NIAT PUASA HARI ARAFAH & DOA (Panduan Lengkap)

niat puasa hari Arafah

Bagaimanakah cara Niat Puasa Arafah dan bacaan doa Hari Arafah (Wukuf)?

Panduan ini akan menunjukkan cara niat puasa sunat Arafah secara lengkap dan mudah.

Panduan ini juga menyenaraikan zikir yang digalakkan, doa yang disunatkan untuk dibaca & kelebihan-kelebihan yang terdapat pada hari Arafah ini.

Mari kita mulakan..

niat puasa arafah

Maksud Hari Arafah

Wukuf atau Hari Arafah adalah gambaran Padang Masyhar yang semua makhluk dikumpulkan sebelum ke syurga atau neraka untuk umat manusia merenungi hari akhirat. Ia antara hari yang dimuliakan dan di sisi Allah.

Wukuf di Arafah adalah amalan yang sangat besar impaknya berikutan ketika itu suasana perhambaan amat jelas kelihatan.

Ini kerana ketika wukuf jemaah berkumpul dengan penuh khu­syuk mengabdikan diri dan menadah tangan berdoa agar diampunkan dosa dan diterima segala amalan.

Tarikh & Waktu Untuk Puasa Hari Arafah

Puasa Sunat Arafah dilakukan pada setiap 9 Dzulhijjah dalam kalendar hijrah Islam.

Sehari sebelum itu iaitu 8 Dzulhijjah, kita disunatkan untuk berpuasa Tarwiyyah

Bagi umat Islam yang tidak berkesempatan menunaikan haji, peluang tetap diberikan oleh Allah untuk mendapat ganjaran iaitu dengan berpuasa pada hari Arafah.

Rasulullah ketika ditanya tentang puasa pada hari Arafah ber­sabda:

Diampunkan dosa setahun lalu dan setahun akan datang.”

– Riwayat Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

Maklumat lanjut mengenai penetapan waktu puasa hari Arafah boleh dibaca lanjut pada pautan ini: Bayan Al-Falak Siri 2

Lafaz Niat Puasa Arafah

“Aku berniat puasa sunat Arafah kerana Allah Taala”

lafaz niat puasa arafah

 Nawaitu Shauma Arafata Sunnatan Lillahi Ta’ala 

Doa Berbuka Puasa Hari Arafah

Adakah Bacaan Doa Buka Puasa Arafah Sama Dengan Puasa Ramadan?

Jawapannya, YA sama sahaja.

Doa berbuka puasa untuk puasa sunat Arafah boleh dibaca seperti berikut:

doa berbuka puasa

 Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin 

Maksudnya: 

Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

niat puasa arafah

1. Al-Imam as-Syaf’ie berpendapat:

Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di ‘Arafah.”


2. Dari pendapat Imam Ahmad rh pula:

Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).”

Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji.


3. Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qada puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda).

Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.

Hari Yang Diharamkan Berpuasa Dalam Bulan Zulhijjah

Bilakah hari yang diharamkan untuk berpuasa?

Berpuasa pada Hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Umar ra:

Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri.”

– Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina:

 Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari Tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.”

– Hadith Riwayat Imam Ahmad r.a.

Puasa Tambahan

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping berpuasa pada Hari Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah (Hari Arafah).

Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan Hari Arafah.

Hadis riwayat Ibni Abbas:

Siapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”

Zikir Hari Arafah

Apakah zikir yang boleh dibaca pada Hari Arafah?

Walaupun kita tidak dapat berhimpun dan memperoleh kemuliaan berwukuf di Padang Arafah sepertimana para jemaah haji di Tanah Suci, tetapi kita turut dibolehkan untuk berdoa dan beramal walau di mana pun kita berada.

Kita digalakkan untuk melakukan amalan-amalan sunat seperti solat, berpuasa, berzikir dan berdoa terutama dengan zikir doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Zikir Doa Hari Arafah ini sebaik-baiknya dibaca seberapa banyak yang termampu selepas solat Zuhur 9 Zulhijjah sehingga menjelang Subuh 10 Zulhijjah.

At-Tarmizi meriwayatkan, semasa Hari Arafah, Nabi mengamalkan zikir doa berikut:

wirid selepas solat

 Laa ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wayumitu Wahuwa A’la Kulli Syai’in Qadirr 

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.

Daripada Amru bin Syu’aib dari ayahnya dan daripada datuknya, Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallâhu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:

Sebaik-baik doa adalah yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan adalah ucapan Nabi-nabi sebelumku iaitu, “Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.”

— Hadis Riwayat at Tirmizi

Doa Hari Arafah

Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa

Umat Islam disunatkan membaca Doa Hari Arafah walau di mana pun mereka berada.

Salah satu waktu doa dimakbulkan Allah SWT adalah di Padang Arafah iaitu hari kesemua Jemaah Haji berkumpul di Padang Arafah, simbolik dan lambang Padang Mahsyar.

Waktunya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah.

Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT hak menunaikan adalah hak Allah Ta’ala.

Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.

— HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani

Doa Hari Arafah Yang Ma’thur

doa hari arafah

Doa Hari Arafah bukan sahaja baik dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunatkan juga kepada seluruh Umat Muslim di seluruh dunia walaupun tidak berada di Padang Arafah.

Antara doa Hari Afarah yang dianjurkan adalah:

doa hari arafah

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Hamdan Yuwaafi Ni’amahu Wa Yukaafi-u Mazidah, Ya Rabbana Lakal-hamdu Kama Yanbaghi Lijalaali Wajhika Wa ‘Azhiimii Sulthonik, Allahumma Solli Wasallim ‘Ala Sayyidina Muhammad, Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajma’in.

doa hari arafah

Allahumma Rabbana Zolamna Anfusana Wa In Lam Taghfirlana Wa Tarhamna Lanakuunanna Minal-khasiriin. Allahummaghfirlana Zunuubana Wa Tub ‘Alaina Taubatan Nasuuha. Allahumma Anta Robbuna Farzuqna-istiqamah.

doa hari arafah

Allahumma Inni As-aluka Minal-khairi Kullihi ‘Ajilihi wa Aajilihi Ma ‘Alimtu Minhu Wa Ma Lam A’lam.

doa hari arafah

Allahumma Inni As-aluka Min Khairi Ma Sa-a-laka Bihi ‘Abduka Wa Nabiyyuka Muhammad, Wa A’uzubika Min Syarri Mas-ta’Aazaka Bihi ‘Abduka Wa Nabiyyuka Muhammad, Allahumma Inni As-alukal-jannah, Wa Ma Qarraba Ilaihi Min Qaulin Wa ‘Amalin, Wa As-aluka An Taj’alaka Kulla Qadha-in Qadhaitahu Lana Khaira.

doa hari arafah
doa hari arafah
doa hari arafah

Allahumman-qulni Min Zillil-ma’siyyati ila ‘Izzit-tho’ati, Wakfini BihaLaaLika ‘An Haramik, Waghnini Bifadhlika ‘Amman Siwaak, Wa Nawwir Qalbi Wa Qabri, Wahfazni Minasy-syarri Kulih, Wajma’ Liyal-khaira Kullah, Innaka ‘ala Kulli Syai-in Qadiir, Allahumma Inni As-alukal-huda Wat tuqa Wal-‘afaaFa Wal-ghina, Ya Hayyu Ya Qayyum Birahmatika Astaghist, Asih Li Syakni Kullah, Wa Jannibnil-‘usra Warzuqni Tho’ataka Ma Abqaitani, Allahumma Aslih Li Diinil-lazi huwa ‘Ismatu Amri, Wa Asih Li DunyaaYal-lati Fiiha Ma’Aasyi, Wa Aslih Li Aakhiratiyal-ati Ilaiha Ma’Aadi, Waj’alil-hayaata Zaiyaadatan Li Fi Kulli Khairin, Waj’alil-mauta RaaHatan Li Min Kulli Syarr.

doa hari arafah

Allahummagfirlana Wa Liwadidiina Wa Zurriyyaatina Wa Ikhwaanina Wa AhliiNaa Wal Gho-iBiiNa Minal MuslimiiNa Wal Muslimaati Ajma’ain Birahmatika Ya Arhamar-raahimin, Wa Sollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wa Sohbihi Ajma’in Wal-hamdulillahi Rabbil-‘Aalamin.

Maksud Doa Hari Arafah

Maksud bagi doa hari Arafah di atas adalah seperti berikut:

Segala puji-pujian adalah milik Allah yang memerintah sekalian alam, dengan satu pujian yang sentiasa menepati nikmat-nikmatNya dan mencukupi segala tambahannya, wahai Tuhanku hanya bagiMu segala puji-pujian sebagaimana selayaknya dengan keagungan Zat-Mu dan keunggulan pemerintahanMu. Ya Allah cucurlah selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW dan juga ke atas seluruh keluarga dan para sahabatnya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami, dan seandainya Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami nescaya kami mesti akan menjadi golongan orang-orang yang rugi. Ya Allah Ya Tuhan Kami, ampunilah dosa-dosa kami dan terimalah taubat kami serta berikanlah kami taubat nasuha (taubat yang sebenar). Ya Allah Engkau adalah Tuhan kami, kerana itu anugerahkanlah kami suatu keistiqamahan.

Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebaikan, kebaikan yang sepatutnya segera aku terima atau pun yang tertangguh, kebaikan yang aku ketahui dan yang tidak aku tahu, Ya Allah aku memohon kepadaMu kebaikan sebagaimana apa yang telah dipohon oleh hambaMu dan Nabi-Mu junjungan besar Nabi Muhamad SAW, aku juga berlindung kepadaMu dari sebarang keburukan sebagaimana yang dimintakan perlindungan kepadaMu oleh hambaMu dan Nabi-Mu junjungan besar Nabi Muhamad SAW, Ya Allah aku memohon syurga kepadaMu dan apa-apa yang boleh mendekatkan kepadanya, sama ada berupa ucapan ataupun perbuatan.

Aku juga berlindung kepadaMu dari api neraka dan apa sahaja yang boleh mendekatkan kepadanya sama berupa ucapan ataupun perbuatan. Dan aku memohon kepadaMu supaya engkau menjadikan semua qada’ yang sudah Engkau tetapkan kepadaku itu sebagai ketetapan yang baik belaka.

Ya Allah pindahkanlah aku dari maksiat yang hina kepada ketaatan yang terpuji. Anugerahkanlah aku rezeki yang halal dan jauhkanlah aku dari rezeki yang haram. Cukupkanlah aku dengan kurniaMu dari yang selain Engkau. Terangilah hatiku dan kuburku, peliharalah aku dari segala keburukan dan kumpulkanlah kepadaku semua kebaikan, sesungguhNya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah aku memohon kepadaMu petunjuk dan ketakwaan, keafiatan dan kekayaan, wahai Tuhan yang Hidup dan Berdiri sendiri, dengan rahmatMu aku meminta tolong, perelokkanlah segala keadaanku dan jangan biarkan aku bersendirian walaupun sekelip mata. Ya Allah permudahkanlah aku kepada kemudahan dan jauhkanlah kesusahan dari diriku. Jadikanlah aku sebagai orang yang sentiasa mentaatiMu selagi Engkau mengekalkan diriku. Ya Allah perelokkanlah bagiku agamaku yang menjadi peganganku dan juga baikkanlah duniaku yang di dalamnya aku menjalani kehidupan. Dan juga perelokkanlah akhirat yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah masa hayatku ini untuk menambah kebaikan dan jadikanlah matiku nanti sebagai kerehatan dari segala keburukan.

Ya Allah ampunilah segala dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa zuriat kami, dosa saudara-saudara kami dan juga dosa orang-orang yang ghaib daripada kaum muslimin dan muslimat dengan berkat rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Semoga Allah memberi rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhamad SAW dan juga ke atas seluruh keluarga dan para sahabatnya semua.

Kelebihan Puasa Arafah

niat puasa arafah

Ada beberapa dalil al-Quran dan hadis yang menyebut tentang kelebihannya.

Antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud:

Demi fajar dan malam yang sepuluh.

(al-Fajr: 1-2)

Menurut Ibnu Kathir, yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama bulan Zulhijah.

Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Hadis riwayat Bukhari)

Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid”.

— Riwayat Ahmad

Sementara itu, menurut al-Hafiz Ibnu Hajar, yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan 10 hari Zulhijah ialah terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu solat, puasa, sedekah dan haji.

Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.

Oleh itu, marilah kita melipat-gandakan amalan pada bulan ini terutamanya solat.

Disunatkan kita keluar awal ke tempat solat fardu (berjemaah) dan memperbanyak solat sunat kerana ia sebaik-baik amalan.

Thauban r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.

— Riwayat Muslim

Ini umum untuk semua waktu.

Penutup

Sebagai penutup, marilah kita semua memanfaatkan Hari Arafah ini dengan sebaik mungkin.

Amalkanlah puasa sunat pada hari ini dan bacalah doa-doa yang telah dianjurkan, tidak kira di mana kita berada.

Sesungguhnya, doa Hari Arafah ini bukan sahaja baik dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunatkan juga kepada seluruh Umat Muslim di seluruh dunia walaupun tidak berada di Padang Arafah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami, dan seandainya Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami nescaya kami mesti akan menjadi golongan orang-orang yang rugi.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, ampunilah dosa-dosa kami dan terimalah taubat kami serta peliharalah kami dari segala keburukan.

Semoga kita semua beroleh keberkatan dan rahmat dari Allah SWT pada hari ini dan seterusnya

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

21 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Ezza
Ezza
3 bulan yang lalu

Salam Ustaz, di bahagian doa hari arafah macam x kluar bahasa arabnya. Nk confirm kan itu masalah phone sy atau dia mmg dah hilang. Terima kasih ustaz

Shah
Shah
1 tahun yang lalu

Doa akhir bahagian rumi ada yg terkurang selepas Ikhwaanina Wal…

hazli
hazli
1 tahun yang lalu

Salam, kalau lupa baca niat puasa sebelum subuh, boleh ke kita niat puasa sunat Arafah apabila bangun dari tidur dan belum makan/minum apa2 lagi.

Muhammad amzari
Muhammad amzari
2 tahun yang lalu

Asalamualaikum ustaz, doa Arafah bahagian terakhir ada menyebut (juga dosa orang-orang yang ghaib daripada kaum muslimin dan muslimat) siapakah yg dimaksudkan orang2 ghaib itu ustaz? Mohon pencerahan…

Hamba Allah SWT
Hamba Allah SWT
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum.Saya nak tanya lagi?Doa berbuka puasa Arafah adakah sama juga seperti doa berbuka puasa di bulan Ramadhan?

Hamba Allah SWT
Hamba Allah SWT
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum.Saya nak tanya niat puasa atau mana² niat boleh ke tak dilafazkan?Sblm ni saya pernah baca yg niat harus dari hati dan tak wajib pun dilafazkan.Jadi kalau tak lafaz niat puasa ni boleh ke?Sah ke puasanya?

Edited:

Maaf sbb tanya 2 kali.Saya sangka pertanyaan yg pertama tu tak terhantar?

Last edited 3 tahun yang lalu by Hamba Allah SWT
Hamba Allah SWT
Hamba Allah SWT
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

Baik, terima kasih?✨

Last edited 3 tahun yang lalu by Hamba Allah SWT
Hamba Allah SWT
Hamba Allah SWT
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum.Saya nak tanya niat puasa,atau mana² niat boleh ke kalau tak dilafazkan?Sblm ni saya pernah baca niat tak wajib pun dilafazkan.Niat harus dari hati.Jadi kalau tak lafaz niat puasa ni,boleh ke?Sah ke puasanya?

Nurul
Nurul
4 tahun yang lalu

boleh ker puasa arafah pada hari esok

Zal hasmi
Zal hasmi
Reply to  Nurul
4 tahun yang lalu

Esok 9 zulhijjah memang esok adalah puasa arafah,hari tasyrik dilarang berpuasa iaitu 10 ,11,12,13 zulhijjah berdasarkan hadis Rasulullah  https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/c5/Mohamed_peace_be_upon_him.svg/20px-Mohamed_peace_be_upon_him.svg.png  yang bermaksud: Dari Nubaisyah al-Hudzali RA katanya: ”Rasulullah  https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/c5/Mohamed_peace_be_upon_him.svg/20px-Mohamed_peace_be_upon_him.svg.png  bersabda: ”Hari-hari Tasyrik (10,11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.”
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Muhammad amzari
Muhammad amzari
Reply to  Zal hasmi
2 tahun yang lalu

Maksudnya Isnin ini dah 11 Zulhijjah tak boleh puasa sunat isninlah ya .

Nilam
Nilam
5 tahun yang lalu

Mohon halalkn ilmu

Bushri
Bushri
5 tahun yang lalu

Syukrun, jazakallahughoir