SURAH AL IKHLAS RUMI (Transliterasi & Terjemahan)

surah al ikhlas

Ini adalah panduan Surah Al Ikhlas Rumi (transliterasi)

Anda akan dibimbing secara lengkap bacaan surah ini secara ayat demi ayat. Bantuan audio juga akan disediakan.

Semoga membantu..

Pengenalan

Surah al-Ikhlas ( ุณูˆุฑุฉ ุงู„ุฅุฎู„ุงุต ) (Yang Ikhlas) adalah surah ke-112 dalam al-Quran.

Surah Al Ikhlas terdiri daripada 4 ayat. Surah ini termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan sesudah Surah An-Nas.

Dinamakan Al-Ikhlas kerana surah ini sepenuhnya menegaskan kemurnian ke-esaan Allah subhanahu wa ta’ala.

Al-Ikhlas bererti โ€œkesucianโ€ atau โ€œpenulenanโ€, yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme dan kemusyrikan.

Ayat-ayat berkaitan keimanan:

  • Penegasan tentang kemurnian keesaan Allah, dan menolak segala macam kemusyrikan dan menerangkan bahawa tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya.

Bacaan Surah Al Ikhlas Rumi (Transliterasi)

1
Surah al ikhlas ayat 1

Qul huwallฤhu aแธฅad

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa,


2
Surah al ikhlas ayat 2

Allฤhuแนฃ-แนฃamad

Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat,


3
Surah al ikhlas ayat 3

Lam yalid wa lam yลซlad

Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan,


4
Surah al ikhlas ayat 4

Wa lam yakul lahลซ kufuwan aแธฅad

Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Kelebihan Surah Al Ikhlas

Surah Ikhlas dikenali sebagai Surah Pelindung.

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda โ€œBarangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah dia membaca sepertiga Al-Quranโ€

Dalam kitab Saโ€™adatul Darain, Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah kefakiran penghuni rumah dan tetangganyaโ€

(HR At-Tabrani dan Ibnu Masโ€™ud).

Asbabun Nuzul (Sebab Surah Ini Diturunkan)

Diriwayatkan oleh at-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Khuzanah, dari Abul Aliyah yang bersumberkan dari Ubay bin Kaโ€™ab.

Diriwayatkan pula ath-Thabrani dan Ibnu Jarir, yang bersumberkan dari Jabir bin Abdillah bahawa kaum musyrikin meminta penjelasan tentang sifat-sifat Allah kepada Rasulullah, dengan berkata, โ€œJelaskan kepada kami sifat-sifat Rabb-muโ€.

Ayat al-Ikhlas 1-4 ini turun berkenaan dengan peristiwa tersebut, sebagai tuntunan untuk menjawab permintaan kaum musyrikin.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumberkan dari Ibnu Abbas, diriwayatkan pula Ibnu Jarir yang bersumber dari Qatadah, dan riwayatkan pula oleh Ibnu Munzir yang bersumber dari Saโ€™id bin Jubair, bahawa beberapa orang yahudi, diantaranya Kaโ€™ab bin al-Asyraf dan Hayy bin Akhtab, mengadap Nabi SAW, mereka berkata, โ€œHai Muhammad, lukiskan sifat-sifat Rabb yang mengutusmuโ€

Ayat al-Ikhlas ini turun untuk menerangkan sifat-sifat Allah.

Menurut as-Suyuthi kata al-musyrikin (kaum musyrikin) dalam hadis yang bersumber dari Ubay bin Kaโ€™ab adalah kaum musyrikin dari kaum Ahzab.

Dengan demikian dapat dipastikan Madaniyyah, sesuai hadis Ibnu Abbas.

Jadi tidak ada pertentangan antara dua hadis di atas.

Hal ini diperkuat pula oleh riwayat Abusy Syaikh di dalam kitab al-Azhamah dari Aban, yang bersumberkan dari Anas yang meriwayatkan bahawa Yahudi Khaibar mengadap Nabi SAW dan berkata, 

โ€œHai Abul Qasim. Allah menjadikan malaikat dari cahaya hijab, Adam dari tanah hitam, iblis dari api yang menjulang, langit dari asap, dan bumi dari buih air. Cubalah terangkan kepada kami tentang Rabb-mu.โ€œ

Rasulullah SAW tidak menjawab, sehingga turunlah Jibril membawa wahyu, iaitu surah ini (al-Ikhlas) yang melukiskan sifat-sifat Allah.

Transliterasi Surah-Surah lain

Antara surah lain yang sudah ditambah tranliterasi untuk membantu anda:

Nota Penutup

Semoga Transliterasi Rumi ini dapat membantu anda yang sukar membaca / sedang belajar mengenal al-Quran.

Sememangnya penggunaan transliterasi rumi adalah kurang tepat dari segi sebutan, namun saya berharap panduan ini dapat membantu sedikit sebanyak saudara-saudari sekalian yang memerlukan bantuan sebegini.

Saya berdoa agar Allah memudahkan urusan kita semua belajar membaca al-Quran dan memperoleh barakah daripadanya.

Semoga Allah melapangkan hati kita dan dibukakan hati kita kepada ilmu.

Sesungguhnya Islam itu agama rahmat dan Allah jualah Maha Memberi Rahmat.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
ttt
ttt
2 tahun yang lalu

assalamualaikum, saya nak tegur pada ayat terakhir surah ada typo pada baris huruf di hujung ูˆู„ู… ูŠูƒู† ู„ู‡ . maaf mengganggu harap membantu