Rukun Puasa, Syarat Wajib & Syarat Sah Puasa (Panduan Lengkap)

Rukun Puasa, Syarat Wajib & Syarat Sah Puasa

Ini adalah panduan lengkap mengenai Rukun Puasa, Syarat Wajib Puasa, dan Syarat Sah Puasa. Panduan ini akan membimbing anda memahami setiap aspek penting dalam ibadah puasa agar dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diterima oleh Allah SWT.

Apa yang penting:

Anda akan diberikan penjelasan yang terperinci mengenai perbezaan antara syarat wajib, rukun, dan syarat sah puasa, disertakan dengan dalil, contoh situasi, serta FAQ yang menjawab persoalan umum berkaitan ibadah ini.

Jika anda ingin memastikan puasa anda sah dan sempurna, mari kita mulakan panduan ini…

Baca Sepenuhnya

SUNAT MUAKKAD: Maksud & Contoh Sunat Muakkad

SUNAT MUAKKAD

Maksud sunat muakkad adalah merujuk kepada amalan-amalan sunat yang sangat dianjurkan dalam Islam dan dititikberatkan oleh Rasulullah SAW. Dalam erti kata lain, ia merupakan ibadah yang walaupun tidak diwajibkan, sangat digalakkan kerana Rasulullah SAW melaksanakannya dengan konsisten dan jarang meninggalkannya.

Sebagai tambahan, ulama menyebut bahawa amalan ini juga dikenali sebagai Sunnah Huda, seperti yang dijelaskan oleh Sayyid Sharif al-Jurjani dalam kitab at-Ta`rifat. [1] Beliau menyatakan bahawa sunnah muakkadah adalah amalan yang dilakukan secara berterusan oleh Nabi Muhammad SAW, dan meninggalkannya dianggap sebagai memandang rendah kepada agama.[2]

Baca Sepenuhnya

IBADAH KORBAN: Lafaz Niat, Hukum & Syarat Korban (Lengkap)

ibadah korban

Ini adalah panduan lengkap mengenai niat korban dan perkara berkaitan dengan ibadah korban semasa Hari Raya Aidiladha.

Dalam tulisan ini, saya akan menjelaskan semua perkara yang harus diketahui oleh anda secara lengkap dan mudah. Setiap teks arab juga akan dipermudahkan dengan transliterasi rumi untuk membantu anda.

Semoga membantu dan diberikan kefahaman kepada kita semua.

Baca Sepenuhnya

Fidyah Puasa Untuk Orang Meninggal Dunia [Ust Azhar Idrus]

Barangsiapa yang ada meninggalkan puasa Ramadhan samada sebab uzur atau tiada baginya uzur dan dia adalah orang yang mampu melakukan qadha tapi dia tidak qadha β€”kemudian dia mati β€” maka wajib dikeluarkan dari harta peninggalannya sebagai fidyah bagi satu hari dia tinggal puasa itu akan satu cupak makanan.

Sebagaimana telah diterangkan sebelum ini makanan yang sah dijadikan fidyah itu ialah makanan utama penduduk negeri tersebut seperti beras pada negeri kita ini maka satu fidyah itu ialah secupak beras.

Baca Sepenuhnya