Bila ditanya “Apa itu Doa?”.
Ada yang menjawab:
“meminta atau memohon sesuatu kepada Allah S.W.T dari pelbagai aspek atau situasi misalnya soal kesihatan atau permudahkan urusan atau lain-lain.
Di samping itu, ada juga yang menjawab ia merupakan sebuah adat seusai mengerjakan solat, mengikut orang ( bilamana orang menadah tangan, kita turut serta tanpa faham akan maksud doa yang sebenar ) dan sebarang apa yang dimaksudkan”.
Sejujurnya, doa bukanlah hanya ungkapan semata-mata..
… tetapi ia merupakan sikap khusyu’ atau bersunguh-sungguh seseorang individu itu dalam menghadapkan diri atau berdepan kepada-Nya.