
Mencari panduan lengkap tatacara Solat Sunat Gerhana Bulan?
Anda telah tiba di tempat yang betul.
Memandangkan fenomena gerhana ini jarang-jarang berlaku, sudah tentu ramai di antara kita yang terlupa atau kurang pasti tentang cara pelaksanaannya.
Apatah lagi bentuk solat gerhana ini sedikit unik berbanding solat sunat biasa kerana ia mempunyai dua kali rukuk dalam setiap rakaat.
Oleh itu, artikel ini disusun khas untuk membimbing anda secara langkah demi langkah, bermula dari lafaz niat sehinggalah selesai memberi salam.
Apa yang menarik dalam panduan ini?
- Panduan ini dipermudahkan dengan transliterasi rumi untuk membantu anda yang mungkin mengalami kesukaran membaca teks Arab.
- Disertakan bersama bantuan audio bagi memastikan sebutan dan bacaan anda tepat.
- Sesuai dijadikan rujukan pantas oleh ketua keluarga di rumah, imam di surau, mahupun saudara baru (mualaf).
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan memudahkan urusan ibadah anda tatkala menyaksikan tanda kebesaran Allah SWT ini.
Mari kita mulakan..






