Kadangkala, ada perkara yang tak dijangka berlaku mengubah kehidupan kita sekelip mata.
Mungkin apa yang membahagiakan anda hari ini akan hilang pada esok hari. Setiap benda akan sentiasa berubah, sama ada kita suka atau tidak.
People and circumstances come and go.
Life doesn’t stop for anybody.
Saya tahu, bercakap memang senang berbanding kita yang sedang merasainya..
Sudah menjadi lumrah seorang insan, ada ketikanya kita berasa sangat lemah dan tertekan dengan kejadian-kejadian yang berlaku dalam hidup.
Namun selagi kita bernyawa, kita sentiasa ada peluang untuk muhasabah dan memikirkan kembali setiap tindakan kita, dan teruskan membuat perkara tepat selagi berpeluang.
Disini saya cuba berkongsi beberapa pesanan hati yang boleh kita sematkan dalam dada tatkala dirundung patah semangat:
1. Terima kenyataan dengan sepenuh hati
Kita tidak akan pernah tenang dengan mengelakkan kehidupan.
Hidup sentiasa berputar diluar jangkaan kita setiap saat.
Kita harus sedar bahawa tidak perlu ada penyesalan dalam pilihan, walau pilihan itu nanti menyebabkan kita terluka.
Yang ada cuma hikmah & pengajaran di atas pilihan yang telah dibuat, yang perlu kita cari apabila kecewa.
Oleh itu, daripada kita cuba mengelakkan ia, lebih baik kita mengambil setiap peluang yang ditawarkan dan alami cabaran untuk semakin matang.
Hanya dua perkara yang anda akan dapat; samada ia memberikan sesuatu yang anda idamkan, atau ia akan mengajarkan anda apa yang lebih baik pada langkah yang seterusnya.
Just believe that Allah always gives something good to us.
Even if it’s not good now, it will be good soon enough.
2. Bukan beban masalah yang melemahkan kita..
.. tetapi ia berkenaan bagaimana kita menghadapinya.
Kita boleh menggunakan kesakitan, kekecewaan, dan ketidakselesaan sebagai jalan memotivasikan berbanding menganggap ia sebagai perkara yang menyakitkan hati.
Kita sebenarnya mengawal bagaimana kita melihat kehidupan. Perkara indah biasanya berlaku apabila kita menjarakkan diri daripada pemikiran negatif.
Sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”
(surah Al-Baqarah: 286)
It’s about letting go of the pictures in your head about how things were “supposed to be.”
Memang, ia tidak akan mudah.
Pasti ada kesusahan yang berterusan yang perlu ditempuhi.
Tetapi hidup terlalu singkat untuk berperang dengan diri sendiri. Kekecewaan terbesar yang berlaku dalam kehidupan kita selalunya terhasil daripada jangkaan yang salah.
Melepaskan pemikiran yang negatif adalah langkah pertama untuk kuat.
Bila kita telah bersedia dengan pemikiran yang terbuka dan positif, pasti kita boleh menghadapi apa sahaja yang mendatang.
3. Kita selalu ada pilihan.
Memilih untuk negatif dan kita akan menemui banyak jalan untuk terhenti dan lemas dalam masalah.
Namun bila, memilih untuk menjadi positif dan kita pastinya akan menjumpai banyak sebab untuk tetap melangkah ke hadapan sambil tersenyum.
Sungguh, senjata yang paling berkuasa untuk menentang stress dan lemah semangat adalah keupayaan kita untuk memilih cara berfikir yang tepat.
Sentiasalah melatih minda kita untuk melihat kebaikan dalam setiap perkara.
Pemikiran positif bukanlah mengharapkan yang terbaik berlaku setiap masa – ia mengenai menerima apa yang berlaku dalam setiap masa, dan membuat sesuatu yang terbaik mengenainya.
Melangkahlah dengan hati yang redha dan pasrah.
Di hadapan ada cinta dan peluang lain yang perlu kita cari, hargai, dan perbaiki.
Terlalu banyak perkara di masa silam yang tak dapat dihapuskan waktu.
Biarkan. kerana kita sentiasa boleh berdoa dan berusaha untuk masa depan yang baik, selagi masa dan Tuhan mengizinkan.
4. Jangan menyeksa diri sendiri dengan berpaut pada luka lama
Antara saat yang paling penting dan paling bermakna dalam kehidupan adalah saat dimana akhirnya kita mendapat keberanian untuk melepaskan apa yang kita tidak dapat ubah.
Bila berhenti untuk risau dan mengambil kisah tentang perkara yang kita tidak dapat ubah, kita akan mempunyai lebih masa untuk mengawal perkara-perkara dalam genggaman kita.
Dan itu lebih baik daripada mengejar bayang-bayang.
Masa silam memang memberikan kita kekuatan dan pengalaman untuk lebih bijak pada hari ini, maka bersyukurlah.
Namun jangan sesekali membiarkan ia menghantui hidup kita.
Sentiasa mengenang luka lama secara berulang-ulang kali adalah salah satu bentuk penyeksaan terhadap diri sendiri.
Berdamailah dengan diri dan masa silam anda. Berhentilah memikirkan tentang masalah yang telah lalu. Lepaskan ia pergi.
Kerana semakin banyak kita tenggelam dalam memikirkan masa lalu, semakin banyak ‘ketakutan’ yang akan diserap ke dalam pengalaman kehidupan seharian – kita akan menjadi musuh yang terbesar kepada diri sendiri.
5. Hindari mereka yang selalu menjatuhkan semangat
Bukan sesuatu yang baik untuk menghabiskan banyak masa dengan orang yang selalu mematahkan semangat anda secara berterusan (walaupun dia dari kalangan keluarga sendiri).
Kerana anda adalah insan yang percaya bahawa Tuhan sentiasa mempersiapkan jalan yang terbaik untuk kehidupan anda, diluar jangkauan pemikiran manusia.
Some flowers grow best in the sun while others grow best in the shade. Allah knows us best, so He puts us where we grow best..
Adakalanya jalan ini nampak sukar dan penuh onak ranjau, dan ia akan semakin sukar jika anda membiarkan diri anda digoncang oleh mereka yang sentiasa cuba untuk menarik anda jatuh.
6. Fokus untuk memperbaiki dalam langkah kecil
Tiada guna untuk tetap terus tinggal dalam kerisauan.
Ia hanya membazirkan tenaga kita memikirkan sesuatu yang tidak pasti lagi terjadi.
Daripada membayangkan perkara-perkara yang buruk, lebih baik memfokuskan pemikiran kita kepada perkara yang terbaik yang kita boleh lakukan buat masa sekarang.
Tumpukan untuk membuat perubahan kecil.
Jangan cuba berenang merentas lautan sekaligus. Jangan cuba meneroka seluruh dunia dengan sekali jalan.
Bersabar, ambil masa yang secukupnya.
Kita tidak boleh sembuh secara tiba-tiba dan dapat lupakan masalah dalam satu malam.
Bila kita terus mencari penyelesaian segera, secara tidak langsung kita membuatkan diri kita menderita dan semakin kecewa.
Namun sebaliknya, apabila kita memilih untuk menyelesaikan masalah satu-persatu dan sedikit demi sedikit, ia selalunya akan menjadi pelaburan yang positif dalam kehidupan.
Walaupun langkah kecil, namun dengan usaha asas yang positif, ia akan memberikan perbezaan yang besar.
Ganjarannya kita akan nampak datang secara semulajadi. Langkah-langkah kecil inilah yang selalu memberi makna dalam kehidupan.
Di lain masa, apabila kita kembali menghadapi masalah, kita akan nampak perkara-perkara kecil untuk diperbaiki terlebih dahulu.
Dan inilah yang akan membantu kita dalam jangka masa panjang.
Lakukan perubahan kecil tetapi istiqamah setiap masa. Itu adalah lebih baik.
Manusia adalah lemah, jadi jangan melampaui batas keupayaan kita.
7. Kehidupan yang baik selalu datang kepada mereka yang berusaha..
Jadi kuatkan semangat.
Lebih baik kepenatan membuat perkara yang baik dan kerja yang bermakna, berbanding bosan tidak membuat apa-apa.
Letakkan sedikit usaha dan hiduplah dengan kehidupan yang pernah kita idamkan.
Good things don’t come to those who wait – ia datang kepada mereka yang berusaha untuk mencapainya.
Ia selalunya tidak mudah, ia lebih sukar dari berkata-kata.
Tetapi pandanglah ia dengan penuh kebaikan, kurangkan bercakap dan mulakan usaha.
If you want to achieve something big, talk to something that bigger than you; Allah.
8. Sentiasa simpan dalam hati: “Tiada perkara yang sia-sia dalam kehidupan”
Setiap usaha yang kita lakukan, bukanlah sesuatu perkara yang sia-sia dan membazir, walaupun ia kelihatan seperti menuju ke arah keputusan yang mengecewakan.
InsyaaAllah, dalam setiap apa yang kita lakukan, ia akan selalu membuatkan kita lebih kuat, lebih belajar dan mengecapi lebih pengalaman.
Jadi, apabila perjalanan ini menjadi lebih sukar, maka bersabarlah dan teruskan bergerak ke hadapan.
Ini kerana bila anda sedang bergelut dengan masalah, tidak bermakna anda sedang jatuh.
Kerana setiap kejayaan memang memerlukan kita berhempas untuk mencapainya.
Dan anugerah terbesar dalam hidup adalah; semakin kita bersyukur, semakin kita akan nampak hikmah terhadap setiap perkara yang terjadi.
Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.
Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita kepada apa yang telah hilang daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira kepada apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak suka orang yang sombong dan membangga diri.”
– Surah Al-Hadid, ayat 23
9. Atasi rasa bersalah dan berdosa dengan memohon ampun kepada Allah
Rasa bersalah dan berdosa adalah harga yang perlu dibayar apabila kita melakukan kesilapan.
Kesanya secara emosi membuatkan kita merasa tidak selesa, sedih, kesepian dan rasa benci terhadap diri sendiri. Ia adalah beban paling berat yang dapat ditanggung manusia.
Sekiranya rasa bersalah dari dosa-dosa sebelum ini yang membunuh anda dari dalam, dan anda rasa dibebani oleh perasaan dihukum, maka ketahuilah bahawa Allah itu Maha Pengampun.
Oleh itu kita seharusnya secara berterusan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah diatas segala kesilapan yang pernah dilakukan.
Mohon ampunlah dengan taubat nasuha – iaitu taubat dengan sebenar-benar taubat.
Semoga Allah SWT mensucikan hati kita dan membuang rasa-rasa yang membebani hati kita selama ini.
Jangan memandang rendah kuasa doa
Seperti Whatsapp, jika kita boleh melihat bluetick setiap kali Allah mendengar doa kita, tentu hebat bukan?
Tetapi kita tidak perlukan perkara seperti itu, kerana janji Allah adalah lebih hebat:
Percayalah, Allah SWT Tidak Pernah Lalai..
Setiap apa yang berlaku dalam hidup pasti ada ibrah atau pelajaran berharga.
Pertama, kadang, proses patah hati lah yang akan membuatkan kita sedar, dan membantu kita melihat bagaimana hubungan kita dengan Tuhan selama ini. Oleh itu, berusaha untuk bersikap wajar dan seimbang.
Kedua, Allah mahu melatih mental kita untuk bersedia menghadapi realiti pada masa hadapan
Sentiasalah untuk bersikap matang, tenang dan rasional.
Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun seakan-akan kamu kehilangan semangat untuk hidup, dan tidak kekuatan untuk meneruskan langkah.
Setiap orang melalui pengalaman dan masa silam yang berbeza. Kasih sayang Tuhan itu ditunjukkan dalam pelbagai cara.
Antaranya adalah dengan ujian.
Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hambaNya.
Dan ujian sebenarnya bertujuan mendidik. Bertujuan melatih jiwa supaya kuat..
Ada yang menyenangkan sehingga membuatkan kita tersenyum apabila mengenangnya.
Ada pula yang menyakitkan ataupun memalukan sehingga membuatkan kita berasa resah, rendah diri, sedih, bahkan marah dan geram apabila tiba-tiba terkenang kembali.
Jadikan waktu sebagai kenangan dan pengajaran untuk diri.
Tidak perlu lagi bersedih apabila mengingatinya. Semuanya telah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu.
Dan jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan.
Even if our heart’s direction will surely change tomorrow, find the way and we will be able to see the good and the beautiful side of everything.
Be strong. Be brave.
Don’t look back to a things that hurt you. Keep on moving forward even if your heart bleeds.
As long as you remember Him, you’ll be okay.
Ucapan terima kasih istimewa dan kredit khas kepada salah seorang admin kami, Sederhana Indah, kerana banyak petikan dalam artikel ini adalah dari nota bulanan beliau di FB page akuislam.
Semoga bermanfaat kepada anda yang sedang mencari kekuatan dan motivasi diri!
Tinggalkan Komen Anda..
Thank you writer.
What a beautiful quotes & very thoughtful words. Thank you writer ❤️
Terima kasih kpd si penulis…moge sntiasa berada dalam lindungan & rahmat-Nya … Aamiin Aamiin Ya Mujib
Sama-sama. Terima kasih kerana mendoakan.
TERIMA KASIH :( SEMOGA AKU DPT KUAT SEPERTI BIASA. ALLAHU BTUL2 TENGAH DOWN :(
Thankyouuu ! ???? Semoga Allah memberkatimu !
the best quotes :3
Thank you so much for this beautiful quotes?
You’re welcome. Stay strong ya
?♥️
?
Terima kasih atas semangat yg di berikan
Untuk penulis (❤️)
Terima kasih