Serulah manusia ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baikβ¦βΒ
(An-Nahl: 125)
Kita hidup pada zaman yang serba canggih, segalanya berada di hujung jari dan gadjet seolah-olah telah menjadi bayang-bayang manusia pada hari ini.
Perkembangan teknologi ini sering dimanfaatkan oleh para mendakwah untuk menyampaikan pesanan-pesanan Tuhan secara lebih mudah dengan sasaran dakwah yang lebih tinggi.
Saya agak aktif di media sosial, sayang menghabiskan hampir sejam sehingga tiga jam sehari untuk meniliti perkembangan yang sedang berlaku di sana, termasuk tulisan-tulisan sahabat maya yang ada.
Secara umumnya saya melihat budaya βmenegur kesalahanβ dalam kalangan penghuni maya semakin subur, namun malangnya terlalu ramai daripada golongan ini yang terlupa asas-asas menegur yang telah digariskan oleh agama.
Kegopohan dalam menghukum seseorang dengan bahasa yang kurang sopan dan penuh emosi telah memerangkap kebanyakkan orang tanpa mengira latar pengetahuan agama mereka.
Tegurlah dengan nama Tuhanmu!
Terlalu banyak panduan yang boleh kita temui melalui bahan bacaan yang tersedia di media sosial atau buku-buku agama berkenaan memberi teguran.
Hari ini saya ingin berkongsi beberapa, mudah-mudahan ia akan memberi manfaat kepada kita semua.
Segala hal yang dilakukan di muka bumi ini adalah berlandaskan niat, jadi seperti mana Imam Nawawi meletakkan hadith berkenaan niat dalam Hadith 40 Imam Nawawi, saya akan meletakkan niat dalam senarai kaedah memberi teguran.
Sekiranya niat kita untuk memberi peringatan kepada saudara kita, maka pasti kita datang dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.
Berbeza jika niat asalnya adalah semata-mata untuk menghukum dan memalukan, pasti kaedah yang kasar dan agresif akan menyusul.
Kedua, tegurlah tanpa memalukan sesiapa.
Apabila teguran dan nasihat yang kita berikan mendatangkan rasa malu terhadap orang maka kemungkinan besar teguran yang kita berikan akan menjadi sia-sia.
Manusia penuh dengan emosi dan sensitiviti yang perlu dijaga, dan jika saya ditegur dalam keadaan memalukan diri, maka saya akan berasa sakit hati dan dizalimi membuatkan saya merasakan teguran yang diberikan adalah semata-mata untuk memalukan.
Solusi yang paling mudah untuk tidak memalukan orang yang ditegur, maka tegurlah secara rahsia atau berdua.
Al Hafizh Ibnu Rajab berkata:
Apabila para salaf hendak memberikan nasihat kepada seseorang, maka mereka menasihatinya secara rahasi. Barangsiapa yang menasihati saudaranya secara berdua maka itulah nasihat. Dan barangsiapa yang menasihatinya di hadapan orang banyak maka sebenarnya dia mempermalukannya.β
(Jamiβ Al βUlum wa Al Hikam, halaman 77)
Seterusnya, nasihatlah seseorang dengan bahasa yang sopan dan lemah lembut.
βMaka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Firβaun) dengan kata-kata yang lemah lembut.β (QS. Ath Thaha: 44)
Islam adalah agama yang tegas terutamanya berkaitan akidah, namun Islam bukanlah agama yang bengis dalam bab memberi tegursan sesama muslim.
Manusia yang kita ingin tegur adalah mereka yang berkemungkinan besar telah melakukan kesilapan lantaran kurangnya kesedaran atau hati yang sudah sedikit keras dan angkuh terhadap Tuhan.
Sekiranya kita datang dengan cara yang keras, menyentapkan dan bengis, maka pastinya orang yang ingin didakwah akan berasa diintimidasi.
Saya selalu mengingatkan kepada diri saya, jangan kerana kesilapan saya memberi teguran kepada manusia lain berkenaan Tuhan, dia semakin menjauh daripada Tuhan, itu benar-benar mimpi ngeri.
Kita juga harus sedar bahawa teguran yang kita terima tidak semestinya akan diterima oleh semua orang.
Kita harus sedar bahawa kita hanyalah orang yang menyampaikan kalimah-kalimah Tuhan, bukanlah orang yang akan melemparkan hidayah ke hati manusia, itu kerja Tuhan.
Kita juga seharusnya memperingatkan diri kita, boleh jadi kita salah menilai situasi sebenar sehingga tersalah faham dengan tindakan mereka yang kita ingin tegur.
Oleh itu, penting juga untuk kita memberikan ruang kepada orang yang kita tegur untuk memberi penjelasan tentang kejadian sebenar yang mungkin kita telah tersalah anggap.
Ibnu Hazm Azh Zhahiri mengatakan:
Janganlah kamu memberi nasihat dengan memberi syarat nasihatmu harus diterima. Jika kamu melanggar batas ini, maka kamu adalah seorang yang zalimβ¦β
(Al Akhlaq wa As Siyar, halaman 44)
Ada banyak lagi tips dan kaedah untuk menegur yang dianjurkan oleh agama, saya menyenaraikan beberapa dengan harapan para pembaca akan cuba untuk terus mengkaji dan mencari lagi kaedah-kaedah yang mungkin sesuai untuk diamalkan ketika menegur seseorang.
Sebelum mengakhir tulisan ringkas ini, saya ingin membawakan satu kisah yang agak popular tentang kaedah menegur yang telah ditunjukkan oleh cucu Rasulullah SAW;
Diceritakan cucu Rasulullah s.a.w., Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin ada menyaksikan seorang tua yang berwuduk secara yang tidak betul. Dengan bijaknya mereka cuba mencari penyelesaian untuk menegur orang tua tersebut supaya orang tua itu tidak berkecil hati atau terasa malu. Lantas mereka memanggil orang tua tersebut dan meminta tolong agar dia menilai cara berwuduk mereka berdua, mana yang salah dan mana yang betul. Selepas melihat cara berwuduk kedua-dua cucu Rasulullah s.a.w. itu, orang tua tersebut sedar akan kesilapannya dan berkata,βKamu berdua tidak salah. Kedua-duanya betulβ. Dalam hatinya beliau berkata βcara aku yang salah rupa-rupanyaβ.Β
Saya percaya kebijaksanaan dalam menegur sentiasa memenangi hati manusia berbanding menggunakan kaedah kekarasan dalam melakukan teguran. Islam adalah agama kasih sayang!
Kesimpulan
Saya ingin memberi peringatan kepada diri sendiri dan para pembaca, teguran yang kita berikan adalah untuk mengajak semula seseorang ke jalan tuhan.
Teguran jauh sekali untuk mengundang rasa sakit hati terhadap mereka yang kita tegur dan bukanlah instrument untuk memalukan seseorang.
Moga-moga selepas ini kita akan mendahulukan kebijaksanaan dan rasional dalam menegur, dan berhenti memberi keutamaan kepada emosi.
Tegurlah dengan nama Tuhanmu!
Artikel ini adalah perkongsian daripada Rahman Imuda, Aktivis Mahasiswa dan mantan NYDP disalah sebuah universiti.
Beliau boleh dihubungi diΒ [email protected]
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum saya nak tanya , apakah hukum menegur orang mencuri di khalayak ramai , misalnya si anak mencuri duit atuk nya , ayahnya memarahi si anak dengan lantang dan kuat di khalayak ramai (keluarga dan saudara mara) , adakah dikira membuka aib
Waalaikumsalam.
Hukum menegur orang yang melakukan kesalahan, termasuk mencuri, perlu diperhalusi berdasarkan prinsip-prinsip dalam Islam. Dalam situasi yang anda sebutkan, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:
1. Menutup Aib: Islam sangat menitikberatkan konsep menutup aib seseorang. Dalam hadis Rasulullah SAW bersabda: βBarangsiapa menutup aib seorang Muslim, Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.β (Riwayat Muslim).
2. Cara Menegur: Menegur kesalahan seseorang haruslah dilakukan dengan cara yang baik dan penuh hikmah. Menegur di hadapan orang ramai boleh menjatuhkan maruah dan menambah rasa malu seseorang, yang boleh dianggap sebagai membuka aib.
3. Tujuan Menegur: Tujuan menegur haruslah untuk mendidik dan memperbaiki kesilapan, bukan untuk memalukan atau merendahkan individu tersebut.
Dalam konteks menegur anak yang mencuri di hadapan keluarga dan saudara mara, adalah lebih baik jika teguran tersebut dilakukan secara peribadi dan dengan cara yang lembut. Ini untuk mengelakkan membuka aib anak tersebut dan untuk menjaga maruahnya.
Jika tujuannya adalah untuk memberi pengajaran kepada yang lain, ia masih perlu dilakukan dengan penuh hikmah dan dengan menjaga maruah anak tersebut.
Kesimpulannya, menegur anak di khalayak ramai sehingga membuka aib adalah kurang digalakkan dalam Islam. Teguran dan nasihat perlu dilakukan dengan cara yang penuh hikmah dan menjaga maruah individu yang ditegur.
Wallahu a’lam.
saya baru tahu laman ini,memang sangat membantu dan menambah ilmu untuk waspada dalam menjalani kehidupan,perkongsian ilmu yang terus ke kalbu.
Artikel yg bagus.. trimakasih
saya mau tanya konsep watawa soubilhaki watawa soubil sobri gmn.?
Comment di medsos termasuk hal baik tu tidak atau sebaiknya di cuekin.. makasih
Konsep “Watawa Sou Bilhaqqi Watawa Sou Bis Sabri”
Konsep “watawa sou bilhaqqi watawa sou bis sabri” diambil dari Surah Al-‘Asr, ayat 3, yang bermaksud:
βdan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.β
Maksud Konsep:
1. Watawa Sou Bil Haqqi: Berpesan-pesan dengan kebenaran.
– Mengajak orang lain kepada kebenaran.
– Mengingatkan dan menasihati sesama Muslim agar tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam dan prinsip-prinsip kebenaran.
2. Watawa Sou Bis Sabri: Berpesan-pesan dengan kesabaran.
– Saling mengingatkan untuk bersabar dalam menghadapi ujian dan cabaran hidup.
– Mendorong sesama Muslim untuk bersabar dalam beribadah, menuntut ilmu, dan menghindari kemaksiatan.
Comment di Medsos
Mengenai komentar di media sosial, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:
1. Niat dan Tujuan: Pastikan niat anda adalah untuk menyebarkan kebenaran dan kebaikan, bukan untuk mencetuskan perbalahan atau memalukan orang lain.
2. Adab dan Akhlak: Berkomentar dengan adab yang baik dan sopan. Elakkan daripada menggunakan bahasa yang kasar atau menghina.
3. Relevansi: Pastikan komentar anda relevan dengan topik yang dibincangkan dan tidak keluar dari konteks.
4. Elakkan Perdebatan Tidak Bermanfaat: Jika komentar anda berpotensi mencetuskan perdebatan yang tidak membawa manfaat, adalah lebih baik untuk mengelakkannya.
Kesimpulan
Menyampaikan kebenaran dan mengajak kepada kesabaran adalah suatu amalan yang baik dan dianjurkan dalam Islam. Namun, perlu dilakukan dengan cara yang bijaksana dan berakhlak. Di media sosial, kita perlu berhati-hati agar komentar kita tidak menimbulkan fitnah atau konflik yang tidak perlu.
Sekian, semoga penjelasan ini bermanfaat. Wallahu a’lam.
Alhamdulillah…tips dan nasihat yang sangat best dalam artikel ni. Mohon Share untuk para sahabat kami semua!!!
KARNA GAK SEMUA ORANG BISA FAHAM ANTARA MENEGUR DAN MEMPERMALUKAN ORANG LAIN…
Ya benar