Tips Tinggalkan Rokok Dari Pengalaman Hidup Saya Bersama Rokok

rokok

Rokok – Siapa yang tidak pandai merokok?

Barang lama yang selalu saja menjadi keperluan si A dan menjadi musuh bebuyutan si B.

Barangan ini selalu menjadi perdebatan baik di sekolah sampai pada rumah tangga, di pejabat sampai pada tempat-tempat umum.

Uniknya yang mengambil barang ini malah lebih mengerti apa kesan buruknya berbanding yang tidak mengambilnya.

Saya tidak melarang yang sudah dewasa, kerana label penerus bangsa sudah hilang dari diri mereka, yang perlu difikirkan bersama dalam satu meja adalah anak-anak.

Menyelesaikan permasalahan ini lebih sukar dari pada menyelesaikan kes Kopi Sianida.

Untuk apa dikampanyekan?

Baca Sepenuhnya

GENGGAM KUNCI PENTING INI SUPAYA HIDUP ANDA LEBIH GEMBIRA DAN MENENANGKAN

Photo by Tyler Nix on Unsplash

Artikel ini bakal mengubah hidup anda sepenuhnya.

Jangan terkejut andainya selepasi ini ada orang yang menegur bahawa anda kelihatan selalu tersenyum.

Jadi cuba fahami apa yang disampaikan dalam artikel ini sebaiknya.


Setiap orang pastinya hendak hidup gembira dan bahagia.

Anda juga sudah tentunya inginkan kehidupan yang sedemikian.

Kita inginkan hidup yang dipenuhi dengan senyuman dan hati yang sentiasa tenteram.

Namun mengapakah agaknya kadang-kala sukar untuk kita merasai kegembiraan dalam hidup ini?

Sedangkan nikmat yang Allah SWT limpahkan kepada kita sangat banyak malah mencukupi.

Lebih menyedihkan ramai beranggapan bahawa jika ingin gembira dalam hidup, kita perlu ada wang ringgit yang banyak.

Lantas ramai yang merasakan faktor kesempitan ekonomilah antara faktor utama mengapa hidup mereka tidak bahagia.

Saya kurang bersetuju.

Memang benar hidup yang gembira boleh dikaitkan dengan duit, namun duit sahaja bukanlah penyebab untuk anda menjadi gembira.

Apabila keperluan asas hidup anda sudah mencukupi dan perjalanan hidup anda lancar, duit tidak lagi mampu menjadi penambah perisa.

Baca Sepenuhnya

KUASA MAGNET HATI DALAM BICARA

magnet hati
Photo by Akshar Dave on Unsplash

Hari ini dunia menyaksikan begitu ramai yang gemar berbicara.

Ada bicaranya berisi manfaat, ada yang sekadar hiburan dan ada juga isi bicara yang mampu menggugat rasa.

Jika dahulu kita hanya mampu berinteraksi dengan orang yang di hadapan kita namun kini percakapan boleh dengan mudahnya menembusi ruang jarak dan waktu.

Malah yang jauh boleh terasa dekat sekali.

Begitu sekali fitrah percakapan manusia diraikan pada zaman ini dengan ciptaan teknologi yang semakin hari semakin pelbagai rekaannya.

Kini, segalanya mampu dibicarakan pada kadar sekilip mata dengan teknologi yang serba canggih ini.

Realitinya, jika kita lihat pada musim pilihan raya yang lalu, kehebatan bicara menjadi kekuatan pada sesorang wakil rakyat tersebut.

Bagaimana calon tersebut membicarakan manifesto, membicarakan perihal dirinya serta pemikirannya menjadi antara titik tolak kepada pemilihanan wakil rakyat kelak.

Namun jika kita amati dengan baik, sebenarnya ada gaya bicara yang boleh saja menembusi hati hingga terzahir pada perbuatan malah ada yang hanya mampu singgah pada cuping telinga, lantas di bawa angin lalu.

Sebenarnya apa dan bagaimana demikian terjadi?

Baca Sepenuhnya

Bolehkah Membersihkan Pakaian Yang Terkena Najis Dengan Mesin Cuci?

membersihkan pakaian
Photo by Bianca Jordan on Unsplash

Pada zaman yang sudah modern seperti saat ini, tidak heran apabila banyak sekali alat-alat elektronik yang sangat canggih dan juga membantu meringankan pekerjaan seseorang.

Salah satu contohnya adalah mesin cuci.

Seperti yang sudah kita ketahui, mesin cuci adalah alat elektronik yang dapat membantu kita dalam urusan mencuci/membersihkan pakaian tanpa perlu lagi bersusah payah mengucek dan menggosok pakaian.

Semenjak adanya mesin cuci, banyak sekali masyarakat yang mencuci pakaian  menggunakan mesin cuci karena sangat membantu dan menghemat waktu.

Menggunakan mesin cuci juga tidak sulit karena memang dibuat untuk mempermudah orang mencuci pakaian.

Banyak juga orang yang memanfaatkan mesin cuci sebagai salah satu alat untuk menghasilkan duit. Yaitu, dengan membuka usaha Laundry.

Mencuci pakaian menggunakan mesin cuci memang membuat pakaian kotor menjadi bersih.

Tapi, apabila ada pakaian yang terkena najis dan dicuci menggunakan mesin cuci, apakah najisnya akan hilang?

Baca Sepenuhnya