Hukum Makan Dan Minum Sahur Ketika Sudah Waktu Imsak

imsak
Photo by Brooke Lark on Unsplash

Apakah hukum makan di waktu Imsak?

Masih ramai orang yang keliru mengenai batas sahur kerana waktu imsak (10 minit sebelum subuh).

Ramai yang menganggap bahawa ketika sudah masuk waktu imsak, maka sudah tidak boleh makan.

Sebenarnya:

Hukum makan dan minum setelah imsak adalah masih dibolehkan sehinggalah azan subuh berkumandang.

Sumber Hukum

Dalil yang menguatkan hukum ini adalah berasal dari firman Allah dalam Qs. Al Baqarah: 187 :

…..وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ اْلأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ….

…Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar,….”

Firman Allah SWT ini juga dikuatkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, iaitu ketika ada dua sahabat yang bertugas mengumandangkan azan di waktu subuh.

Bilal dan Ibnu Ummi Maktum.

Bilal melakukan azan awal, yang dikumandangkan sebelum subuh, dan Ibnu Ummi Maktum melakukan azan setelah masuk waktu subuh.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyuruh para sahabat yang sahur, untuk tetap makan minum hingga Ibnu Ummi Maktum melakukan azan.

Dalam hadis dari Ibnu Umar dan A’isyah radhiallahu ‘anhum,

أَنَّ بِلاَلًا كَانَ يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ، فَإِنَّهُ لاَ يُؤَذِّنُ حَتَّى يَطْلُعَ الفَجْرُ

bahwa Bilal biasanya berazan di malam hari. Lalu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Makan dan minumlah kalian, sampai Ibnu Ummi Maktum berazan, kerana tidaklah dia mengumandangkan azan kecuali setelah terbit fajar.”

(H.r. Bukhari, no. 1919 dan Muslim, no.1092)

 

Al-Qosim, (salah satu perawi hadis yang melihat kejadian adzan dua kali di masjid nabawi) mengatakan:

“Jarak azan Bilal dan Ibnu Ummi Maktuk adalah, Bilal turun, kemudian digantikan Ibnu Ummi Maktum.”

(Shahih Bukhari, 3/29).

Imam An-Nawawi mengatakan,

Hadis ini menunjukkan bolehnya makan, minum, jima’, dan segala sesuatu yang mubah, sampai terbit fajar.”

(Syarah Shahih Muslim, 7/202).

Tujuan Waktu Imsak

Tujuan waktu imsak adalah bukan berhenti makan, tetapi supaya kita semua hati hati dengan detik akhir waktu.

Kerana ketika azan subuh sudah berkumandang tetapi kita masih makan atau minum maka ia akan membatalkan puasa.

Jadi, makan sahur ketika sudah masuk waktu imsak adalah boleh.

Wassalamualaikum.

Sekian, semoga bermanfaat.

Artikel ini dikongsikan oleh Eva Afrivina Putri (Mahasiswa PAI – UIN Maulana Malik Ibrahim Malang)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Indah
Indah
5 tahun yang lalu

Sangat bermanfaat