Bagaimana Mahu Bersangka Baik Dengan Allah?

bersangka baik
Tidak semua orang mampu bersangka baik denganNya

Bagaimana mahu bersangka baik dengan Allah?

Bila ujian bertimpa-timpa, apakah hati masih mampu bersangka baik denganNya.

Apa kah bibir masih mampu mengukir senyuman,

Apakah air mata masih bisa tertahan,

Allah, Allah terlalu banyak persoalan dan jawapan hanya itu hanya ada pada hati kamu,

Terpanggil untuk bercerita, bercerita tentang bersangka baik. Sangka pada Allah. Sungguh saya bukan lah manusia tanpa, malah saya lah pendosa tanpa noktah.

Namun Allah membentuk saya dengan tarbiah kasih sayangnya.

Jujur, bila mana satu-satu ujian hadir, bohong jika dikata hati tidak bertanya mengapa? Kenapa?

Baca Sepenuhnya

Istikharah Yang Menyebabkan Hati Semakin Keliru

istikharah
Istikharah yang mengelirukan | Listen To God by SavedArt

Istikharah.

Popular di alam para Muslim dan Muslimah kala bercinta.

Perkara yang menggeletek jiwa saya pula adalah istikharah ini hanya sibuk diperkatakan untuk perkahwinan sahaja.

Sedangkan istikharah ini sebenarnya bukan satu perkara khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata.

Bukan ‘alat pencari jodoh’.

Bukan juga alat ‘penentu’ siapa yang menjadi pasangan kita.

Baca Sepenuhnya

Ujian itu Kekuatan

Kekuatan
Kekuatan | When dogs ravage human dignit by issam-zerr

Ujian. Penat penat penat dah.

Ini manusia, sering saja mengeluh saat uijian menerpa.

Begitu juga dengan saya.

Sakitkan , kadang –kadang tertanya macam mana nak bangkit semula ni.

Baca Sepenuhnya

Usah Bersedih Jika Anda Belum Berpunya

 berpunya
Sudah berpunya ke belum?

 

Ketika ramai rakan di sekeliling anda mempunyai teman di sisi, anda masih sendiri meniti hari yang mendatang.

Tipulah jika tiada rasa cemburu kan?

Kerana fitrah manusia ialah ingin mencintai dan dicintai.

Jika anda masih bersendirian, jangan bersedih.

 

Kadang-kadang terlintas di fikiran kita:

“Bahagianya dicintai dan mencintai. Bilalah aku nak rasa macam tu”

“Kenapalah orang lain dah berteman? Aku seorang je yang single”

“Aku ni tak cantik/kacak ke sampai tak ada orang pun nak jatuh cinta dengan aku”

“Tuhan tak sayang aku agaknya. Sebab tu dia tak bagi aku pakwe / makwe macam kawan-kawan aku tu”

Bila kita bersendirian dan masih belum berpunya, bukan bermakna Allah tak sayang kita.

Sebab Allah sayang kitalah, dia beri kita masa untuk bersendirian.

Allah itu menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian.

Baca Sepenuhnya