Perlukah Untuk Disukai Oleh Semua Orang?

disukai oleh semua orang
Adalah mustahil untuk kita disukai oleh semua orang..

Saya adalah seorang yang tidak memiliki rasa percaya diri, selalu merasa curiga terhadap orang disekeliling saya.

Saya ingin menjadi seseorang yang yakin pada diri dan tidak mudah goyah menghadapi badai yang melanda.

Saya ingin menjadi seseorang yang pandai bergaul dengan semua orang yang saya jumpa.

Saya ingin menjadi seseorang yang disukai oleh semua orang, tiada yang mempersoalkan tentang keperibadian & keburukan saya.”

 

Mustahil Ingin Disukai Oleh Semua Orang..

Jangan menyeksa diri sendiri dengan menetapkan matlamat yang tidak mungkin dicapai oleh sesiapa pun.

Tiada manusia yang akan disukai oleh semua orang dan tiada orang yang selalu nampak sempurna di mata orang lain.

Rasulullah sendiri misalnya bukan semua penduduk Mekah menyukainya (malah menentangnya) walaupun Baginda merupakan manusia yang terbaik.

Sebenarnya, kadang-kadang kita perlu juga untuk merasa kekurangan.

kerana ia akan membuat kita selalu beringat dan  melatih minda kita untuk membimbing diri kita untuk menjaga kelemahan yang kita miliki.

Sedikit demi sedikit, Insyaallah kita akan berjaya membina peribadi yang lebih baik dan positif seiring dengan pengalaman yang kita tempuhi.

Mulakan dengan menjaga penampilan diri, berjalan dengan penuh yakin, tersenyum pada semua orang yang kita temui, menyapa terlebih dahulu dan bertanya khabar mereka dengan penuh kasih sayang.

Jangan terlalu banyak berharap kepada orang lain.

Kerana setiap orang  masing-masing mempunyai kesibukan tersendiri.

Oleh itu, jangan  berhadap untuk diberi tumpuan oleh orang lain.

Jangan jadikan ini sebagai perkara utama kita.

Cukuplah jika kita telah mendapat seorang sahabat yang baik terhadap kita.

Satu perkara yang harus kita ingat dan ditanam dalam kepala, sebenarnya tiada orang yang mengawasi kita.

Kita tidak dituntut melakukan yang terbaik agar kita mendapat perhatian atau simpati dari orang lain. Be yourself.

Jika kita bercadang ingin membina ikatan kasih sayang dengan manusia-manusia lain, saya ada terbaca satu artikel yang menarik dari BroHamzah of Langit Ilahi, tentang 3 Ungkapan Keramat Pengikat Kasih Sayang.

Menurut beliau, hati adalah tempat bertapaknya kasih sayang.

Manusia yang memiliki kasih sayang akan merasai kebahagiaan, ketenteraman dan kedamaian. Saya sarankan anda membaca artikel tersebut

Terakhir, biarlah kita sekali sekala kita merasakan sedikit kesusahan dan merasakan sesuatu yang negatif semasa kita sedang dilanda musibah.

Kerana memang pada hakikatnya tiada orang yang boleh terlepas dari perkara ini.

Kita hanya boleh berserah kepadaNYA.

Apa yang penting adalah kita jangan pernah memberikan kesempatan kepada musibah itu untuk bersemadi dalam diri kita.

Terimalah perkara-perkara yang positif dan jangan menuntut diri untuk mencapai perkara-perkara yang diluar kemampuan manusia.

Dengan itu kita tidak menjatuhkan diri kita sendiri tanya disedari dan dengan menyayangi diri sendiri, sebenarnya kita telah membantu diri kita meningkat ke tahap yang lebih baik.

Kita tidak seharusnya terlalu mengejar untuk kelihatan “sempurna” dan disukai oleh semua orang, sebab kita hidup bukan untuk orang lain.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

27 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Eman
Eman
4 tahun yang lalu

hmmmm saya rasa mcm hidup tak adil …. saya tidak memiliki separas rupa yg dikataakan sedap memandang , ada thalasemia , mata kuning , kulit sensitif …. lahir pon dlm family yg mak ayah yg pilih kasih dan membandingkan anak sendiri dgn org lain dan suka memarahi saya tanpa sebab yg munasabah …. saya cuba brsangka baik … tpi saya ingt situ saja stop pegi sekolah pom org benci saya tak suka pada diri ni hmmm …. bila abis zaman persekolah masuk pulak sambung ipta pon sama … ramai tak suka saya bah dikutuk sbb rupa saya takla menarik di mata org … saya hanya mampu menangis saja .. nk luah kepada sapa saya tidak tahu … even parent tak kisah pasal diri saya ni ?… lepas abis ipta saya smbung lagi belajar tpi still sama jugak … dibanding kan rupa dan dibenci org …. saya tidak mempunyai bakat atau kelebihan … maybe kelebihan saya ni hanyalah mudah dibenci oleh diperlekehkan org dan selalu disisihkan … saya jugak selalu dipergunakan org utk kepentingan diri sendiri…. saya tiada kwn dan tiada apa2 pada ketika tu smpai laa skrng … bila bertemu org baru saya dah tahu … allah hadirkan org yg selalu menyakitkan hati saya … saya bertnya diri sendiri kenapa saya selalu diuji takkala dirumah malah diluar sama … adakah semua ni salah saya atau mmng saya ditakdirkan utk dibenci org … saya jugak mempunyai hati dan perasaan tpi berkecai di sebabkan mak ayah sendiri … dah la dilahirkan dgn tiada paras rupa , berpenyakit , dan tiada apa2 bakat atau kelebihan .

Hajar
Hajar
Reply to  Eman
4 tahun yang lalu

Saya pun sama jga dgn anda. Tapi fikir satu ja,Allah sentiasa bersama dgn Kita. Biarlah tiada suka siapa suka Kita,Asalkn Allah Sayang Kita?

Munirah
Munirah
Reply to  Hajar
4 tahun yang lalu

Eman…biar org xsuka kita tp Allah sayang kita…kita hidup bukan utk org suka..tp untuk Allah syg itu dah cukup

Fatin
Fatin
4 tahun yang lalu

Dulu saya suka sorang sorang dan hanya dengan keluarga saja..tapi bila da dewasa dan bekerja..saya suka tambah kawan..kita perlu mengeratkan silaturrahim..jika kita takut dibenci ,ingat Allah melarang kita untuk bersangka buruk

Low
Low
5 tahun yang lalu

Sy selalu dianggap jahat. Ntah kenapa

Zie
Zie
6 tahun yang lalu

Saya sangat takut untuk bergaul dengan orang kerana bimbang dibenci. Saya lebih suka luangkan masa dengan keluarga kerana mereka tidak membenci saya.

Mohd
Mohd
Reply to  Zie
5 tahun yang lalu

Sy pun bgitu juga. Takut dibenci. Sy lebih suka bsama kluarga sy

Ezran
Ezran
Reply to  Zie
4 tahun yang lalu

Ya,tapi kena takut di benci

hambaAllah
hambaAllah
10 tahun yang lalu

Can I share this? Masya Allah really inspiring memang menyentuh perasaan. Setiap manusia ada kurangnya, dan kekurangan itulah ada manfaatnya

hambaAllah
hambaAllah
10 tahun yang lalu

Can I share this? Masya Allah really inspiring

amni
amni
10 tahun yang lalu

btul tu,,,kita xkan sempurna dgn pndangan manusia,,,mereka xkan pernah berhenti utk berkata-kata,,,so nilailah kita dgn sendri mana yang baik,,mana yang tidak~~

Syazwan
Syazwan
11 tahun yang lalu

buatlah 1 applikasi ios/android/windows phone yg memudahkan para pengguna akses ke blog untuk membaca aritkel

nur eyqa
nur eyqa
11 tahun yang lalu

mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut manusia hanya Allah yang bisa menutupinya kerna kuasa Allah tiada siapa yg mampu menandinginya..
Begitulah yg perlu kt sematkan dalam diri ni..xperlu nk please kn org ngn diri kita..ap yg pntg bgmn nk please kan Allah..itu lbh penting..
Just be yourself according syariat.. I’allah, keikhlasan kt hdup smt2 krn Allah akan buat org len please jg dgn diri ini.. dng izin Ilahi tiada yg mustahil.. =)

asmi
asmi
11 tahun yang lalu

salam,saya sekarang tgh mengalami delima sebegini,saya mengharapkan orang lain akn suka kat kita walhal ia tidak akan terjadi kerana manusia semua tak sempurna. walaupun kita dah melakukan perkara yg baik dimata mereka tetapi masih juga yang ada tidak suka pada kita,kadangkala perasaan ini membuatkan kita bertambah ‘tension’ dan mahu kelihatan ‘perfect’ di mata mereka. sedangkan kadangkala mereka tidak perasan akn kewujudan kita sebenarnya. saya harap ada yg dpat menolong mengurangkan perasaan saya ini kerana saya rasa terbeban dan kadangkala mengganggu konsentrasi saya untuk belajar.

sheeda
sheeda
Reply to  asmi
10 tahun yang lalu

manusia memang tak sempurna …bagi pendapat saya..letakkan sayang Allah dan rasul terlebih dahulu ,insyallah manusia akan sayang kan kita..jangan fikir apa yang diorang buat kat kita,,,dan bacalah kisah-kisah para anbiaya”.. dan ingalaht Allah selalu..:)