Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.
Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.
Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain.
Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”
Sangatlah besar dosa orang yang menunda-nunda taubat.
Atau yang sengaja berniat melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudian diatas dosanya itu.
Kita memang tidak digalakkan melakukan perkara ini.
Namun, kelemahan jiwa kita sebagai manusia, kadangkala menjebak kita dalam perbuatan dosa yang sama hingga berkali-kali, walaupun sudah bertaubat pada mulanya..
Apakah dalam keadaan sedemikian kita layak untuk bertaubat?
Dalam fasa dua puluh ini, perkahwinan itu menjadi tajuk penting dalam apa-apa topik perbualan.
Kekadang, apabila kita sibuk bercakap soal itu ini.. di akhir topik nanti, kita diuji bab soal kahwin pula. Bila mahu kahwin? Sudah berkahwin atau belum?
Dan pelbagai lagi soalan-soalan yang berkembar dengannya.
Begitulah kehidupan.
Mungkin, apabila buah sudah masak… sudah masanya untuk disabit.
Akil baligh, selalunya disinonimkan dengan perkahwinan.
Katanya, sudah sampai masa. Sampai seru! Tetapi, usah kita lupa perihal akil baligh ini. Ia bukanlah soal kita sudah boleh berkahwin ataupun tidak. Ia adalah soal tanggungjawab.
Ya. Tanggungjawab yang dimaksudkan, bukanlah semata-mata menjaga anak orang sahaja.
Pandanglah kritikan dari sudut positif dan melihat apakah kritikan itu kena pada tempatnya.
Fikirkan motif orang yang mengkritik serta ramalkan emosinya.
Sentiasalah bersikap tenang.
Sebenarnya kita dapat membuatkan kritikan atau teguran menjadi sesuatu yang bermanfaat kepada diri kita. Terimalah kritikan yang dilontar dengan tenang dan tidak terlalu tertekan dengan kritikan itu,
Ketika kita sedang dikritik atau dikomplen, pastikan kritikan itu kena pada tempatnya.
Kerahkan diri kita untuk meninjau sumber kritikan itu.
Kalau sumbernya seorang pakar atau berkuasa seperti majikan kita, adalah lebih elok untuk kita mendengar sahaja.
Harus kita ingat, tidak semua perkara boleh dikritik.
Jika perkara itu seperti gagal untuk memenuhi janji, ia adalah wajar untuk dikritik.
Tetapi jika ianya dari segi warna pakaian, itu tentunya tidak boleh dikritik sebab di menyangkut persoalan citarasa.
Pernahkah kita dikritik atau ditegur berulang kali atas perkara yang sama?
Bagaimana Membuat Orang Lain Menghormati Kita? | Racism by ~Alephunky (devianart)
Cuba perhatikan kejadian dibawah:
1. Hanafi mempunyai seorang rakan karib yang selalu meminjam barang-barang kepunyaannya dan tidak pernah mengembalikannya. Hanafi tidak berani meminta kembali barang-barang itu. “Jika saya berterus – terang, dia tentu akan tersinggung, sedangkan dia adalah kawan baik saya.” keluhnya
2. Di pejabat Johan mempunyai seorang teman yang pandai memujuk. Dia selalu meminta Johan membuat kerjanya. Johan tidak pernah menolak dan selalu memenuhi pujukan kawannya itu. Walaupun dia sedar kebaikannya telah dipergunakan oleh kawannya untuk kerja sambil lewa di pejabat.
Bila ditanyakan kenapakah dia tidak berterus terang, Johan menjawab: “Saatnya belum tiba. Saya tidak berani”
Daripada contoh diatas dapat kita simpulkan bahawa kebanyakkan orang dikalangan kita terpaksa mengorbankan kewibawaan atau harga dirinya demi kesenangan orang lain.
Mereka tidak pandai untuk mengatakan “tidak” dan oleh kerana itu mereka terus menderita dan memendam rasa.