Maksud sunat muakkad adalah merujuk kepada amalan-amalan sunat yang sangat dianjurkan dalam Islam dan dititikberatkan oleh Rasulullah SAW. Dalam erti kata lain, ia merupakan ibadah yang walaupun tidak diwajibkan, sangat digalakkan kerana Rasulullah SAW melaksanakannya dengan konsisten dan jarang meninggalkannya.
Sebagai tambahan, ulama menyebut bahawa amalan ini juga dikenali sebagai Sunnah Huda, seperti yang dijelaskan oleh Sayyid Sharif al-Jurjani dalam kitab at-Ta`rifat. [1] Beliau menyatakan bahawa sunnah muakkadah adalah amalan yang dilakukan secara berterusan oleh Nabi Muhammad SAW, dan meninggalkannya dianggap sebagai memandang rendah kepada agama.[2]