Apakah Hukum Sengaja Membatalkan Puasa Sunat?

Sengaja Membatalkan Puasa Sunat

Apakah hukum sengaja membatalkan puasa sunat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Kalau kita sedang puasa sunat adakah boleh kita batalkan ustaz sebab ada hajat untuk membatalkannya dan adakah wajib diqadha semula puasa itu?


JAWAPAN

Setiap amalan sunat yang sedang kita lakukan adalah sunat kita selesaikan dan makruh kita batalkan tanpa uzur.

Begitu juga apabila kita batalkan puasa sunat tanpa uzur maka sunat kita qadha semula puasa itu.

Berkata Imam Ibnu Rusyd :

Dan ada pun hukum berbuka pada puasa sunat maka sungguhnya telah ijmak para ulamak atas bahawa siapa yang telah memulakan puasa sunat lalu dibatalkannya kerana uzur maka tiada qadha atasnya.

Dan berselisih ulamak apabila dibatalkannya tanpa uzur dengaan sengaja maka Imam Malik dan Imam Hanafi mewajibkan atasnya qadha dan telah berkata Imam Syafie dan satu kumpulan ulamak tiada atasnya qadha.”

(Kitab Bidayatul Mujtahid)

KESIMPULAN

Siapa yang puasa sunat, maka sunat bagi dia untuk selesaikan puasa itu.

Jika ada uzur, maka harus dia membatalkan puasa sunatnya itu dan jika tiada uzur maka makruh bagi dia membatalkan puasanya itu.

Siapa yang telah membatalkan puasa sunat, maka sunat bagi dia qadha dan tetapi perbuatan ini tidak wajib.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini


Tambahan

Senarai Puasa Sunat:

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments