Bagaimana susunan surah Solat Tarawih yang boleh diamalkan sepanjang Bulan Ramadan?
Dalam panduan ini, saya akan menunjukkan susunan surah lazim bagi Solat Tarawih bagi solat 8 rakaat dan 20 rakaat, yang boleh diamalkan disepanjang Bulan Ramadan dalam format yang mudah diikuti.
Jika anda memerlukan panduan ini, mari kita mulakan..
Bagaimanakah Bacaan Surah Dalam Solat Tarawih?
Disunatkan memanjangkan bacaan al-Quran dalam Solat Tarawih, begitu juga dalam solat-solat yang lain, sama ada solat fardu atau sunat. Hal ini kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Solat yang paling baik ialah yang lama berdirinya.”
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
Maksud lama berdiri itu adalah memanjangkan bacaan al-Quran dalam solat, kerana tempat bacaan al-Quran dalam solat adalah ketika kita berdiri (sebelum rukuk).
Namun jika kita menjadi imam, kita hendaklah mengambil kira keadaan makmum di belakang kita.
Janganlah keterlaluan memanjangkan bacaan sehingga menyusahkan makmum di belakang, kerana ada antara mereka yang daif, tua, sakit, sibuk, dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah dipendekkan bacaan sesuai dengan keadaan makmum tersebut.
Namun perlu diingatkan bahawa maksud memendekkan bacaan bukanlah dengan terlalu pendek, seperti membaca satu ayat yang pendek kemudian terus rukuk.
Malah, sekurang-kurangnya dengan membaca satu surah yang pendek seperti surah al-Kautsar, al-Kafirun, al-Ikhlas, dan seumpamanya atau membaca tiga ayat yang menyamai panjang surah-surah pendek itu atau membaca satu ayat panjang yang menyamainya.
Sususan Surah Lazim Solat Tarawih 8 Rakaat
Berikut adalah surah-surah al Quran yang boleh dibacakan semasa mengerjakan Solat Tarawih lapan rakaat disepanjang Bulan Ramadan.
Tujuan cadangan surah-surah ini adalah memperbagaikan bacaan surah surah lazim, sesuai untuk orang awam yang tidak mengingati surah-surah yang panjang.
Malam Ramadan | Bil Solat | Rakaat | Nama Surah | Permulaan Surah |
---|---|---|---|---|
Malam pertama sehingga akhir Ramadan | 1 | Pertama | Surah at-Takatsur | أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ ١ |
Kedua | Surah al-Asr | وَٱلۡعَصۡرِ ١ | ||
2 | Ketiga | Surah al-Humazah | وَيۡلٞ لِّكُلِّ هُمَزَةٖ لُّمَزَةٍ ١ | |
Keempat | Surah al-Fil | أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصۡحَٰبِ ٱلۡفِيلِ ١ | ||
3 | Kelima | Surah al-Quraisy | لِإِيلَٰفِ قُرَيۡشٍ ١ | |
Keenam | Surah al-Ma’un | أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ ١ | ||
4 | Ketujuh | Surah al-Kafirun | قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ | |
Kelapan | Surah an-Nasr | إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ ١ |
Sila swipe ke kanan → untuk melihat kandungan yang terlindung
Perlu diingat bahawa tujuan utama Solat Tarawih adalah untuk meningkatkan ibadah dan ketaqwaan pada Bulan Ramadan, jadi tidak ada ketetapan khusus mengenai surah yang harus dibaca.
Oleh itu, anda tidak semestinya mengikut bacaan surah yang dicadangkan dalam jadual di atas dan boleh membaca surah-surah lain yang anda sukai, atau dalam susunan yang anda mahukan.
Susunan Surah Lazim Solat Tarawih 20 Rakaat
Jika anda mahu mengerjakan Solat Tarawih dua puluh rakaat, ini adalah cadangan surah-surah lazim yang boleh dibacakan.
Seperti di atas, tujuan cadangan surah-surah ini adalah memperbagaikan bacaan surah surah lazim, sesuai untuk orang awam yang tidak mengingati surah-surah yang panjang.
Untuk Solat Tarawih dua puluh rakaat, cadangan susunan surah lazim dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
- Dari malam pertama sehingga malam ke 15 Ramadan
- Dari malam ke 16 sehingga akhir Ramadan.
Bacaan Surah Malam Pertama Sehingga 15 Ramadan
Malam Ramadan | Bil | Rakaat | Nama Surah | Permulaan Surah |
---|---|---|---|---|
Malam pertama sehingga malam ke 15 Ramadan | 1 | Pertama | Surah at-Takatsur | أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ ١ |
Kedua | Surah al-Ikhlas | قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ | ||
2 | Ketiga | Surah al-Asr | وَٱلۡعَصۡرِ ١ | |
Keempat | Surah al-Ikhlas | قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ | ||
3 | Kelima | Surah al-Humazah | وَيۡلٞ لِّكُلِّ هُمَزَةٖ لُّمَزَةٍ ١ | |
Keenam | Surah al-Ikhlas | قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ | ||
4 | Ketujuh | Surah al-Fil | أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصۡحَٰبِ ٱلۡفِيلِ ١ | |
Kelapan | Surah al-Ikhlas | قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ | ||
5 | Kesembilan | Surah al-Quraisy | لِإِيلَٰفِ قُرَيۡشٍ ١ | |
Kesepuluh | Surah al-Ikhlas | قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ | ||
6 | Kesebelas | Surah al-Ma’un | أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ ١ | |
Dua Belas | Surah al-Ikhlas | قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ | ||
7 | Tiga Belas | Surah al-Kautsar | إِنَّآ أَعۡطَيۡنَٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ ١ | |
Empat Belas | Surah al-Ikhlas | قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ | ||
8 | Lima Belas | Surah al-Kafirun | قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ | |
Enam Belas | Surah al-Ikhlas | قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ | ||
9 | Tujuh Belas | Surah an-Nasr | إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ ١ | |
Lapan Belas | Surah al-Ikhlas | قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ | ||
10 | Sembilan Belas | Surah al-Masad | تَبَّتۡ يَدَآ أَبِي لَهَبٖ وَتَبَّ ١ | |
Dua Puluh | Surah al-Ikhlas | قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ |
Sila swipe ke kanan → untuk melihat kandungan yang terlindung
Bacaan Surah Malam 16 Ramadan Sehingga Akhir Ramadan
Malam Ramadan | Bil Solat | Rakaat | Nama Surah | Permulaan Surah |
---|---|---|---|---|
Malam ke 16 sehingga akhir Ramadan | 1 | Pertama | Surah al-Qadr | إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ ١ |
Kedua | Surah at-Takatsur | أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ ١ | ||
2 | Ketiga | Surah al-Qadr | إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ ١ | |
Keempat | Surah al-Asr | وَٱلۡعَصۡرِ ١ | ||
3 | Kelima | Surah al-Qadr | إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ ١ | |
Keenam | Surah al-Humazah | وَيۡلٞ لِّكُلِّ هُمَزَةٖ لُّمَزَةٍ ١ | ||
4 | Ketujuh | Surah al-Qadr | إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ ١ | |
Kelapan | Surah al-Fil | أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصۡحَٰبِ ٱلۡفِيلِ ١ | ||
5 | Kesembilan | Surah al-Qadr | إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ ١ | |
Kesepuluh | Surah al-Quraisy | لِإِيلَٰفِ قُرَيۡشٍ ١ | ||
6 | Kesebelas | Surah al-Qadr | إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ ١ | |
Dua Belas | Surah al-Ma’un | أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ ١ | ||
7 | Tiga Belas | Surah al-Qadr | إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ ١ | |
Empat Belas | Surah al-Kautsar | إِنَّآ أَعۡطَيۡنَٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ ١ | ||
8 | Lima Belas | Surah al-Qadr | إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ ١ | |
Enam Belas | Surah al-Kafirun | قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ | ||
9 | Tujuh Belas | Surah al-Qadr | إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ ١ | |
Lapan Belas | Surah an-Nasr | إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ ١ | ||
10 | Sembilan Belas | Surah al-Qadr | إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ ١ | |
Dua Puluh | Surah al-Masad | تَبَّتۡ يَدَآ أَبِي لَهَبٖ وَتَبَّ ١ |
Sila swipe ke kanan → untuk melihat kandungan yang terlindung
Keutamaan Membaca Surah Al Qadr Dan Al Ikhlas Dalam Solat Tarawih
Surah Al-Qadr dan Surah Al-Ikhlas mempunyai keutamaan tersendiri dalam solat Tarawih.
- Keutamaan Surah Al-Qadr.
Surah ini sangat istimewa kerana membincangkan tentang Malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Menurut sebuah hadis, membaca Surah Al-Qadr dikatakan memberi pahala seperti orang yang berpuasa di Bulan Ramadan dan menghidupkan malam Lailatul Qadr.
Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa membaca surah ini selepas berwuduk boleh membawa kepada pahala yang sangat besar, termasuk masuk syurga tanpa hisab dan mendapat rahmat serta doa dari para malaikat. Keutamaan ini menunjukkan betapa pentingnya surah ini dalam konteks ibadah, terutama dalam Solat Tarawih di Bulan Ramadan. - Keutamaan Surah Al-Ikhlas.
Walaupun tidak terdapat rujukan spesifik tentang keutamaan Surah Al-Ikhlas dalam konteks solat Tarawih, surah ini dikenali sebagai salah satu surah yang meringkaskan konsep tauhid dalam Islam.
Keutamaan membaca Surah Al-Ikhlas terletak pada pengulangan dan penekanannya terhadap keesaan dan kesempurnaan Allah, yang merupakan tiang agama Islam. Ini menjadikan surah ini sangat sesuai untuk dibaca dalam solat Tarawih, sebagai pengingat dan peneguhan iman.
Dalam konteks solat Tarawih, membaca surah-surah ini dapat meningkatkan kefahaman dan kekhusyukan dalam ibadah, selari dengan semangat bulan Ramadan yang suci.
Bolehkah Memegang Mushaf al-Quran Sambil Solat Semasa Solat Tarawih?
Menurut perbincangan para ulama, tidak mengapa memegang mashaf dan membacanya dalam solat.
Ini dibenarkan oleh ulama mazhab Malik, asy-Syafie, dan Hambali. Keharusan ini hanya pada solat sunat sahaja seperti Solat Tarawih. Bagi solat fardu hukumnya makruh, walaupun begitu solat tetap sah.
Ada yang meletakkan syarat agar tidak melakukan pergerakan anggota besar yang terlalu banyak, sehingga boleh membatalkan solat seperti bergerak 3 kali berturut-turut. Jika menggerakkan jari-jemari, tidak mengapa.
Sebaiknya cari cara yang paling terbaik, seperti meletakkan atas stand pemegang al-Quran dan menggunakan al-Quran yang besar untuk kegunaan imam, atau mereka yang solat bersendirian.
Adapun bagi makmun adalah lebih baik mendengar bacaan imam dengan khusyuk.
Soalan Lazim
Berikut adalah soalan lazim (FAQ) yang berkaitan dengan bacaan surah dalam Solat Tarawih
Tidak ada surah tertentu yang disunatkan secara spesifik untuk solat Tarawih. Anda boleh memilih surah apa saja dari Al-Quran untuk dibacakan.
Ya, boleh. Anda boleh membaca surah yang sama pada malam yang berlainan, namun mengkhatamkan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan adalah sunnah yang lebih baik.
Umumnya, imam akan membahagikan bacaan Al-Quran menjadi 30 juz sepanjang bulan Ramadan, dengan membaca satu juz setiap malam.
Walaupun tidak ada sunnah khusus, membaca Surah Al-Qadar dan surah-suran lain yang berkaitan dengan keagungan malam Lailatul Qadr adalah amalan yang baik
Tidak semestinya. Imam boleh memilih surah panjang atau pendek bergantung pada kemampuan dan situasi jemaah.
Disunatkan untuk imam membaca Al-Quran dengan tartil (perlahan dan jelas) untuk memberikan kesempatan kepada jemaah untuk merenung dan memahami bacaan.
Ya, imam boleh membaca dari mushaf Al-Quran semasa solat Tarawih, terutama jika belum menghafal surah-surah yang ingin dibacakan.
Penutup
Solat Tarawih adalah salah satu ibadah yang amat mulia di Bulan Ramadan. Walaupun tiada ketetapan khusus mengenai surah yang perlu dibaca, penting bagi imam untuk mempertimbangkan kemampuan dan keadaan jemaah dalam memilih surah.
Usaha mengkhatamkan Al-Quran sepanjang Ramadan adalah amalan sunnah yang sangat dianjurkan. Di samping itu, kefahaman dan kekhusyukan dalam membaca dan mendengar Al-Quran adalah aspek penting yang perlu diberi perhatian.
Semoga dengan panduan ini, kita dapat meningkatkan kualiti ibadah kita dalam solat Tarawih dan meraih keberkatan serta rahmat yang melimpah dari Allah SWT di bulan yang suci ini.
Wallahu a’lam
Tinggalkan Komen Anda..