Daud dan ulama‟ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).

B. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh.

Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]

 

BILAKAH DIMULAKAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal.

Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut.

Abu Hurairah ra berkata:

Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.”

— Al-Bukhari no: 1991

 

BAGAIMANA MELAKSANAKAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL?

Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.

Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama ialah:


1. Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal.

Ini kerana apabila Rasulullah menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.

Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.

Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:

Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”

— Surah Ali Imran:133

 


 

2. Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Men-qadha Puasa Ramadhan.

Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya?

Perbincangan ini menghasilkan dua pendapat:

Pendapat Pertama:
Boleh melakukannya

Berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya‟ban yang akan datang.

Aisyah ra berkata:

Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya‟ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw.

[Muslim no: 1146. Al-Bukhari, no: 1950]

Penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa’id

Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal.

Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya‟ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua:
Tidak boleh melakukannya

Berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini.

Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”.

Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya.

Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu.

Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat)

Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri.

Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat.

Ini disokong dengan ayat 133 surah Ali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan.

Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.

Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan:

Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”.

— Syarah Sahih Muslim 8/22

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini:

“Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”.

[Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub al-Ilmiah, Beirut].

 

HUKUM MENGGABUNGKAN PUASA QADA DAN PUASA ENAM

Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qada dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

setuju
Khilaf dalam perkara hukum ialah rahmat

Persoalan ini berlaku KHILAF di kalangan ulama.

Sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.

Sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Tetapi ada juga di kalangan ulama Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan.

[Lihat: Mughni Al-Muhtaj 2/184, Hasyiah Asy-Syarqawi 1/428, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]

Setelah dikaji, pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Quran dan al-Sunnah.

Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qada dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyatul masjid dengan solat fardu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyatul masjid).

Wallahu a’lam.

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan.

Kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya.

Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula).

 

Penutup: Ganjaran Puasa Sunat di sisi Allah adalah Sangat Besar

Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu.

Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah SAW

Sempurnakan dahulu qada beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya.

Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhaiNya.

Kongsikan ini:

  • Facebook
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel berkaitan:

Tag: Fardu Ain

Jangan Terlepas Artikel!

Masukkan alamat emel anda untuk mendapatkan notifikasi bila artikel baru diterbitkan.

Join 7,486 other subscribers

24
Tinggalkan Komen Anda

1500
Gunakan Gmail untuk menerima notifikasi PANTAS apabila komen anda dibalas.
12 Bebenang Komen
12 Komen Yang Berbalas
7 Pengikut
 
Paling Menerima Reaksi
Komen Terhangat
13 Penulis Komen
1500
Gunakan Gmail untuk menerima notifikasi PANTAS apabila komen anda dibalas.
Komen Terbaru Komen Terdahulu
Lin

Nak tnye boleh ke puasa sunat zulhijjah digabungkan dgn puasa gadha..cm ne niatnya kalu boleh

Balas
4 bulan yang lalu
Muhamad Naim

Boleh, tapi sebaiknya asingkan dua puasa tersebut agar ibadah puasa kita lebih cantik.

Balas
4 bulan yang lalu
Nora

Menurut pandangan yg pertama boleh dibuat kedua-duanya sekaligus..
Sekiranya puasa ganti ada berbaki lagi 2hari perlukah diteruskan puasa atau harus berhenti dalam satu hari setelah cukup 6hari puasa 6.

Balas
5 bulan yang lalu
Muhamad Naim

Adalah lebih baik berhenti seketika selepas selesai puasa sunat syawal.

Tetapi tidak menjadi masalah jika ingin terus meneruskan puasa sunat yang lain.

Balas
4 bulan yang lalu
Huda

Assalamualaikum
So,maknanya kalau kita tidak berpuasa penuh dibulan Ramadhan pun boleh buat puasa 6 ke???

Balas
5 bulan yang lalu
Muhamad Naim

Boleh, tiada masalah.
Yang paling penting, Huda perlu ganti puasa ramadan (qada) yang tertinggal itu.

Balas
5 bulan yang lalu
Huda

Owh,selagi yang (qada) tak ganti tak boleh puasa 6 la yea?

Balas
5 bulan yang lalu
Muhamad Naim

Ada dua pandangan mengenai hal ini.

Pandangan pertama, kita boleh qada puasa sekaligus dengan puasa sunat. Kita akan dapat dua-dua pahala (qada dan sunat)

Pandangan kedua, Jumhur ulama mengatakan kita kena qada dulu puasa ramadan yang terlepas, selepas itu barulah buat puasa sunat. (lebih afdal)

Dalam perkara khilaf sebegini, ia terpulang kepada kita nak guna pendapat yang mana satu.

Huda pilih pandangan pertama pun boleh, pandangan kedua pun boleh. Takde masalah :-)

Balas
5 bulan yang lalu
Huda

Terima kasih atas pencerahan…sekarang baru betul-betul paham 👍

Balas
5 bulan yang lalu
Muhamad Naim

Sama-sama Huda.

Balas
5 bulan yang lalu
hamba Allah

alhamdulillah

Balas
5 bulan yang lalu
Muhamad Naim

Alhamdulillah :-)

Balas
5 bulan yang lalu
bluespacea

Saya suka content ni..
terima kasih sebab berkongsi..

Balas
5 bulan yang lalu
Muhamad Naim

Alhamdulillah, sama-sama :-)

Balas
5 bulan yang lalu
rosi

terima kasih, sangat jelas dan bermanfaat

Balas
5 bulan yang lalu
Muhamad Naim

Sama-sama :-)

Balas
5 bulan yang lalu
Dalila

Terima kasih, ia sangat bermanfaat 😊

Balas
6 bulan yang lalu
Muhamad Naim

Sama-sama :-)

Balas
6 bulan yang lalu
[email protected]

Assalamualaikum..bole ke puasa 6 diakhir2 buln syawal..tetapi xcukup 6 hari .contohnya 24-28..tetapi syawal dh habis..24 tu hari isnin..

Balas
2 tahun yang lalu
Muhamad Naim

Tak boleh sbb tak cukup 6 hari

Balas
2 tahun yang lalu
Saudara Baru

Alhamdulillah, sangat bermanfaat. Terima kasih..^_^

Balas
3 tahun yang lalu
fiefi

Kutip ilmu kat sini jap.
tq atas perkongsian ilmu.

http://blogfiefi.blogspot.com/

Balas
4 tahun yang lalu

Primary Sidebar

Artikel Popular

  • Doa Selepas Solat Berserta Wirid (Panduan Lengkap Rumi)
    Doa Selepas Solat Berserta Wirid (Panduan Lengkap Rumi)
  • Cara Solat Jamak & Qasar (Panduan Lengkap)
    Cara Solat Jamak & Qasar (Panduan Lengkap)
  • Panduan Lengkap Solat Sunat Tahajjud
    Panduan Lengkap Solat Sunat Tahajjud
  • Cara Solat Sunat Taubat & Doa Taubat (Panduan Lengkap)
    Cara Solat Sunat Taubat & Doa Taubat (Panduan Lengkap)
  • Solat Dhuha Berserta Doa (Panduan Lengkap Ejaan Rumi)
    Solat Dhuha Berserta Doa (Panduan Lengkap Ejaan Rumi)
  • Solat Istikharah (Panduan Lengkap)
    Solat Istikharah (Panduan Lengkap)
  • Panduan Cara Mandi Wajib Yang Betul (Langkah-Demi-Langkah)
    Panduan Cara Mandi Wajib Yang Betul (Langkah-Demi-Langkah)
  • Panduan Lengkap Solat Sunat Hajat
    Panduan Lengkap Solat Sunat Hajat
  • Cara Solat Jenazah (Panduan Lengkap)
    Cara Solat Jenazah (Panduan Lengkap)
  • Solat Sunat Rawatib (Panduan Lengkap & Mudah Difahami)
    Solat Sunat Rawatib (Panduan Lengkap & Mudah Difahami)
Panduan Lengkap

  • Panduan Solat Fardu
  • Senarai Solat Sunat
  • Doa-Doa Harian

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Twitter

Blog ini ditulis dengan di Pulau Banggi, Sabah.

  • Home
  • Penulis
  • FAQ
wpDiscuz