Alhamdulillah, You’re The Chosen One!

chosen one
chosen one | Chosen by =pecchio

Hujan di luar bagai mengerti hujan di hati…

Benar..

kadang-kadang kita tak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita. Tak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita di masa hadapan.

Tapi percayalah, suatu saat  kita kena yakin, jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya..

Hidup kita bukan seperti siri telenovela yang indah-indah belaka. Bukan. Pasti ada ketika kita diuji dengan sebenar-benar ujian. Even ‘superheroes’ pun ada ujiannya.

Akan kalah dulu dan bangkit semula pada akhirnya kan. Biarpun kita tiada kuasa sakti. Tiada superpower yang kita miliki, untuk hilangkan segala keresahan hati. Tapi ingatlah, kita punya Allah.

Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

Setiap dari kita pasti pernah diduga. Saya. Awak. Dia. Mereka.

Allah uji ikut kemampuan kita. Allah tahu kita siapa.

And at the time HE takes everything from you, masa itulah Allah mahu kita kembali pada Dia.

Itulah tanda cinta Dia. Dia tahu kita sudah jauh dari Dia. Jauh.

Mungkin saja kita terlalu asyik dengan urusan dunia hingga kita lupa tentang Dia.

Nah..

Bila dah terjatuh, baru sibuk nak cari sejadah. Baru kenal erti tabah. Baru rasa menyesal tak sudah.

Tepuk dahi. Inilah padahnya bila hilang pertimbangan diri. Tak mahu dekatkan diri pada Ilahi.

Maka, sebab itulah Allah hadiahkan kita ujian. Supaya kita kembali dekat. Bertambah dekat. Dan selalu dekat dengan Dia. Janganlah ditangisi apa yang dah berlalu dan berlaku.

Itulah yg menjadikan kita sekarang. Sama ada lebih baik atau lebih buruk, itu kita yg  tentukan. Perjalanan kita sebagai hamba belum berakhir.. Mungkin ini sekadar permulaan.

Ambil iktibar dari apa yg berlaku.. Setiap orang buat silap dan setiap kesalahan yg kita buat, kita ambil iktibar darinya, itulah yg menjadikan kita lebih sempurna.

Beruntunglah dan bersyukurlah.

Alhamdulillah, you’re the chosen one!

Redhalah dengan apa yg diberi Ilahi, agar Allah juga redha denganmu. “Wahai jiwa yg tenang (iaitu jiwa yg beriman). Kembalilah kepada Tuhanmu dgn hati yg redha dan diredhaiNya”. (Al Fajr: 27-28)

Remember this, hayat kita belum tentu panjang. Amal kita belum tentu diterima oleh Allah. Just makesure apa jua yang kita buat niat kerana Allah. Lillahi Taala.

Jangan pernah sombong dengan kebaikan yang kita buat. Silap-silap tiada nilai. Ingat, hanya redhaNya yg kita mahu . Kita tak selamanya di atas. Kalaupun kita sentiasa dikurniakan harta yang banyak, mewah, syarikat yang maju, tapi tak akan ada makna kalau hidup kita tak bahagia dan hati tak tenang.

Semua itu bergantung pada redha Allah terhadap kehidupan kita.

And suddenly found this words dalam buku Kisah Cinta dalam Al-Quran, karya Misbah Em Majidiy, saya petik kata-kata Asiyah, isteri Firaun:

Seksaanmu tidak akan menggoyahkan diriku. Tuhan menjaga keimananku. Aku telah mengikrarkan keimananku kepadaNya, kasihNya telah memenuhi relung kalbuku.

Kau boleh saja membakar seluruh jasadku, tapi kau tidak akan dapat membakar imanku. Imanku ada dihatiku, dan aku tidak akan bisa membakar hatiku.

Kalau kau paksakan penyeksaanmu terhadapku, meski tubuhku terpotong-potong, cintaku kepada Tuhan tidak akan pernah pudar.”

Subhanaallah, hebat sungguh ujian Allah padanya.

Hadiah Syurga menjadi ganjarannya.

Huh.

Kita ni baru diuji sedikit sudah rebah tak mampu bertahan

Bagai hilang segala kekuatan.

Namun Syurga pula yang kita idamkan.

Rasa kerdil disisi Tuhan.

Fuhh..peluh besar.

Teringat seorang sahabat pernah kata,

Semua orang akan dikurniakan nikmat, tapi belum tentu semua diberikan rahmat. Ingat, nikmat itu ujian. Hidup itu pun ujian. Ujianlah yang menjadikan kita hambaNya yang lebih baik. Siapa percaya, dia berjaya. ” -bff-

Jadikan setiap ujian itu hadiah dari Allah. All of difficulties yang kita tempuh ada hikmah. Semua itu untuk preparation for our future. Setiap ujian buat kita kuat. Man jada wa jada!

Percayalah, kamu istimewa dipandanganNya cause YOU’RE THE CHOSEN ONE!

Syukur.

Alhamdulillah.

Fi hifzillah.

 

chosen one
chosen one | chosen one | chosen one | chosen one | chosen one

******

Artikel ini adalah perkongsian daripada Nor adibah Saihen ke inbox emel akuislam. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

6 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Gm
Gm
8 tahun yang lalu

Mohon copy untuk share

inzanm
inzanm
8 tahun yang lalu

Artikel yang sgt menarik…Alhamdulillah

maslina
maslina
9 tahun yang lalu

Assalamualaikum..
Terima kasih atas perkongsian.
Semoga kita semua tabah dalam melalui ujian allah…amin.

Audra
Audra
10 tahun yang lalu

Subhanallah…. Indah penyampaiannya…. ALLAH ADA DI HATI KITA, Jaga iman kita…

doraemon
doraemon
10 tahun yang lalu

Terima kasih atas perkongsian ini. Tersentu hati membacanya. Alhamdulillah.

shaz
shaz
11 tahun yang lalu

alhamdulillah atas segala ujian yg pernah sy lalui…
artikel yg sgt memberi ilmu…