Kadangkala, ada perkara yang tak dijangka berlaku mengubah kehidupan kita sekelip mata.
Mungkin apa yang membahagiakan anda hari ini akan hilang pada esok hari. Setiap benda akan sentiasa berubah, sama ada kita suka atau tidak.
Panduan Solat, Ibadat Dan Motivasi Kehidupan
Untuk dijadikan buah fikiran untuk pembaca semua
Kadangkala, ada perkara yang tak dijangka berlaku mengubah kehidupan kita sekelip mata.
Mungkin apa yang membahagiakan anda hari ini akan hilang pada esok hari. Setiap benda akan sentiasa berubah, sama ada kita suka atau tidak.
Penceraian adalah seperti kehancuran hidup bagi sesetengah orang.
Tiada yang dapat menggambarkan kesedihan dan kepedihan yang dihadapi oleh mereka yang menghadapi situasi ini.
Namun masyarakat selalu memandang ringan betapa huru-haranya sesuatu penceraian.
Pada luarannya, ia hanya mungkin nampak seperti dua pihak sudah tidak sehaluan lagi.. tetapi sebenarnya disebalik itu, kita semua tidak tahu pelbagai kesukaran dan tekanan yang dihadapi oleh pasangan yang sedang menghadapi perkara ini.
Serulah manusia ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik…”
(An-Nahl: 125)
Kita hidup pada zaman yang serba canggih, segalanya berada di hujung jari dan gadjet seolah-olah telah menjadi bayang-bayang manusia pada hari ini.
Perkembangan teknologi ini sering dimanfaatkan oleh para mendakwah untuk menyampaikan pesanan-pesanan Tuhan secara lebih mudah dengan sasaran dakwah yang lebih tinggi.
Saya agak aktif di media sosial, sayang menghabiskan hampir sejam sehingga tiga jam sehari untuk meniliti perkembangan yang sedang berlaku di sana, termasuk tulisan-tulisan sahabat maya yang ada.
Secara umumnya saya melihat budaya ‘menegur kesalahan’ dalam kalangan penghuni maya semakin subur, namun malangnya terlalu ramai daripada golongan ini yang terlupa asas-asas menegur yang telah digariskan oleh agama.
Kegopohan dalam menghukum seseorang dengan bahasa yang kurang sopan dan penuh emosi telah memerangkap kebanyakkan orang tanpa mengira latar pengetahuan agama mereka.
Kenapa hati anda masih sakit dan sentiasa kesedihan?
Antara sebabnya adalah kita masih memendam kisah-kisah silam.
Kita akan selalu merasa tertekan, selalu bersedih dan malah menjejaskan kesihatan.
Sebagai manusia biasa, memang mustahil untuk melupakan perkara yang menghancurkan hati dengan sekelip mata.
Kita akan rasa setiap perkara mempunyai kaitan dengan peristiwa tersebut akan membuatkan hati kita terseksa.
Kita tidak suka perubahan yang berlaku.
Kita rasa sukar untuk menerima takdir. Kita mahukan kehidupan yang kita ‘rasa’ kita patut dapat.
Akhirnya, kita terperangkap dengan fantasi sendiri.. walaupun sebenarnya ia sangat melukakan.
Apa yang menjadikan sesuatu tudung sekolah itu selesa untuk anak-anak?
Ibu bapa yang serius pasti akan mengambil berat tentang perkara ini. Keselesaan akan mempengaruhi banyak faktor.
Tudung sekolah yang selesa bukan sahaja membantu mendidik anak bertudung, malah menggalakkan mereka untuk rajin ke sekolah.
Bukan semua tudung sekolah yang terdapat dipasaran negara kita ini mampu memberi keselesaan sepenuhnya kepada anak-anak.
Malah sukar dicuci dan mudah rosak.
Oleh itu artikel kali ini saya akan membantu anda menentukan ciri-ciri tudung sekolah yang selesa dipakai oleh murid perempuan sekolah rendah khususnya.
Pernahkan anda rasa selalu dipergunakan oleh orang lain?
Segala kebaikan yang anda lakukan hanya digunakan orang lain demi kepentingan diri semata-mata. Malah diberi pula ‘racun’ kepada anda.
Awas, anda mungkin sedang dipergunakan sahabat toksik!
Bagaimana anda boleh tahu anda sedang berada disekitar sahabat toksik? Dan paling penting, apa yang anda harus buat mengenainya?
Kadangkala hati kita terdetik:
Kenapa Allah zalim dengan aku?”
Kenapa Allah tidak memberi aku kehidupan yang aman, seperti orang lain?
Mengapa ujian Allah berikan ini terlalu berat, sedangkan aku tidak pernah buat perkara jahat?
Jika perpisahan membuatkan kita hilang arah, jadi apa tandanya Allah sayangkan kita? Bukankah ini Allah zalim? Bukankah ini lebih melemahkan?
Ustaz selalu kata Allah janjikan kebahagiaan untuk hambanya yang berdoa. Selama ni aku tak pernah berhenti berdoa, tetapi mengapa Allah tetap menghukum aku dengan musibah yang benar-benar membuatkan aku terduduk?
Kehidupan kadangkala akan menolak kita jatuh ke bawah tanpa belas kasihan..
Tiada siapa yang mampu melindungi kita daripada realiti ini. Tiada siapa dapat mengelak.
Bagaimana mendidik anak bertudung seawal usia?
Mendidik anak bertudung pada usia kecil bukanlah satu usaha yang mudah.
Ia memerlukan banyak usaha dan kesabaran tinggi dalam melatih anak supaya bertudung. Kematangan dan kebijaksaan ibu bapa memainkan peranan yang amat penting disini.
Mendidik secara kekerasan bukanlah jalan terbaik.
Ya, ketegasan adalah penting. Tetapi tegas tidak bermaksud perlu keras.
Jadi bagaimana mendidik si kecil kita bertudung secara mesra dan berhemah?