Berdosa Suami Yang Gagal Berlemah Lembut & Berbuat Baik Kepada Isteri

berbuat baik kepada isteri
Photo by Ramdan Authentic on Unsplash

Islam sentiasa menyuruh umatnya agar berbuat baik sesama insan, lebih-lebih lagi kepada isterinya.

Isteri adalah pakaian baginya. Isteri juga merupakan orang yang paling rapat dan pembantu setia kepada kita.

— Maka sudah tentu kedudukan isteri sangat istimewa.

Anjuran berbuat baik kepada isteri adalah sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

… Dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik 

— Surah An-Nisa ayat 19

Merenung ayat ini, jelaslah kepada kita bahawa hukum berbuat baik kepada isteri adalah WAJIB

Ini merupakan satu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh setiap suami.

Bagi suami yang gagal melayan isterinya dengan baik sedangkan dia taat kepada suaminya, ini akan mengundang dosa.

Baca SepenuhnyaBerdosa Suami Yang Gagal Berlemah Lembut & Berbuat Baik Kepada Isteri

Berusahalah Mencari Kebaikan Isteri Kita & Terimalah Segala Kekurangannya

kebaikan isteriIsteri merupakan anugerah untuk kita.

Ketika ramai orang yang masih belum mempunyai isteri, kita yang telah memilikinya.

Kehadirannya sangat berharga dalam hidup kita. Tiadanya, fitrah kita bagaikan tidak lengkap.

Seperti kita, isteri juga manusia biasa.

Punya kelemahan, kesilapan dan kekurangan.

Seperti mana kita juga, isteri tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.

Baca SepenuhnyaBerusahalah Mencari Kebaikan Isteri Kita & Terimalah Segala Kekurangannya

Apakah Yang Kita Faham Tentang Fitnah Wanita & Cabarannya?

fitnah wanita

Pernahkah anda mendengar perkataan “fitnah wanita”?

Dan apa yang anda faham mengenai fitnah wanita?

Ada dua perkara yang Nabi Muhammad SAW pesan kepada kita agar berjaga-jaga (takut) akannya iaitu dunia dan wanita.

Pesanan ini bukan membawa maksud bahawa kita perlu bencikan dunia dan wanita.

Cuma baginda meminta kepada kita agar berwaspada atau berhati kepadanya.

Baca SepenuhnyaApakah Yang Kita Faham Tentang Fitnah Wanita & Cabarannya?

Suami, Layan Dan Bersabarlah Dengan Karenah Isteri

melayan karenah isteriAdakah anda bosan melayan karenah isteri?

Hari ini, terlalu banyak kes yang kita jumpa tentang perilaku tidak berperikemanusiaan seorang suami terhadap isterinya.

Isteri diperlakukan dengan teruk, seolah-olah tubuh badannya amat murah.

Sedangkan suami adalah pelindung dan pembela kepada isterinya.

Janganlah kita menjadi seperti apa yang digambarkan sebagai suami tidak guna.

Iaitu seorang suami yang memukul isterinya seperti memukul seorang hamba. Kemudian disetubuhi pula pada malam hari.

— Inilah yang dikatakan seorang suami yang jahat.

Baca SepenuhnyaSuami, Layan Dan Bersabarlah Dengan Karenah Isteri

Ini Sebab Graduan Muda Peroleh 2 Rezeki Besar Awal Tahun 2018

graduan mudaIni kisah graduan muda mendapat rezeki kerja dan rezeki dalam bidang yang diminati iaitu penulisan untuk dihayati dan dapatkan pengajaran.


Aku terduduk, temuduga kali ini aku gagal lagi.

Satu mesej masuk dari aplikasi Whatsapp. Rakan mengajak aku menjadi fasilitator program Kem Tahfiz, akan ada saguhati diberikan.

Aku fikir aku perlukan wang dan tak mahu meminta dengan orang tua lagi.

Aku katakan ya kepada dia.

Di program, selain jalankan tanggungjawab, aku setkan fikiran ia peluang untuk aku berbakti, rehatkan minda dan lapangkan hati.

Aku ada tanyakan kepada rakan, “Bagaimana nak hati redha melepaskan sesuatu bukan rezeki kita?”

Baca SepenuhnyaIni Sebab Graduan Muda Peroleh 2 Rezeki Besar Awal Tahun 2018