Fidyah Puasa: Niat, Kadar dan Cara Kira Berserta Contoh (Mazhab Syafi’e)

Fidyah Puasa

Ini adalah panduan lengkap fidyah puasa mengikut mazhab Syafi’e: lafaz niat bayar fidyah, siapa yang wajib membayarnya, kadar satu cupak, cara kira fidyah berganda, contoh kiraan, waktu dan cara bayar, serta fidyah bagi orang yang telah meninggal dunia.

Setiap hukum disertakan rujukan kitab muktabar mazhab Syafi’e dan panduan rasmi di Malaysia dalam nota kaki.

Ringkasan

Fidyah ialah satu cupak beras (kira-kira 600 gram) bagi setiap hari puasa, diberikan kepada fakir atau miskin.

Wajib ke atas empat golongan:

  • Orang tua atau pesakit yang tiada harapan sembuh
  • Ibu hamil atau menyusu yang berbuka kerana bimbangkan anak
  • Orang yang berbuka untuk menyelamatkan nyawa
  • Orang yang melewatkan qada tanpa uzur hingga masuk Ramadan berikutnya

Fidyah lewat qada berganda mengikut bilangan tahun. Nilai wangnya ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri.

Baca Sepenuhnya