Panduan ini menghimpunkan bacaan Yasin, susunan tahlil ringkas, doa arwah (versi khusus dan versi umum), serta doa selamat penutup dalam satu halaman yang tersusun langkah demi langkah.
Setiap bahagian disediakan dengan transliterasi rumi dan sokongan audio agar pembaca boleh mengikuti bacaan dengan lebih yakin, terutama bagi yang masih belajar membaca teks Arab. Semoga dipermudahkan urusan tuan dan puan, insya-Allah.
Ini adalah panduan lengkap amalan dan doa Nisfu Syaaban serta kelebihan malam tersebut.
Tulisan ini berdasarkan dalil sahih daripada al-Quran, hadis, dan pandangan ulama muktabar mengenai Malam Nisfu Syaaban. Malam yang penuh keberkatan ini adalah peluang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperkukuhkan menjelang Ramadan.
Apa yang anda akan pelajari:
Langkah demi langkah ibadah untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan mudah dan teratur.
Contoh bacaan doa malam nisfu Syaaban, susunan amalan yang boleh dilakukan, dan penjelasan ringkas yang sesuai untuk semua peringkat pembaca.
Bantuan transliterasi rumi dan audio untuk mereka yang kurang mahir membaca teks jawi / arab.
Oleh itu, marilah kita menjadikan malam ini lebih bermakna dan dimanfaatkan sepenuhnya dengan amalan untuk mendapatkan mardhatillah (keredhaan Allah ﷻ).
Ini adalah panduan lengkap jadual ibadah dan amalan sepanjang bulan Ramadan, dari hari pertama hingga hari ke-30. Panduan ini akan membantu anda mengisi setiap hari Ramadan dengan amalan-amalan yang bermakna dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ini adalah panduan lengkap untuk menunaikan Solat Witir 3 rakaat 1 salam. Panduan ini bertujuan memberi penerangan khusus mengenai cara pelaksanaan solat witir dalam bentuk yang lebih terperinci, lengkap dengan langkah-langkah dan bacaan yang disarankan.
Apa yang menarik:
Setiap langkah diterangkan dengan teliti bagi memastikan anda memahami perbezaan antara solat witir tiga rakaat dengan satu salam berbanding cara-cara lain. Penjelasan ini juga dilengkapi dengan panduan mudah dan bacaan yang sesuai untuk membantu anda melaksanakan solat dengan lebih sempurna.
Sekiranya anda bersedia untuk mendalami panduan ini dan memperkemas ibadah solat witir anda, mari kita mulakan…
Maksud sunat muakkad adalah merujuk kepada amalan-amalan sunat yang sangat dianjurkan dalam Islam dan dititikberatkan oleh Rasulullah SAW. Dalam erti kata lain, ia merupakan ibadah yang walaupun tidak diwajibkan, sangat digalakkan kerana Rasulullah SAW melaksanakannya dengan konsisten dan jarang meninggalkannya.
Sebagai tambahan, ulama menyebut bahawa amalan ini juga dikenali sebagai Sunnah Huda, seperti yang dijelaskan oleh Sayyid Sharif al-Jurjani dalam kitab at-Ta`rifat.[1] Beliau menyatakan bahawa sunnah muakkadah adalah amalan yang dilakukan secara berterusan oleh Nabi Muhammad SAW, dan meninggalkannya dianggap sebagai memandang rendah kepada agama.[2]
Ini adalah panduan lengkap niat puasa sunat Zulhijjah dan kelebihannya.
Dalam panduan ini, saya akan menerangkan secara lengkap dan terperinci semua perkara yang berkaitan dengan Puasa Sunat Zulhijjah — termasuk lafaz niat puasa yang dipermudahkan dengan transliterasi Rumi.
Terdapat arahan dari pihak kerajaan negeri untuk mengerjakan Solat Sunat Istisqa’ selepas Solat Jumaat. Namun begitu, hujan telah turun sebelum solat ini sempat dilaksanakan.
Apakah hukum melakukan solat sunat istisqa’ sedangkan hujan telah turun?
Apakah amalan paling minima bagi seseorang yang dikira telah mendapat kelebihan malam lailatul qadar?
JAWAPAN
Ulamak berbeza pendapat tentang batas paling minima bagi seseorang untuk mendapatkan kelebihan lailatul qadar maka berkata sebahagian ulamak yang paling minima hendaklah seorang itu menghidupkan seluruh malam atau sebahagian besar daripada malam dengan amal ibadah.