5 Ciptaan Hebat Orang Islam Yang Penting Untuk Travel

ciptaan orang islam kameraMengembara bukannya hanya budaya Barat.

Dalam Al-Quran sendiri ada ayat tentang menjelajah bumi. Dan Nabi Muhammad sendiri sewaktu kecil anak lagi sudah mengembara ke luar untuk berniaga.

Kalau anda suka melancong, artikel ini bakal membuka mata anda. Orang Islam sebenarnya cukup berjasa dalam pengembaraan.

Tak percaya?

Ini kami kemukakan 5 ciptaan orang Islam yang cukup penting untuk anda.

1. Kamera

Kamera moden yang anda gunakan bermula dari ciptaan orang Islam.

Ya! Betul tu. Dan ia dikatakan datang dari perkataan Arab, Qamara.

Walaupun asal usul siapa yang mencipta kamera memang satu kontroversi, tetapi Ibn al-Haitham (AlHazen), yang hidup pada tahun 1000 memang diiktiraf sebagai orang pertama yang mencipta kamera lubang pin.

Pakar Islam ini bukan sahaja menulis 7 kitab optik yang cukup epik, tapi juga adalah pakar astronomi, matematik dan seorang Islam yang cukup taat.

Selain kamera, kita orang Islam juga pencipta alat kedua, iaitu …

 

2. Sabun Mandi

Ha! Takkan melancong tapi tak mandi?

Semasa Perang Salib, askar Kristian pelik melihat orang Islam menggunakan satu benda ajaib semasa mandi.

Bukan apa, tentera Eropah waktu itu jarang mandi, dan hanya meletakkan limau dalam perisai mereka untuk mewangikan badan.

Selain terkenal kerana kejam, ada satu perkara lagi yang ketara tentang tentera salib — bau badan mereka hamis.

Membersihkan badan menggunakan sabun ialah sesuatu yang baru, kerana ratu mereka, Queen Elizabeth sendiri dikatakan mandi hanya sekali sebulan.

Untuk membuat sabun, orang islam mencampurkan minyak dengan wangian dan al-Qali, iaitu bahan seperti garam (sekarang dipanggil alkali).

Ianya dipanggil So-bun dan menjadi soap pada sebutan Inggeris.

Shampoo juga diperkenalkan ke England oleh orang Islam dari India sehingga beliau menjadi Ahli Mandian Diraja Britain.

Jadi bila pakai sabun, syukur banyak-banyak sebab ia sumbangan orang Islam.

 

3. Kopi

Oh! Minuman terhebat dunia.

Walaupun nampak macam minuman Barat, ini sebenarnya minuman orang-orang alim di Yaman untuk memastikan mereka kuat ibadat semasa bangun solat malam. Ia cukup popular sampai digelar the muslim wine.

Ciptaan ini adalah antara ciptaan terhebat — bukan sahaja kepada orang Islam tapi kepada dunia.

Dengan kafe yang mula bercambah, orang Eropah mula menggunakan kafe dan kopi sebagai pencetus tradisi berfikir sebagai ganti kepada arak.

Kopi dibawa masuk ke England pada 1650 oleh seorang warga Turki bernama Pasqua Rosee — iaitu orang sama yang membuka kedai kopi pertama di London.

Perkataan Arab qahwa menjadi kahve di dalam bahasa Turki. Ia menjadi caffe di Itali dan coffee di England.

Jadi bila anda rehat minum kopi semasa bercuti, ingat, ia sumbangan orang Islam.

 

4. Travel Guide

Bila kertas mula dicipta, orang Islam Baghdad mula membuat peta.

Dan dari dunia Islam juga travel guide pertama dunia muncul. Ha! Hebat tu!

Peta dan buku travel guide Al-Idrisi yang dibuat pada kurun ke-12 dianggap sebagai gambaran paling lengkap dan terbaik dunia pada waktu ia dibuat.

Bukan itu sahaja, disebabkan maklumatnya yang sahih, ia digunakan bukan sahaja oleh orang Islam malah pengembara dan juga peneroka dari seluruh dunia selama 300 tahun.

Di dalam travel guide ini, terdapat peta dan maklumat dunia Islam, Kristian, Afrika dan juga bahagian Timur dunia.

Oleh kerana banyak maklumat ini diambil dari temubual dari traveller lain, ia sudah semacam satu projek crowdsourcing tempat menarik ala TripAdvisor zaman dulu.

 

5. Kapal Terbang

Bila anda naik AirAsia, ingat yang orang Islam juga pencetus mesin terbang.

Ia dimulakan oleh  Abbas ibn Firnas yang telah membuat mesin terbang pada tahun 800. Beliau memulakannya dengan rekaan sayap yang disaluti bulu burung.

Semasa penerbangannya di Sepanyol (yang satu ketika dulu negara Islam), Firnas yang sudah berumur 65 tahun berjaya ke udara.

Walaupun begitu, mesin ini turun dengan laju sehingga menyebabkan tulang belakang beliau patah. Umur dan kecederaan teruk ini mengakhiri eksperimen beliau.

Rekaan kepak Firnas ini walaubagaimanapun cukup hebat kerana dikatakan menjadi inspirasi mesin terbang yang dilakar oleh genius dunia — Leonardo Da Vinci.

Tapi tunggu. Bukan itu saja.

250 tahun sebelum adik beradik Wright terbang dengan selamat, Ahmed Celebi telah terlebih dulu berjaya melakukannya.

Beliau terbang dari Menara Galata di Turki, merentas laut sejauh 3 km sebelum turun di sebelah timur Turki.

Sayangnya, beliau tidak kekal di sini lama. Sultan yang takut akhirnya membuang beliau ke Algeria — kerana fikirnya, kalau Ahmed Celebi boleh terbang, beliau juga boleh menjatuhkan kerajaan baginda.

Jadi itu dia 5 ciptaan travel yang dimulakan oleh orang Islam.

Tak sangka kan? Setiap satu ada cerita dan sejarahnya sendiri. Apapun jasa orang Islam dalam bidang pengembaraan bukanlah kecil anak.

Sumbangan yang mana satu yang anda rasa kagum sangat?

 

Biodata Penulis:

Lela Iskandar Suhaimi ialah penulis dan kurator untuk laman JomJalan –sebuah laman tempat menarik di Malaysia untuk pelancong tempatan.

Ingin tahu tarikan, tempat makan sedap dan hotel terbaik di setiap lokasi? Layari JomJalan.com.my hari ini.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

12 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu
Inline Feedbacks
View all comments
TRAVEL MALANG JOMBANG
5 tahun yang lalu

indahnya islam

sasasw
5 tahun yang lalu

seriously mengarut , kalau semua bende dicipta orang orang islam sekali pon tak semestinya islam itu agama yang benar .

kronos
Reply to  sasasw
5 tahun yang lalu

kau ni pehal setan, sana sini kau cemuh..mcm ni lah cuba ko buktikan agama kristian ko benar2 tulin iaitu injil dari zaman nabi isa a.s ( jesus la yg kau panggil) semua kitab injil kau tu tulisan paderi2 selepasnya zaman nabi isa a.s beratus tahun kemudian, yg mana paderi2 penipu kau tu langsung x pnah jumpa nabi isa a.s.. ya kebanyakan teknologi moden yg diguna pakai oleh manusia sekarang ni di asas kan oleh cendekiawan2 islam terkemuka pada zaman dahulu iaitu zaman paderi2 kristian ko tu menentang kemajuan teknologi moden.. so kau tu please la belajar sejarah atau kau ni mmg dah bengap susah belajar apa pun..

Hamba allah
Reply to  sasasw
5 tahun yang lalu

Apa kau ni kristian k? Camnilah…cuba buktikan apa yang mengarut? Semuanya bermula dari Islam…tpi waktu tu..Islam tidak sekaya dengan org kafir..jdi semua teknologi Islam diambil alih orang kristian dan mereka sambung lakarkan. Yang dapat namanya kristian la..

faizal
5 tahun yang lalu

indahnya Islam

Green Coffee
5 tahun yang lalu

dengan baca artikel ini saya semakin bangga untuk menjadi penganut agama Islam
terima kasih dan salam kenal
baarokallahu fiik wa fii ahlik

Lux Malaya
Reply to  Green Coffee
4 tahun yang lalu

Yup! Banyak sangat penemuan orang Islam dulu. Yang kurangnya, penemuan orang Islam skrg kan? Kita semua byk buat silap. Ini yg buat kita skrg mundur.

UPU
5 tahun yang lalu

Indahnya islam. Kupasan yang sangat menarik.

Reply to  UPU
5 tahun yang lalu

Org Islam dulu mmg hebat. Org Melayu pun hebat sebenarnya.

Dan kalau kita bersatu, boleh sahaja kita serang ekonomi negara lain — sama seperti serangan ke atas Guhtrie di London Stock Exchange pada 1980an oleh Ismail Ali, Mahathir dan Khalid Ibrahim (bekas MB Selangor).

Serangan ekonomi ini berjaya mengembalikan semula tanah ladang org Melayu di bawah PNB. Jasa yg amat2 besar, agar x jatuh ke tangan bangsa migran yg lebih kaya.

Cuma sayangnya sekarang kita terang2 pula memberi negara lain tanah dan aset negara — tanpa ada rasa malu