Bagaimana niat puasa sunat Syaaban?
Artikel ini akan membantu anda mengetahui niat puasa sunat Syaaban secara mudah dan ringkas.
Ejaan rumi dan lafaz niat dalam Bahasa Melayu juga disediakan.
Pengenalan Bulan Syaaban
Syaaban merupakan bulan ke-8 di dalam takwim Hijrah.
Syaaban juga dikenali sebagai bulan ‘penyimpangan’ atau ‘berpecah’.
Ini kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya (bulan Ramadan ialah bulan yang panas).
Rasulullah SAW telah banyak menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.
Sabda Nabi SAW:
Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya.
Antara lain sabdanya lagi:
Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).
Niat Puasa Sunat Syaaban
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ سُنَّةِ شَعْبَانَ لِلهِ تَعَالَى
“Nawaitu shauma ghadin ‘an ada’i sunnati Sya’bana lillaahi ta’aala”
Maksudnya:
Sahaja aku berpuasa sunat Syaaban esok hari kerana Allah Taala
Kelebihan Puasa Sunat Bulan Syaaban
Banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan bulan Syabaan ini.
Antaranya ialah sebagaimana hadis yang diriwayatkan Imam al-Bukhari RA melalui Aisyah RAH yang bermaksud:
Maka tidaklah aku melihat baginda SAW berpuasa selama sebulan melainkan pada bulan Ramadhan, dan tidaklah aku melihat baginda SAW memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan Syaaban.”
(Riwayat al –Bukhari)
Nabi Muhammad SAW ditanya oleh Usamah bin Zaid mengapa Rasulullah SAW melebihkan berpuasa pada Syaaban.
Baginda SAW menjawab dengan sabdanya:
Bahawa Syaaban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada Syaaban semua amalan manusia diangkat ke hadrat Allah. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa.”
(Hadis Riwayat oleh An-Nasa’i dan Ahmad.)
Malam Istimewa Nisfu Syaaban
Pada bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam iaitu Malam Nisfu Syaaban.
Ini adalah kerana pada malam tersebut Allah SWT telah memberikan kelebihan kepada hamba-hambanya dan memberi keampunan kepada mereka kecuali yang syirik kepada-Nya.
Sabda Rasulullah SAW menerusi hadisnya yang diriwayatkan oleh Ibn Majah RA daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud:
Allah SWT melihat kepada makhluk-makhlukNya pada malam nisfu syaaban lalu mengampuni makhluk-makhlukNya kecuali orang yang musyrik dan orang yang bermusuhan.”
(Riwayat Ibn Majah).
Penutup
Kesimpulannya ayuh kita semua rebut peluang keemasan pada bulan yang mulia ini dengan melakukan ibadah kepada Allah SWT.
Ia satu keadaan di mana kita berpeluang untuk mencari keredhaan Allah SWT dan menebus segala dosa di atas segala kesalahan-kesalahan lalu.
Yakinlah bahawa manusia tidak akan sepi daripada melakukan dosa.
Maka bulan yang mulia ini perlu dipelihara sebaik mungkin untuk mendekati diri kepada Allah SWT.
Tinggalkan Komen Anda..
assalamualaikum. boleh ke saya puasa sunat syaaban, walaupun pada separuh yg pertama syaaban saya tak tidak berpuasa?
atau hanya boleh puasa isnin khamis sahaja?
Wassalam,
Perkara ini berlaku khilaf dikalangan ulama.
Tapi pendapat dalam mazhab Syafie adalah HARAM dan TIDAK SAH berpuasa selepas 15 Sya’ban kecuali :
a. Puasa sunat tersebut telah menjadi kelaziman seperti Isnin dan Khamis.
b. Puasa Qadha’
Kalau Putri memang sudah lazim berpuasa isnin dan khamis, maka tiada masalah untuk berpuasa.
Assalamualaikum, Boleh saya tahu bilakah tarikh yang tidak dibolehkan berpuasa dalam bulan syaaban sebelum ramadhan? Puasa sunat bukan ganti
Wassalam,
Perkara ini berlaku khilaf dikalangan ulama.
Tapi pendapat dalam mazhab Syafie adalah HARAM dan TIDAK SAH berpuasa selepas Nisfu Sya’ban kecuali :
a. Puasa sunat tersebut disambungkan dengan hari-hari pada separuh yang pertama Sya’ban walaupun sekadar 1 hari sahaja (contoh seseorang berpuasa pada 15 Sya’ban) maka bolehlah ia berpuasa pada 16,17 hingga ramadan. Jika terputus dengan atau tanpa uzur maka tidak boleh disambung lagi hingga ramadan.
b. Puasa sunat tersebut telah menjadi kelaziman seperti Isnin dan Khamis.
c. Puasa Qadha’
d. Puasa Nazar dengan syarat tidak menyedari hari yang dinazarkan itu selepas nisfu Sya’ban.
Assalammualaikum. Nak tanya. Kalau kita nak puasa sunat masa setiap hari dlm bulan syaaban boleh ke?
Wassalam,
Boleh.
Asalammualaikum, hukum sah ke jika kita berpuasa pada hari ke 16 syaaban ?
UPDATE:
Terdapat khilaf dalam hal ini dikalangan ulamak.
Pandangan pertama, tidak haram.
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1117-irsyad-al-hadith-siri-ke-73-hukum-puasa-selepas-separuh-bulan-sya-ban
Tetapi pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie pula ialah HARAM dan TIDAK SAH berpuasa selepas Nisfu Sya’ban KECUALI :
a. Puasa sunat tersebut disambungkan dengan hari-hari pada separuh yang pertama Sya’ban walaupun sekadar 1 hari sahaja (contoh seseorang berpuasa pada 15 Sya’ban) maka bolehlah ia berpuasa pada 16,17 hingga ramadan. Jika terputus dengan atau tanpa uzur maka tidak boleh disambung lagi hingga ramadan.
b. Puasa sunat tersebut telah menjadi kelaziman seperti Isnin dan Khamis.
c. Puasa Qadha’
d. Puasa Nazar dengan syarat tidak menyedari hari yang dinazarkan itu selepas nisfu Sya’ban.
Assalamualaikum..saya nk tanya,klu saya nk ganti puasa pada bulan syaaban blh ke?
Wassalam.
Boleh, tiada masalah.
Lakukan puasa ganti sebelum masuk Ramadan.
Assalammualaikum, mcm mana nak lafaz niat ganti puasa ramadhan sekaligus puasa sunat syaaban, niat kena lafaz ke 2 2 ke mcm mana? Mohon pencerahan tq.
Wassalam,
“Sahaja aku niat puasa esok hari kerana mengganti fardu ramadan dan sunat syaaban kerana Allah Taala.”