9 Nota Hati Untuk Membina Kekuatan & Motivasi Dalam Kehidupan Di Saat Kita Jatuh

membina kekuatan dalam kehidupan
Jalan kehidupan kadangkala tidak seiringan dengan apa yang kita idamkan. Kadangkala, untuk jiwa kita menjadi kuat, ia perlu diuji. kadang ujian itu akan buatkan hati kita hancur. Tapi dari hati yang hancur tu kita akan menjadi lebih baik..

Kadangkala, ada perkara yang tak dijangka berlaku mengubah kehidupan kita sekelip mata.

Mungkin apa yang membahagiakan anda hari ini akan hilang pada esok hari. Setiap benda akan sentiasa berubah, sama ada kita suka atau tidak.

Baca Sepenuhnya

7 Sebab Untuk Anda Berhenti Berharap & Melepaskan Kisah Silam

Bagaimana untuk melepaskan kisah silam yang menghantui kehidupan?

melepaskan kisah silam

Kenapa hati anda masih sakit dan sentiasa kesedihan?

Antara sebabnya adalah kita masih memendam kisah-kisah silam.

Kita akan selalu merasa tertekan, selalu bersedih dan malah menjejaskan kesihatan.

Sebagai manusia biasa, memang mustahil untuk melupakan perkara yang menghancurkan hati dengan sekelip mata.

Kita akan rasa setiap perkara mempunyai kaitan dengan peristiwa tersebut akan membuatkan hati kita terseksa.

Kita tidak suka perubahan yang berlaku.

Kita rasa sukar untuk menerima takdir. Kita mahukan kehidupan yang kita ‘rasa’ kita patut dapat.

Akhirnya, kita terperangkap dengan fantasi sendiri.. walaupun sebenarnya ia sangat melukakan.

Baca Sepenuhnya

“Kenapa Allah Zalim Terhadap Kita?” 50 Nota Jawapan Untuk Orang Patah Hati Dan Kecewa

mengapa Allah zalim terhadap hambanya?Kadangkala hati kita terdetik:

Kenapa Allah zalim dengan aku?”

Kenapa Allah tidak memberi aku kehidupan yang aman, seperti orang lain?

Mengapa ujian Allah berikan ini terlalu berat, sedangkan aku tidak pernah buat perkara jahat?

Jika perpisahan membuatkan kita hilang arah, jadi apa tandanya Allah sayangkan kita? Bukankah ini Allah zalim? Bukankah ini lebih melemahkan?

Ustaz selalu kata Allah janjikan kebahagiaan untuk hambanya yang berdoa. Selama ni aku tak pernah berhenti berdoa, tetapi mengapa Allah tetap menghukum aku dengan musibah yang benar-benar membuatkan aku terduduk?

Kehidupan kadangkala akan menolak kita jatuh ke bawah tanpa belas kasihan..

Tiada siapa yang mampu melindungi kita daripada realiti ini. Tiada siapa dapat mengelak.

Baca Sepenuhnya

17 Nota Penting Untuk Melepaskan Masa Silam Dan Move On

Bagaimana untuk melepaskan masa silam dan move on?

melepaskan masa lalu yang menyakitkan
Lepaskan masa silam yang menyakitkan…

Terima apa yang ada, lepaskan apa yang telah pergi, dan yakinlah dengan perjalanan hidup yang Allah telah aturkan..

Pasti ada perkara dalam hidup kita yang akan menemui titik noktah yang tidak dapat dielakkan lagi.

Perpisahan, kehilangan dan kekecewaan selalunya akan membuatkan kita terduduk. Membuatkan kita terasa sukar kembali memberi kepercayaan.

Cukuplah sekali hati kita pernah hancur.

Baca Sepenuhnya

Proses Bangkit Dari Patah Hati Itu InsyaAllah Akan Menjadi Perjalanan Paling Indah Dalam Hidup!

insyaAllah Allah sembuhkan patah hati
“rapat. kemudian menjauh, berjarak dan terpisah.”
always happen. but things happen for a reason, right? mungkin, kita terpisah, kerana insyaAllah Dia tak mahu kita terluka lebih dalam.
sederhanaindah

 

Bismillahirrahmanirrahim

Kerana hakak baru sahaja lepas patah hati 6 bulan yang lalu. Diam tak diam dah 6 bulan perkara itu berlalu.

Alhamdulillah hakak baik-baik saja sampai ke hari ini, malah hidup lebih tenang. Bukan kata hidup tak tenang ketika “itu”.

Hubungan yang dimaksudkan bukan bercouple, sungguh akak pun tak suka couple. Mungkin sebuah hubungan sahabat yang bertukar kepada cinta.

Dia melamar akak untuk dijadikan isteri, lalu akak setuju tapi dalam tempoh 5 tahun lagi. Tak sampai setahun pun lagi, hubungan dah tamat.

Alhamdulillah. Masha Allah hebat kan.

Banyak hikmah yang hakak dapat selepas peristiwa “itu”

Bila dikaji, dikaji dan dikaji…

Ya, ada 1000 sebab dan alasan Allah beri akak pengalaman itu, mungkin ramai yang akan tidak percaya akak melalui percintaan, “percintaan kunun -,-“. Tidaklah bercinta, mungkin sekadar persinggahan.

Akak tak salahkan dia, akak tak salahkan sesiapa, malah akak berterima kasih kerana diperkenalkan dengan dia. Kenapa?

Bukan nak tuju dekat Allah semata.

Baca Sepenuhnya