Tak Percaya Ujian Itu tanda Allah Cinta Kita?

 tanda Allah cinta kita
Tanda Allah cinta kita | for the love of god by ~saeedesign (devianart)

“Hasbunallah wa ni’mal wakil
Ni’mal maula wa ni’man nasir
Hasbunallah wa ni’mal wakil
Ni’mal maula wa ni’man nasir”

Lagu : Hasbunaallah [ Yoga Al Ghazali ft. Ajeng ]

Dalam kita meniti kehidupan di dunia yang sementara ini, setiap dari kita pasti tidak akan lepas dari menempuh sebarang ujian.

Anda percaya atau tidak, ujian ini adalah tanda Allah cinta kita, buat kita semua?

“Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta. “  

( Al Ankabut 2-3)

Nah..

Jelas bukan?

Allah menguji kita kerana DIA ingin jadikan kita orang yang beriman.

Tidak inginkah kita menyahut cabaran hebat dari Allah ini?

Tanda Allah Cinta kita

Ya. Saya sangat pasti di saat kita diuji dengan sesuatu ujian itu, pasti kita kadang-kadang jatuh tersungkur, terasa susah untuk bangkit dan terus melangkah.

Namun, persoalan yang perlu kita tanyakan pada diri kita ialah, adakah apabila kita ditimpa dengan sesuatu ujian itu menyebabkan kita hilang nyawa? Hilang oksigen?

Tidak bukan.

Kita masih lagi mampu berjalan walaupun mungkin perlahan.

Kita masih lagi mampu tersenyum walaupun tawar.

Alhamdulillah, kita masih lagi hidup.

Kerana apa?

Ya. Sudah tentu kerana keizinan dari Allah.

Peluang yang DIA berikan untuk kita menghadapi segalanya dengan penuh keimanan & ketaqwaan.

Bukankah ini tanda Allah cinta kita?

Apa yang lebih utama, percaya atau tidak.

Di saat kita diuji itulah saat di mana kita merasakan DIA adalah segalanya dalam hidup kita.

Tanpa perlu kita mengharapkan orang lain sebagai penolong kita.

Kerana di saat itu, kita tahu.

Hanya ALLAH yang mampu untuk membantu kita.

Maka. Dari situlah bermulanya untuk kita berusaha solat dengan penuh khusyuk.

Doa dengan penuh rendah diri diiringi dengan air mata yang jatuh berguguran.

Hati sentiasa basah dengan zikirullah. Subhanaallah..

Jika kita mampu melihat meter amalan kita pada waktu ini, mungkin sahaja mencecah 200%! Allahu Akhbar.

Sayangnya Allah pada kita.

Kerana di saat inilah kita merasakan Allah sahajalah satu-satunya yang paling hampir dengan kita.

Percayalah…

Allah tidak akan pernah meninggalkan kita sendirian.. Namun, bisa sahaja kita yang meninggalkanNya.

Saat kita merasa ujian itu sangat berat untuk kita, saat itulah DIA sedang menunggu kita menghamparkan CINTA kita untukNya.

Ayuh! Kembalilah kita bermujahadah meraih cintaNya,

Sebelum tiada lagi waktu yang setia bersama kehidupan kita.

Artikel ini adalah perkongsian ke inbox kami oleh saudari Izza Miera. Semoga Allah memberkati apa yang kongsikan belian dengan kita semua =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

5 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Aziz
Aziz
10 tahun yang lalu

Salam…terima kasih dgn in put yg diberikan. Sangat membantu pada masa saya sgt memerlukan.

azhar
azhar
10 tahun yang lalu

alhamdulillah,, tenag sikit hati ne:)

Shakinah
Shakinah
11 tahun yang lalu

ALHAMDULILLAH saya ditemukan dengan blog ini kerana mrmang dalam kelemasan ujian sehingga tidak tahu bagaimana cara untuk meneruskan kehidupan. SyukurpadaMU ya ALLAH…amiin

ain
ain
11 tahun yang lalu

mohon share di blog saya :)
artikel yg sgt bagus

yaya
yaya
11 tahun yang lalu

terima kasih atas artikel Tuan..sgt menusuk kalbu