Nak cari kerja memang bukan mudah.
Tambahan lagi akan saingan yang ada. Berapa ribu orang graduate setiap tahun? berapa pula company besar yang tumbuh setiap tahun?
Bukan rasa hati sahaja, memang secara hakikatnya memang jauh beza. Pasti akan ada yang dapat kerja, dan pasti juga, lebih ramai yang belum dapat kerja elok.
Tapi, percayalah, kira kan orang Islam.
Rezeki bukan datang bergolek, setiap apa yang kita usahakan, InsyaAllah akan buahkan hasil anda Dia perkenankan. Tunjukkan usaha anda, jangan sekadar nak kerja, tapi malas nak usaha.
Assalamualaikum semua.
Pertama tamanya, terima kasih kepada Cikgu Naim, tuan blog AkuIslam ini atas beri peluang pada saya berkali kali untuk sediakan guest post blog ini.
Terima kasih sekali lagi atas peluang yang tak terhingga.
Baiklah, untuk anda. Dalam artikel ini saya nak kongsikan apa persediaan yang anda perlukan lakukan bila nak cari kerja kosong.
Walaupun panduan ini sesuai untuk kakitangan awam, tapi contoh yang saya tunjukkan lebih kepada jawatan kosong untuk yang mencari kerja kilang.
InsyaAllah, saya kira persedian nya seakan sama juga.
Bagaimana saya mampu sediakan panduan ini?
Saya sudah bekerja lebih 7 tahun dalam industri swasta.
Dan dalam tempoh saya bekerja ni, sebaik sahaja graduate dari UMP, bukan lah saya terus dapat kerja yang gaji nya boleh dikatakan sesuai dengan taraf diploma saya.
Saya pernah kerja gaji 100 sahaja sebulan. Pernah jadi operator 700 ringgit sebulan.
Masa tu, boleh kata ambang blur. Tak tahu, tak faham nak cari kerja yang betul.
Tapi untuk anda. InsyaAllah, panduan ini sedikit sebanyak akan membantu.
Perhatian
Memandangkan perkongsian ini saya rancang untuk kongsikan dari mula hingga akhir.
Jadi, saya tak dapat lah beri penjelasan yang tersangat detail. Secara dasarnya sahaja, tapi InsyaAllah saya akan cover sepenuhnya kalau diberi kesempatan.
Baiklah, dengan lafaz Bismillah, saya mula ya.
Peringkat Pertama
Penyedian Resume – Di peringkat ini, saya akan kongsikan cara untuk dapatkan resume anda berjaya tangkap perhatian oleh mana mana company yang anda pohon kerja.
Tujuannya, cuma satu. Iaitu untuk dapatkan ANDA ni dipanggil untuk sesi temuduga.
Peringkat Kedua
Resume sudah siap. Tapi nak buat permohonan kerja bagaimana?
Jadi, saya akan kongsikan beberapa idea di sini. Ingat ya, saya sudah bekerja lebih 7 8 tahun, apa yang saya kongsikan ni memang dari pengalaman saya sendiri.
Bukan senang nak cari kerja.
Peringkat Ketiga
Resume sudah siap, resume pun sudah hantar. Sekarang tiba masa untuk ke peringkat ketiga.
Peringkat ketiga ni, saya tak nak buat summary di sini.
Nanti anda baca sendiri di bawah.
Peringkat Keempat
Untuk peringkat keempat, sekarang ni kita anggap, andai kata tiba tiba ada dapat phone call akan panggil temuduga. Peluang keemasan ni.
Jadi dalam peringkat ini, saya akan kongsikan apa yang anda perlu buat untuk persiapkan diri hadapi temuduga.
Jangan risau, tak susah pun. Saya juga ada kongsikan tips ‘cara untuk perkenalkan diri di sesi temuduga’ di blog.
Ingat ya..
Orang yang gementar, adalah orang yang tak bersedia. Kalau anda bersedia, kenapa perlu gementar.
p/s: gementar sedikit itu biasa, normal.
Peringkat Kelima
Sekarang, sudah tiba hari temuduga, saya tak ada apa sangat nak kongsikan dalam peringkat ini.
Sebab yang paling penting. Persediaan temuduga di peringkat keempat. Kalau anda tak bersedia, memang akan jadi satu masalah besar.
Peringkat Keenam
Ini adalah peringkat terakhir.
Selepas ini, andai kata anda nak dapatkan temuduga di tempat lain. Hanya perlu rinse dan repeat sahaja langkah langkah 1 hingga 6 ini. InsyaAllah akan ada yang sangkut.
InsyaAllah ya, semuanya atas rezeki dia. Kalau Dia tak bagi, tak bermakna anda tak akan dapat. Allah kan Maha Adil.
Saya sendiri akan rasa kesian kalau anda susah susah berusaha tapi tak dapat, apakan lagi Sang Pencipta. InsyaAllah, kalau tak dapat sekarang, akan dapat rezeki lain yang jauh lebih baik.
Kita mulakan peringkat pertama..
Peringkat Pertama
Bayangkan ya, ikutkan salah satu research yang di buat. Kadar orang yang tapis resume kita daripada ratusan yang hantar hanya lebih 7 saat sahaja.
Bayangkan, 7 saat ini lah yang satu satu nya masa kita ada.
Dan untuk tackle masalah ini, kita mesti buat resume kita tu tampak menarik. Atau pun cantik, atau pun sejuk mata memandang.
Macam kita sendiri, kalau tengok tulisan yang lame sahaja. Mesti anda pun bosan kan.
Ikutkan pengalaman saya, setiap kali saya apply kerja kosong di jobstreet, akan ada sekurang kurangnya 800 application. 800 resume tu, bukannya 2 3.
Nak pula manager HR company minta cari orang cepat. Tak ke macam peluru satu persatu resume diselak?
So itu sebab resume mesti nampak cantik.
Resume di bawah adalah antara 18 + 10 contoh resume yang saya boleh tunjukkan.
Sekarang, resume anda sudah nampak cantik. Tapi tak akan cantik sahaja, tapi point semua ke laut.
Persoalannya sekarang,
Apakah point yang paling penting sebagai tajuk dalam Resume?
Bahagian Objectif?
Study dari mana? Kelulusan?
Pandai cakap bahasa inggeris?
Salah..
Yang paling penting ialah bahagian ‘Pengalaman’.
Percaya tidak, kalau orang yang lihat resume anda terus sahaja mata nya menuju ke bahagian pengalaman?
Saya tak pernah jumpa research seperti ini lagi. Tapi macam masuk akal juga.
Macam mana nak tulis resume atau bahagian pengalaman yang betul?
Caranya ialah anda copy sikit sikit ayat daripada job advertisement.
Contoh seperti iklan jobstreet di bawah:
Perhatiankan, ayat pertama.
In charge of troubleshooting and repairing hydraulic.pneumatik production and plant facilities equipments’
Seperti yang saya kongsikan atas tadi, anda mesti tulis point point pengalaman anda berdasarkan ‘job requirement’ yang diminta di Job Ads.
Jangan copy paste sebiji pula. Sebaliknya main main sikit dengan penggunaan ayat pasif.
Seperti contoh:
2 years experienced trouble pneumatic system. Most failure because of not enough pressure and sekian sekian”
Berdasarkan apa yang saya bagi contoh di atas. Anda akan perasan beberapa point penting.
- Pertama saya bukan setakat bagitahu saya memang ada pengalaman troubleshoot pneumatic system. Malah saya juga bagi tahu direct, berapa lama pengalaman saya. Memang la diorang boleh check pengalaman dari berapa lama kerja dengan satu satu company, tapi bila saya tulis direct macam ini, harapannya mereka akan ‘buka mata’ sikit akan pengalaman saya.
- Kedua, saya sambung lagi dengan contoh masalah yang biasa berlaku. Memang lah, masalah yang saya bagi contoh tu agakpelek juga. Apa pula tak cukup pressure. Macam engineer tersalah buat calculation sahaja. Tapi sengaja saya, untuk jadikan sebagai contoh. Bila buat macam ni, bukan setakat menunjukkan kita memang sudah tahu (harapannya, masalah hydraulic system kita sama dengan masalah company itu juga ), malah menunjukkan kita ni jujur juga.
Saya bukan suruh menipu ya, kalau anda memang tiada pengalaman, guna cara lain untuk tulis.
Jelas?
Kita cuba lagi satu contoh.
Ayat yang kedua di job ads atas ialah:
Ensure that all systems and equipment are functional to maintain operational readiness
Dan ayat yang kita boleh gunakan
My task also responsible to monitor machine performance in a daily basis, base on maintence schedule
Ok? Nampak macam cerdik sedikit kan. Teratur, dan juga nampak macam company yang kita kerja sebelum ini juga ada sistem kerja yang baik.
Baiklah.
Saya rasa itu sahaja untuk peringkat pertama.
Sekian dahulu, nama saya Syed Shaff daripada saya-share.com
Tinggalkan Komen Anda..
Setuju dengan pendapat tuan. Ada juga di kalangan kita yang kena tempuhi puluhan interview baru dapat tawaran kerja. Anggaplah proses ini sebagai belajar dari pengalaman. Tapi persediaan termasuk membaca artikel-artikel memang boleh menbantu. http://www.tipscarikerja.com