Simptom Kemurungan & Cara Merawatnya

kemurungan

Kesedihan adalah respon biasa bagi dugaan mendatang, dikecewakan dan kesusahan dalam menempuh arus kehidupan.

Kemurungan bukanlah kesedihan, tetapi lebih daripada itu.

Dalam kemurungan, boleh jadi seseorang merasai tidak sedih langsung.

Ada yang bertindak ganas dan panas baran.

Kemurungan ini menganggu kemampuan kita dalam bekerja, belajar, makan, tidur dan berseronok.

Perasaan putus asa dan tidak berdaya yang tidak henti-henti adalah penyumbang kepada kemurungan.

 

Adakah Anda Mengalami Kemurungan?

Ini adalah tanda-tanda yang anda betul-betul mengalami kemurungan.

Terutamanya dua teratas:

  • Anda berasa putus asa dan tidak berdaya
  • Anda berasa hilang minat terhadap berkawan, beraktiviti dan perkara-perkara yang selalu anda lakukan, dan anda berasa seronok melakukannya
  • Anda berasa penat hampir setiap masa
  • Tidur tidak menentu
  • Anda mendapati susah untuk melakukan sesuatu yang mudah anda lakukan sebelum ini
  • Anda tidak mampu mengawal fikiran negatif, walaupun telah berkali-kali mencuba
  • Anda berasa kerap diganggu perasaa, senang marah dan lebih agresif daripada kebiasaan
  • Makan lebih banyak daripada kebiasaan (terlebih makan)

 

Bagaimana Untuk Mengubati Masalah Kemurungan Secara Semulajadi?

1. Balik kepada rutin yang sihat

Ian Cook, seorang psikiatris mencadangkan untuk mempunyai rutin harian yang sihat dan baik.

Orang yang mempunyai rutin yang baik, akan sentiasa sibuk menyelesaikan apa-apa yang belum diselesaikan tanpa melayani perasaan kemurungan.


2. Letakkan matlamat kecil harian

Bila anda murung, anda merasai diri anda tidak mampu mencapai apa-apa matlamat.

Jadi, mulakan dengan matlamat harian yang kecil!

Contohnya, anda nak membaca hari ini sebanyak 10 muka surat, apa-apa buku ilmiah.

Jika anda sudah berasa sedikit lega, tambah lagi matlamat kecil yang lebih mencabar seraya capailah ia!


3. Bersenam

Bersenam mampu untuk menerapkan fikiran positif kepada otak kita.

Lakukan yang paling mudah.

Mungkin berjalan kaki selama 30 minit?


4. Makan makanan berkhasiat

Jika kemurungan membuatkan anda lebih makan, anda perlu kurangkan supaya selaras dengan diet yang sihat.

Begitu juga dengan kurang makan, anda perlu banyakkan sehingga selaras dengan diet yang sihat.


5. Tidur yang cukup

Ubah rutin anda.

Tolak ketepi segala gangguan berupa telefon bimbit, televisyen dan sebagainya ketika hendak tidur.


6. Bertanggungjawab

Rasa bertanggungjawab terhadap perlakuan anda adalah satu alternatif terbaik bagi kemurungan.

Jika anda seorang pelajar, anda bertanggungjawab untuk belajar, justeru bertanggungjawablah.

Belajar betul-betul!


7. Lawan fikiran negatif

Gunakan hujah logik untuk melawan segala tanggapan negatif terhadap diri sendiri.

Contohnya, anda berasa anda tidak mampu untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

Maka, lawanlah balik tanggapan itu dengan logik!

Siapa yang tidak layak untuk berjaya?

Jika anda banyak membaca segala silibus, adakah itu tidak cukup untuk menjadi pelajar cemerlang?

Jika anda membacanya sebanyak sepuluh kali, adakah anda akan lupa semua fakta?

Jawapannya, anda tetap boleh menjadi pelajar cemerlang.

Cuma anda perlu tambahkan lagi usaha.

Jika masih tidak berjaya, tambahkan lagi usaha anda.

Ulang perkara ini, sehingga anda berjaya!


8. Buat sesuatu yang baharu pada anda

Apabila anda murung, anda akan tenggelam di dalam pemikiran yang sama sahaja.

Ubahlah!

Cuba lakukan sesuatu yang anda belum pernah anda lakukan sebelum ini.

Pergilah ke muzium, belajarlah bahasa baharu dan banyak lagi.


9. Mendapat nasihat pakar sebelum mengambil apa-apa ubat

Ubat yang silap ambil bakal membuahkan hasil yang kosong.

Maka, anda perlu mendapat nasihat pakar ubat apa yang selaras dan sesuai dengan masalah anda.


10. Lakukan sesuatu yang anda rasa seronok

Apabila pemikiran negatif menguasai anda, maka lakukan sesuatu yang anda suka dan seronok!

Supaya pemikiran negatif itu dikalahkan secara konsisten.


Rujukan:

  1. Cure for you depression
  2. 10 Natural Depression Treatments

Artikel ini adalah tulisan saudara Sadiq Salihoddin. Semoga memberi input yang berguna kepada semua pembaca

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Sha
Sha
6 tahun yang lalu

Sangat membantu artikel…saya ubah hidup dengan membaca surah dan bersenam.Mengambil anak kucing baru juga membantu merawati kesedihan lepas.