Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.
Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.
Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.
Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?
Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.
Allah Timpakan Ujian Supaya Kita Bersabar..
Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.
Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya.
Mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.
Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.
Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.
Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?
berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita.
Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.
Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.
Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!
Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.
Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.
Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.
Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.
Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
Selepas membaca artikel di atas saya sedar saya prlu kuat menghadapi ujian kehidupan.kerana ujian menunjukkan allah sayang kita.terima kasih atas nasihat anda.
Jika sudah ketentuanNya..turunkn lah tentera yg paling kuat dmuka bumi dn angkasa dn letakknlh planet planet dialam semesta untuk menghalanginya.. tetap jugak tdk mampu untuk menghalang kehendakNya..sesungguhnya kita kepunyaan Allah dn kpdnya lah kita akn kembali..
Assalamualaikum. Saya baru saja kematian anak sulung saya. baru2 ni. Yang selama 2 tahun menanti zuriat. Akan tetapi Allah telah menjemputnya dahulu. Sampai skrg saya masih menangis dan tercari2 anak saya. Saya cuba belajar untuk menerima musibah ni. Mulut kata redha, hati xlepas. Terima kasih utk article sebegini, terbuka hati saya untuk betul2 ikhlas kan apa yg saya katakan iaitu ‘aku redha dgn ketentuanMu Ya Allah’.
Jika sudah ketentuanNya..turunkn lah tentera yg paling kuat dmuka bumi dn angkasa dn letakknlh planet planet dialam semesta untuk menghalanginya.. tetap jugak tdk mampu untuk menghalang kehendakNya..sesungguhnya kita kepunyaan Allah dn kpdnya lah kita akn kembali..
Kata2 nasihat yang benar datangnya dari hati nurani yg ikhlas. Berbahagialah org yg di pilih Allah tenang, lembut, sabar, redho, tidak pernah mengeluh sedikit pun, sntiasa Bersangka Baik kpd Allah Azza Wa Jalla dlm apa jua ujian.
Semoga Allah mengurniakan kita Sabron Jameela.. iaitu sabar yg Indah.
Allah mengurniakan dua Jln kefasikan atau ketaqwaan. Berbahagia lah jiwa yg bersih dan Merugilah org yg mengotorinya. Kita semua dlm prjlnn belajar dr Pendidik Teragung. Doa kan Setiap Dr kita diberi kekuatan sesempurna insan yg kamil.Ameen. Ameen.
Saya suka sekali dengan perkataan “merayu Tuhan” tapi saya bukanlah perayu ulung. Sudah 3 tahun lebih kerja saya merayu Tuhan tapi tak satu pun Tuhan menjawab atau membalas rayuan saya hhhhhhh.. ;((( adakah kawan seiman yang bisa ajari saya bagaimana cara merayu Tuhan??
Berdoalah ‘Laa ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazolimin.
Beberapa minggu dan bulan yang lepas saya ditimpa musibah kerugian perniagaan yang sangat teruk. Saya kemurungan selama 3 bulan. Saya merayu dan mencari keredhaan Allah. Saya telah mengamalkan Solat Sunat Qabliyah & Ba’Diyah, sentiasa cuba ingat kepadanya, memohon dan merayu kepadanya. Mengamal tahajud, membaca tafsir al-quran supaya kita lebih dekat kepadanya. Alhamdulillah, Allah bantu sedikit demi sedikit. Hikmahnya, Allah tunjuk pada saya supaya saya sentiasa ingat kepadanya dan inilah doa kita sebenarnya selepas setiap solat fardu! Ujian yang kita sangka musibah ini adalah sebenarnya rahmat. Allah sebaik perancang. Sentiasa tawakal kepadanya. Allah maha besar. Kita alpa kepadanya bila kita dilimpahi… Baca keseluruhan komen.. »
Terima kasih dan salam kenal
Saya dh 14 thun pn still xdpt..huhuhu..bertabahlah..
Terima kasih dan salam kenal
Allahuakhabar…. Alhamdulillah.. Syukur selepas membaca artikel ini ,saya mendapat semangat motivasi yg diberikn dan Innsyaa Allah… Aku akan berusaha bersungguh2. Doakn saya Ya!🙂👍
saya di beri ujian yg begitu hebat..sy xkuat untuk menghadpi ujian ini msa dpan sy hncur..allahu npe sy dier pilih….sy alpa dgn dunia sy sendiri sy hanjut sy melakukan benda yg slah..tpi npe sy dier pilih…sy xkuat nk tangung semua nie..cmne dgn kehidupan sy lps nie..
InsyaaAllah, yakin lah dengan Allah. Awak pasti boleh
perit yg x tertangung…sy xkuat nk hdapi semua nie tpi sy terpksa n redho ats pe yg dier bri kepada sy..sy harap dier jga bg jalan penyelesan yg terbaik untuk sy…
sabar … dan sabarlah … semoga Allah kurniakan kekuatan utk anda. insha’Allah.
aminn..
La tahzan (jangan bersedih)
Bagi hati orang-orang beriman, ujian itu dilihat sebagai satu fitrah dalam kehidupan setiap manusia. Dengan ujianlah manusia akan lebih dewasa, lebih tabah, lebih sabar dan lebih mengenal kekuasaan Allah SWT kerana setiap kesakitan membawa hati manusia rapat dengan Allah Maha Pencipta.
Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih. Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebab untuk muram. Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu.
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa.
Kerana ingatlah, Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.
insyallah..walaupun hati ne pahit nk telan
Saya tak tahu nak komen macamana..cuma apa yang saya rasa pelik ialah kenapa tuhan uji saya dengan begitu sadis bilamana kontraktor rumah laknatullah melarikan duit kami dalam jumpah yg cukup banyak..sedangkan tuhan bebaskan kintraktor laknatullah tersebut bebas tanpa diuji
Tuhan takkan saja-saja letak kita di suatu tempat dan hadapkan kita dengan satu-satu suasana tanpa sebab yang baik.
Mesti ada hikmah kenapa Tuhan atur jalan hidup kita begini begitu so let us do the best we can.
Mungkin dia bebas buat masa sekarang, masa depan belum pasti dia akan selamat dengan harta yang haram tersebut.
Selagi kita seorang orang beriman, pasti Allah akan datang kebaikan kepada kita. Cuma cepat atau lambat sahaja.
Apa pun yang jadi, Allah selalu memerhati dan menjaga. dekatkan diri pada-Nya, inshaAllah kita akan baik-baik saja.
Ana terlalu suka akan halaman ini. Alhamdulillah
Alhamdulillah jika begitu.
Semoga dapat memberi manfaat :-)
Terima kasih dengan pencerahannya, enak dibaca, enak dicerna, tapi harus dengan perjuangan yang sungguh-sungguh untuk bisa menjalaninya. Semoga Alloh SWT memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita untuk bisa mengarungi hidup ini dengan selamat, bahagia dunia-akherat, aamiin.
InsyaaAllah :-)