NIAT PUASA BULAN REJAB (Panduan Lengkap)

puasa bulan rejab

Bagaimana niat Puasa Bulan Rejab?

Artikel ini akan memberi panduan tentang niat puasa rejab secara lengkap dan mudah.

Panduan ini juga menyenaraikan amalan yang digalakkan, doa yang disunatkan & kelebihan-kelebihan yang terdapat pada bulan rejab ini.

Jika anda sedang memerlukan panduan berkaitan bulan rejab, mari kita mulakan..

Isi Kandungan

Pengenalan

Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan.

Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman al-Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya.

Perkataan jama’ bagi Rejab adalah Arjab (أرجاب) dan jika digabungkan Rejab dan Sya’ban dinamakan sebagai Rajaban (رجبان). [Lihat: Mukhtar al-Shihah, 118]

Di samping itu, Rejab merupakan bulan ke tujuh daripada Tahun Hijri dan ia merupakan antara bulan Haram yang diharamkan peperangan atau pembunuhan padanya.

Bulan ini datang selepas daripada Jumadi al-Akhir dan selepasnya adalah Sya’ban.

Satu peristiwa agung berlaku dalam bulan Rejab iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.

Israk dan Mikraj adalah satu daripada mukjizat Nabi Muhammad saw yang berlaku sebelum hijrah baginda saw ke Madinah, pada malam Isnin, 27 Rejab.

Lafaz Niat Puasa Bulan Rejab

Niat puasa sunat rejab adalah seperti berikut:

 Nawaitu Shouma Ghodin Fii Syahri Rajabi Sunnatan Lillahi Taala 

Dalam Rumi:

Aku berniat puasa esok hari di bulan Rejab sunat kerana Allah taala.

Amalan Dan Kelebihan Puasa Bulan Rejab

Dalam Bulan Rejab, dianjurkan banyak berdoa dan berzikir dengan ketentuan berikut, diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asyakir daripada Abi Umamah, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

Lima malam yang tidak akan ditolak doa padanya ialah doa pada awal bulan Rejab, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha.

Oleh itu, dianjurkan untuk melakukan amalan-amalan berikut pada bulan rejab:

1. Berpuasa pada Khamis pertama bulan Rejab, InsyaAllah syurga akan menjadi bahagiannya.


2. Di dalam Syurga ada sebatang sungai yang dinamakan ‘Rejab’. Ia lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais dan lebih manis dari madu. Barang siapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, maka Allah akan mengurniakannya minuman dari sungai itu (Hadis).


3. Berpuasa pada 1 Rejab, akan menghapuskan dosa-dosa kecilnya (al-Jami’us Shaghir)


4. Nabi Adam pernah bertanya kepada Allah mengenai hari yang paling disukaiNya.

FirmanNya:

Nisfu Rejab: Sesiapa yang menghampirkan dirinya dengan puasa, solat sunat, bersedekah dan beristigfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya akan diampunkan dengan bersedekah dan berzikir serta akan menjaga diri dari melakukan maksiat. Syurgalah bahagiaannya”


5. Pada malam 15 dan 27 rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat sebanyak 12 rakaat dengan 6 salam. Pada setiap rakaat hendaklah dibacakan al-Fatihah dengan sebarang surah.

Selepas memberikan salam, baca zikir ini:

zikir bulan rejab

Maha Suci Allah. Segala puji-pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar.”

Disambung dengan istigfar sebanyak 100 kali:

Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, yang berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepadaNya”

Kemudian selesai sahaja bertasbih dan beristigfar, berdoalah apa sahaja demi kebaikan diri sendiri dan keesokan hari hendaklah kita berpuasa selama sehari (Imam Ghazali)


6. Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda:

Barang siapa membaca ayat ini pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan di antara Zohor dengan Asar:

doa bulan rejab

Aku  memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, yang berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepadaNya, taubat seorang hamba yang zalim, tiada yang menguasai akan diriNya, tidak ada yang dapat membuat, menolak mudarat, manfaat dan tidak ada yang dapat menguasai kematian dan hidup serta kebangkitan”

Nescaya dua malaikat akan disuruh menghapuskan semua kejahatannya.


7. Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Rejab, seolah-olah dia berpuasa selama 1000 tahun dan seolah-olah memerdekakan 1000 hamba sahaya. Barang siapa bersedekah 1000 dinar, dicatat setiap helai rambut dan bulu yang ada di badannya 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjatnya, dihapuskan darinya 1000 kejahatan dan dicatat juga sedekahnya itu akan beroleh ganjaran 10 kali pahala haji dan umrah, serta didirikan untuknya Gedung di Syurga (Salman al-Farisi)

Doa Bulan Rejab

Apabila masuk bulan Rejab, Nabi SAW berdoa:

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَب وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

Yang bermaksud, 

Wahai Tuhan kami, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan bulan Sya‘ban serta kami memohon dapat sampai ke bulan Ramadhan

Penutup

Semoga panduan ini membantu anda.

Marilah kita merebut peluang ini agar kita sentiasa mendapat keampunan dan rahmat Allah sentiasa.

Semoga bermanfaat!

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

16 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Yushaizari bin che Yusoff
Yushaizari bin che Yusoff
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz.. saya nak tanya berapa hari kena puasa dalam bulan rejab

Yushaizari bin che Yusoff
Yushaizari bin che Yusoff
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Alhamdulillah trima ksih ustaz

izyy
izyy
1 tahun yang lalu

assalam . puasa bulan rejab 1 rejab , sahaja kah ustad ?

Yazid
Yazid
2 tahun yang lalu

Adakah doa bulan Rejab ini hanya dibaca pada malam 1 Rejab sahaja atau boleh dibaca pada sepanjang bulan Rejab dan Syaaban? Mohon pencerahan.

Liyana
Liyana
3 tahun yang lalu

Mohon semak semula kesahihan isi kandungan artikel ini. Banyak antaranya yang bersandarkan pada hadith daif atau palsu. Juga sepakat ulama mengatakan tiada kepastian tentang tarikh berlakunya Isra Miraj. Wallahualam.

https://m.youtube.com/watch?v=8B5Ilkk5uGw

https://aboutislam.net/counseling/ask-the-scholar/quran-hadith/popular-hadiths-on-rajab-what-is-authentic-and-what-is-not/

https://www.google.com/amp/s/islamqa.info/amp/en/answers/75394

Salman Ishak
Salman Ishak
3 tahun yang lalu

Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ilmu, semoga amalan kita diterima Allah can semoga Allah melindungi hamba2 nya dr musibah penyakit covidi 19

Last edited 3 tahun yang lalu by Salman Ishak
Hamba allah
Hamba allah
3 tahun yang lalu

Semoga kita semua murah rezeki selalu dan allah swt direstui dan diberkati segala urusan kita berlancar. Aaaaminnnnnnn.

Sulaiman Ismail
Sulaiman Ismail
4 tahun yang lalu

Kemuliaan di bulan Rejab, semoga covid 19 dilenyapkan oleh Allah di bumi ini.

Azmiey yacob
Azmiey yacob
4 tahun yang lalu

Alhamdulillah sangat membantu artikel macam nie ❤️

Andy Amry Anwar
Andy Amry Anwar
4 tahun yang lalu

Amalan2 seperti ini mmang baik

ADRYAN B. ABDUL MAJID .
ADRYAN B. ABDUL MAJID .
4 tahun yang lalu

WAA ANA,WAA AMEEN ,