CHECKLIST UMRAH 2026: Senarai Barang Lelaki & Wanita

Checklist umrah lengkap untuk lelaki dan wanita, merangkumi dokumen, vaksin, pakaian ihram, ubat dan bagasi. Tanda terus di telefon.

Muhamad Naim Abd ManafDikemas kini 29 Oktober 2026

Beberapa hari sebelum berangkat, senarai barang yang perlu dibawa sering membuatkan kepala pening. Takut tertinggal dokumen penting, tersalah bawa barang yang dilarang dalam beg kabin, atau membawa barang ihram yang berbau wangi tanpa sedar.

Checklist umrah ini menyenaraikan barang untuk jemaah lelaki dan wanita: dokumen, pakaian ihram, pakaian harian, mandian, ubat dan elektronik, termasuk peraturan beg kabin dan bagasi yang disemak daripada sumber rasmi. Tandakan setiap barang yang sudah siap. Semoga panduan ini membantu persiapan anda, InsyaAllah.

Semakan editorial: 16 Oktober 2026 · Semakan fiqh pakar: dalam proses · Rujukan: keperluan kesihatan umrah Kementerian Kesihatan Arab Saudi 1447H, pekeliling GACA (Mei 2026), Malaysia Airlines, SFDA, Nota Kursus Asas Haji Tabung Haji 1448H dan panduan ihram akuislam.

Ringkasan

Lima perkara wajib dibawa untuk umrah: pasport yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan dan visa umrah, sijil vaksin meningokokal ACYW, aplikasi Nusuk, kain ihram (lelaki) atau pakaian ihram yang menutup aurat (wanita), dan ubat peribadi. Selebihnya boleh dibeli di Makkah dan Madinah.

Peraturan terbang 2026: power bank dalam beg kabin sahaja, maksimum 2 unit. Air zamzam tidak boleh dimasukkan dalam beg; beli botol 5 liter di kaunter lapangan terbang. Tanda setiap barang dalam senarai di bawah.

Tanda satu demi satu

Checklist Umrah: Tanda Satu Demi Satu

Senarai ini mengikut susunan mengemas, daripada dokumen hingga bagasi: 79 barang dalam 9 kumpulan. Klik pada barang untuk menandanya. Tanda disimpan dalam pelayar telefon ini sahaja, tidak dihantar ke mana-mana, dan hilang jika data pelayar dipadam. Anda tidak perlu membawa semuanya.

Jika berlaku

  • Pasport hilang di sana? Maklumkan mutawwif segera dan buat laporan polis. Hubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dengan salinan pasport anda.
  • Bagasi terlebih berat di kaunter? Pindahkan sebahagian barang ke beg kabin, kecuali cecair melebihi 100 ml dan barang tajam. Jika masih lebih, bayar lebihan berat.
  • Terlupa ubat? Dapatkan rawatan di klinik atau farmasi. Jangan mengambil ubat preskripsi orang lain.
  • Terpakai sabun atau tisu berwangi kerana lupa semasa ihram? Bilas sebaik teringat. Tiada dam (hukum wangian).
  • Power bank tertinggal dalam bagasi? Keluarkan sebelum menyerahkan beg di kaunter daftar masuk.

A. Dokumen dan wang

Simpan dalam beg pinggang atau beg leher, sentiasa pada badan. Tanda anda ialah alat bantu peribadi dan disimpan dalam telefon ini sahaja.

  • Pasport asal Sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan, dengan 2 halaman kosong.
  • Visa umrah, dicetak dan disimpan dalam telefon Insurans perubatan termasuk dalam visa (Wego, September 2026). Sahkan dengan agensi.
  • Salinan pasport dan visa Satu salinan kertas disimpan berasingan daripada pasport asal, satu gambar dalam telefon.
  • Tiket penerbangan dan itinerari Termasuk nama dan alamat hotel di Makkah dan Madinah.
  • Sijil vaksin meningokokal ACYW Wajib. Pastikan sijil menyatakan nama vaksin dan tarikh suntikan; jika tiada nama vaksin, ia dianggap sah 3 tahun sahaja. Syarat tempoh.
  • Bukti vaksin Covid-19 Jika berkenaan. Bagi umur lebih 65 tahun, wanita hamil, penyakit kronik atau imuniti rendah.
  • Aplikasi Nusuk dipasang dan akaun didaftarkan Untuk permit umrah dan tempahan slot Raudhah.
  • Nombor kecemasan disimpan dalam telefon dan di atas kertas Mutawwif, agensi, keluarga dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.
  • Tunai riyal Saudi (SAR) untuk beberapa hari pertama Kira-kira SAR 300 hingga 500. Selebihnya boleh ditukar di sana.
  • Kad debit atau kredit yang diaktifkan untuk luar negara Maklumkan bank sebelum berlepas.
  • Foto saiz pasport, 4 keping Jika berkenaan. Tanya agensi sama ada masih diperlukan.

B. Ihram: lelaki

Lelaki tidak boleh menutup kepala dan memakai pakaian bersarung semasa ihram. Cara memakai dan larangannya: panduan ihram.

  • Kain ihram, 2 pasang Lelaki. Sepasang ganti jika terkena najis. Kain jenis tuala lebih tebal dan tidak jarang.
  • Tali pinggang atau beg pinggang ihram Lelaki. Dibenarkan semasa ihram.
  • Peniti atau klip Lelaki. Untuk mengemaskan izar (kain bawah) sahaja. Rida’ (kain atas) tidak boleh dipin atau diikat.
  • Sandal atau selipar ihram Lelaki. Menampakkan tumit dan jari kaki.
  • Vaseline atau krim geseran tanpa pewangi Lelaki. Untuk geseran paha ketika berjalan berkain ihram.

C. Ihram: wanita

Wanita berihram dengan pakaian biasa yang menutup aurat. Yang dilarang ialah menutup muka (purdah atau niqab) dan memakai sarung tangan (Sahih al-Bukhari, no. 1838).

  • Jubah atau abaya longgar, 2 helai atau lebih Wanita. Tiada warna khusus untuk ihram.
  • Tudung labuh dan anak tudung Wanita.
  • Stoking Wanita. Dibenarkan semasa ihram.
  • Sarung lengan Wanita. Dibenarkan semasa ihram jika tidak menutup tapak tangan dan jari. Handsock yang menutup tangan sama hukumnya dengan sarung tangan.
  • Telekung ringan Wanita. Untuk solat di hotel dan dalam perjalanan.
  • Tuala wanita (pad) secukupnya Wanita.

D. Barang ibadah

  • Tasbih 7 manik Untuk mengira pusingan tawaf dan saie.
  • Panduan akuislam disimpan di telefon Ihram, tawaf, saie dan tahallul.
  • Al-Quran saiz poket Keluarkan dari poket sebelum masuk ke tandas.
  • Buku nota senarai doa Doa untuk diri, keluarga, guru, umat Islam dan mereka yang telah meninggal dunia.
  • Sejadah lipat ringan
  • Gunting kecil untuk tahallul Bagasi daftar masuk. Simpan dalam bagasi ketika terbang.

E. Pakaian dan kasut

  • Pakaian harian yang longgar Lelaki: jubah, baju Melayu atau kurta. Wanita: jubah atau abaya. Kira satu set sehari, kurang jika mahu mendobi.
  • Pakaian dalam secukupnya
  • Kopiah atau songkok Lelaki. Untuk selepas tahallul.
  • Stoking untuk lantai marmar yang sejuk Lelaki: selepas tahallul. Wanita: bila-bila masa.
  • Kasut sukan untuk ziarah Lelaki: selepas tahallul.
  • Selipar bilik air
  • Beg uncang selipar Selipar dibawa bersama ke dalam masjid supaya tidak hilang.
  • Baju panas ringan Jika berkenaan. Untuk malam yang sejuk, terutama di Madinah, sekitar November hingga Februari.
  • Cermin mata hitam Mengurangkan silau di dataran marmar.
  • Payung putih tanpa hujung tajam Boleh dibeli di sana. Warna putih kurang menyerap haba.

F. Mandian dan penjagaan diri

Semasa ihram, pilih sabun, syampu, tisu basah, deodoran, losyen dan pelindung matahari tanpa pewangi. Dalam beg kabin, setiap bekas cecair, gel atau aerosol 100 ml atau kurang, dalam satu beg plastik lut sinar 1 liter.

  • Tuala mandi, besar dan kecil Tidak semua hotel menyediakan tuala.
  • Berus gigi atau kayu sugi (miswak)
  • Ubat gigi saiz kecil
  • Sabun mandi dan syampu tanpa pewangi
  • Tisu kering dan tisu basah tanpa pewangi
  • Pembersih tangan (sanitiser) tanpa pewangi
  • Deodoran tanpa pewangi
  • Pelembap bibir dan losyen tanpa pewangi Udara di sana kering.
  • Pelindung matahari tanpa pewangi
  • Pengetip kuku Bagasi daftar masuk. Potong kuku sebelum berniat ihram. Selepas niat, memotong kuku dilarang sehingga bertahallul.
  • Sikat Untuk selepas tahallul. Menyikat rambut semasa ihram makruh kerana boleh mencabut rambut (al-Nawawi, al-Majmu’, 7/374).
  • Mesin cukur atau pisau cukur Lelaki · Bagasi daftar masuk. Untuk bercukur ketika tahallul atau selepasnya.
  • Minyak wangi (attar) Untuk badan sebelum berniat, dan selepas tahallul.

G. Ubat

Bawa ubat dalam bungkusan asal. Ubat harian diletak dalam beg kabin, bukan bagasi.

  • Ubat harian untuk seluruh tempoh, dengan lebihan beberapa hari Kabin sahaja. Dalam bungkusan asal.
  • Surat doktor dan senarai ubat Jika berkenaan. Bagi penyakit kronik. Nyatakan nama generik ubat.
  • Permit ubat terkawal SFDA Jika berkenaan. Ubat mengandungi bahan narkotik atau psikotropik perlu permit SFDA (cds.sfda.gov.sa) sebelum terbang.
  • Ubat demam dan tahan sakit
  • Ubat selesema, batuk atau lozeng Elak ubat batuk atau tahan sakit yang mengandungi kodeina, kerana ia mungkin memerlukan permit SFDA. Tanya ahli farmasi.
  • Ubat cirit-birit dan garam rehidrasi
  • Ubat mabuk perjalanan Jika berkenaan.
  • Plaster dan pembalut Untuk kaki melecet.
  • Krim sakit otot
  • Ubat menangguhkan haid Wanita · Jika berkenaan. Hanya jika sudah dirancang dengan doktor, lebih awal sebelum berangkat.

H. Elektronik

  • Telefon dan pengecas
  • Power bank Kabin sahaja. Maksimum 2 unit seorang, dalam beg kabin sahaja. Jangan cas atau guna dalam pesawat.
  • SIM tempatan, eSIM atau pelan perayauan SIM Saudi didaftarkan dengan pasport asal di kaunter rasmi, contohnya di lapangan terbang.
  • Adaptor universal Untuk soket yang berlainan jenis.
  • Kabel sambungan berbilang soket
  • Fon telinga
  • Jam tangan
  • Penimbang bagasi mudah alih Elak terlebih berat di kaunter.

I. Bagasi dan lain-lain

  • Bagasi dengan tag nama dan nombor telefon Had berat dan saiz ikut tiket anda.
  • Kunci beg
  • Beg sandang kecil untuk ke masjid
  • Botol air kecil yang boleh diisi semula Untuk zamzam di masjid dan hotel. Kosongkan sebelum pemeriksaan keselamatan.
  • Bidet mudah alih atau botol istinjak Tandas pesawat lazimnya tiada paip air. Kosongkan sebelum pemeriksaan keselamatan.
  • Botol semburan air kecil Untuk menyegarkan muka. Jika digunakan untuk wuduk, pastikan air mengalir pada anggota basuhan.
  • Makanan ringan tahan lama
  • Beg plastik dan beg zip Untuk pakaian basah, selipar dan ubat.
  • Bantal leher
  • Pen dan pita pelekat

Panduan penuhNiat Ihram UmrahCara memakai kain ihram, miqat dan pantang larang

Panduan penuhPanduan UmrahLangkah umrah dari miqat hingga bergunting

Panduan penuhChecklist HajiTambahan untuk jemaah haji: urusan TH, beg Mina dan Arafah

Peraturan semasa

Info Terkini 2026: Vaksin, Nusuk Dan Bagasi

Peraturan semasa · Disemak 16 Oktober 2026

Yang berubah sejak dua tahun lalu

  • Vaksin meningokokal ACYW: wajib. Jenis konjugat diambil dalam tempoh 5 tahun; jenis polisakarida dalam tempoh 3 tahun; kedua-duanya sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tiba. Sijil yang tidak menyatakan jenis vaksin dianggap sah 3 tahun sahaja (keperluan kesihatan umrah 1447H, Kementerian Kesihatan Arab Saudi).
  • Semakan sijil di kaunter: GACA mewajibkan semakan sijil meningitis semasa daftar masuk pada 7 Januari 2025, kemudian menggantungnya pada 6 Februari 2025. Syarat vaksin pula kekal. Bawa sijil anda.
  • Covid-19: wajib bagi umur lebih 65 tahun, wanita hamil, penghidap penyakit kronik jantung, paru-paru, buah pinggang, saraf atau kanser, dan imuniti rendah. Bukti: satu dos vaksin terkini musim 2025-2026, atau dos lengkap antara 2021 hingga 2024, atau bukti makmal sembuh Covid-19 pada 2025.
  • Musim umrah 1448H dibuka 31 Mei 2026. Tarikh akhir: visa dikeluarkan 9 Mac 2027, masuk 23 Mac 2027, keluar 7 April 2027 (Wego, 8 September 2026; bukan sumber rasmi, sahkan dengan agensi). Permit umrah dan slot Raudhah ditempah melalui aplikasi Nusuk.
  • Power bank: pekeliling GACA (Mei 2026) mengehadkan 2 unit seorang, dalam beg kabin sahaja, dilarang dalam bagasi di semua lapangan terbang Saudi, dan dilarang dicas dalam pesawat.
    Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings (sejak 1 April 2025) melarang power bank dicas atau digunakan sepanjang penerbangan, dan ia tidak boleh diletak di rak atas kepala. Power bank 100 hingga 160 Wh perlu kelulusan syarikat penerbangan.
  • Air zamzam: satu botol 5 liter bermeterai seorang, dibeli di kaunter rasmi lapangan terbang Jeddah atau Madinah, dan diserahkan sebagai barang berasingan semasa daftar masuk. Syarat berat ikut syarikat penerbangan (peraturan penuh).
  • Ubat terkawal: sejak 1 November 2025, ubat mengandungi bahan narkotik atau psikotropik perlu permit pelepasan SFDA melalui cds.sfda.gov.sa sebelum terbang, bersama preskripsi dan laporan perubatan.
  • Kadar riyal: 1 SAR kira-kira RM1.09 (Wise, 16 Oktober 2026). SAR 300 hingga 500 kira-kira RM330 hingga RM550.

Sumber dan tarikh setiap perkara ada dalam rujukan. Peraturan boleh berubah tanpa notis. Semak dengan agensi dan syarikat penerbangan seminggu sebelum terbang.

Lelaki & wanita

Barang Umrah Wanita Dan Lelaki: Apa Bezanya

Kebanyakan barang sama. Perbezaannya datang daripada larangan ihram, yang terpakai sebaik berniat sehingga bergunting:

PerkaraLelakiWanita
Pakaian ihramDua helai kain tidak bersarung: izar (bawah) dan rida’ (atas)Pakaian biasa yang menutup aurat, tanpa warna khusus
KepalaTerbuka. Tiada kopiah, songkok atau topiBertudung seperti biasa
MukaBoleh ditutup, contohnya dengan pelitup mukaTidak boleh ditutup: tiada purdah atau niqab
TanganTiada sarung tanganTiada sarung tangan
KakiSandal atau selipar yang menampakkan tumit dan jari kakiKasut dan stoking dibenarkan
Barang khususTali pinggang ihram, peniti untuk izar, krim geseranSarung lengan, stoking, telekung, tuala wanita

Sumber: Sahih al-Bukhari, no. 1838; Nota Kursus Asas Haji Tabung Haji 1448H, Modul 10 (13 larangan ihram). Hukum menutup muka bagi wanita, termasuk pelitup muka, ada dalam pencari keputusan dam.

Jangan bawa

Jangan Bawa Dalam Beg: Kabin Atau Bagasi

Semak jadual ini ketika memindahkan barang antara beg kabin dan bagasi daftar masuk. Peraturan sebenar ikut syarikat penerbangan dan lapangan terbang; jadual ini mengikut peraturan yang disemak pada Oktober 2026.

BarangBeg kabinBagasi daftar masuk
Power bank, bateri litium gantiBoleh Maksimum 2 power bank. Jangan cas atau guna dalam pesawat.Tidak
Air zamzamTidakTidak Beli botol 5 liter bermeterai di kaunter rasmi lapangan terbang. Ia diserahkan sebagai barang berasingan semasa daftar masuk.
Gunting, pengetip kuku, pisau, pisau cukurTidakBoleh
Cecair, gel, aerosol (syampu, losyen, minyak wangi)Bersyarat Setiap bekas 100 ml atau kurang, dalam satu beg plastik lut sinar 1 liter.Boleh
Ubat harianBoleh Dalam bungkusan asal, dengan surat doktor.Lebihan sahaja
Ubat terkawal (narkotik, psikotropik)Bersyarat Dengan permit SFDA dan preskripsi.Bersyarat Sama
  • Barang tajam. Gunting, pengetip kuku, pisau dan pisau cukur dalam bagasi daftar masuk, bukan beg kabin.
  • Cecair. Dalam beg kabin, setiap bekas cecair, gel atau aerosol 100 ml atau kurang, dalam satu beg plastik lut sinar 1 liter. Cecair yang dibeli di kedai bebas cukai pada hari terbang dibenarkan jika dimeterai bersama resit.
  • Zamzam dalam botol kecil. Kosongkan botol air anda sebelum pemeriksaan keselamatan. Hanya botol 5 liter dari kaunter rasmi diterima.

Soal jawab

Soalan Lazim

Berapa riyal perlu dibawa untuk umrah?

Cukup SAR 300 hingga 500 tunai untuk beberapa hari pertama, iaitu kira-kira RM330 hingga RM550 pada kadar Oktober 2026. Selebihnya boleh ditukar di pengurup wang di Makkah dan Madinah, atau dikeluarkan di mesin ATM dengan kad debit yang diaktifkan untuk luar negara. Semak kadar semasa sebelum menukar.

Perlukah vaksin meningitis untuk umrah 2026?

Perlu. Keperluan kesihatan umrah Kementerian Kesihatan Arab Saudi (1447H) mewajibkan vaksin meningokokal ACYW bagi semua jemaah luar negara, sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tiba. Semakan sijil di kaunter daftar masuk digantung sejak Februari 2025, tetapi syarat vaksin kekal. Simpan sijil yang menyatakan nama vaksin dan tarikh suntikan.

Boleh bawa power bank ke Arab Saudi?

Boleh. Maksimum 2 unit seorang, dalam beg kabin sahaja. Jangan cas atau guna dalam pesawat. Power bank dilarang dalam bagasi daftar masuk di semua lapangan terbang Saudi (pekeliling GACA, Mei 2026).

Boleh masukkan air zamzam dalam beg?

Tidak. Jangan masukkan dalam beg kabin atau bagasi. Beli satu botol 5 liter bermeterai di kaunter rasmi lapangan terbang Jeddah atau Madinah, dan serahkan sebagai barang berasingan semasa daftar masuk. Butiran ada dalam panduan air zamzam.

Apa barang wajib umrah untuk wanita?

Sama seperti lelaki untuk dokumen dan ubat. Untuk ihram: pakaian longgar yang menutup aurat, tudung, stoking dan sarung lengan. Jangan bawa sarung tangan dan purdah untuk dipakai semasa ihram, kerana menutup muka dan memakai sarung tangan dilarang bagi wanita berihram (Sahih al-Bukhari, no. 1838). Bawa juga tuala wanita secukupnya.

Boleh guna sabun wangi semasa ihram?

Pilih sabun dan syampu tanpa pewangi. Jika tergunakan sabun wangi kerana lupa, bilas sebaik teringat dan tiada dam.

Bagi sabun wangi yang sengaja digunakan untuk membersih badan, ulama berbeza pendapat: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memetik Wahbah al-Zuhaili bahawa ulama Syafi’e tidak melarangnya, tetapi lebih baik dielakkan (Irsyad Haji dan Korban Siri 25).

Soal Jawab Haji TH-JAKIM (no. 22.12) pula mengharuskan ubat gigi, minyak ubat dan sabun mandi walaupun berbau, kerana tujuannya bukan berwangi-wangian. Tisu basah berwangi, losyen berwangi dan pelembut kain berwangi pula dikira wangian.

Sumber

Rujukan

  1. Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Health Requirements and Recommendations for Travelers to Saudi Arabia for Umrah 1447H (2026): vaksin meningokokal, Covid-19, ubat dalam bungkusan asal. moh.gov.sa
  2. CNA Indonesia, semakan sijil meningitis GACA diwajibkan 7 Januari 2025 dan digantung 6 Februari 2025. cna.id
  3. Wego, Umrah visa 2026 (dikemas kini 8 September 2026): tarikh musim umrah 1448H, Nusuk, tempoh sah pasport, insurans. blog.wego.com
  4. Gulf News (23 Mei 2026) dan Gulf Business (25 Mei 2026): pekeliling GACA tentang power bank. gulfnews.com · gulfbusiness.com
  5. Malaysia Airlines Group, Updated Guidelines for Carrying Power Banks on Board (berkuat kuasa 1 April 2025). malaysiaairlines.com
  6. Wego, New power bank rules on flights in 2026 (25 Mei 2026): had 100 Wh dan 160 Wh ICAO. blog.wego.com
  7. Malaysia Airlines, bagasi kabin: cecair, gel dan aerosol 100 ml dalam beg 1 liter. malaysiaairlines.com
  8. Wego, Air zamzam dalam penerbangan (2026): botol 5 liter dari kaunter rasmi. blog.wego.com
  9. KAUST, makluman SFDA tentang ubat terkawal, berkuat kuasa 1 November 2025 (sistem cds.sfda.gov.sa). kaust.edu.sa
  10. Simology, pendaftaran SIM dan eSIM Arab Saudi 2026 (18 Julai 2026). simology.io
  11. Wise, kadar SAR kepada MYR (disemak 16 Oktober 2026). wise.com
  12. Sahih al-Bukhari, no. 1838: larangan niqab dan sarung tangan bagi wanita berihram. sunnah.com
  13. Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 7/374: makruh menyikat rambut ketika ihram (dinukil islamqa.info, 112507). islamqa.info
  14. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Irsyad al-Fatwa Haji dan Korban Siri 25: tisu basah, pelembut kain dan sabun ketika ihram. muftiwp.gov.my
  15. Lembaga Tabung Haji, Nota Kursus Asas Haji 1448H, Modul 10: larangan ihram. e-Bimbingan Haji TH (log masuk sebagai pelawat)
KongsiWhatsAppTelegramFacebook

Ditulis oleh

Muhamad Naim Abd Manaf

Pengasas AkuIslam. Menulis panduan ibadah sejak 2010, dengan bahasa yang mudah dan rujukan yang disemak.

اِقْرَأْ أَيْضًا

Bacaan Berkaitan

Dipilih berdasarkan isi artikel ini

تَزْكِيَةُ النَّفْسِ

Siri Tazkiyah

Peringatan ringkas untuk hati, terus ke e-mel anda. Percuma, dan boleh berhenti bila-bila masa.

Tiada spam. Maklumat anda tidak dikongsi.

Kongsi pandangan atau soalan anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.