5 Tips Penting Dalam Memilih Tudung Sekolah Yang Selesa Untuk Anak-Anak

tudung-sekolah-selesaApa yang menjadikan sesuatu tudung sekolah itu selesa untuk anak-anak?

Ibu bapa yang serius pasti akan mengambil berat tentang perkara ini. Keselesaan akan mempengaruhi banyak faktor.

Tudung sekolah yang selesa bukan sahaja membantu mendidik anak bertudung, malah menggalakkan mereka untuk rajin ke sekolah.

Bukan semua tudung sekolah yang terdapat dipasaran negara kita ini mampu memberi keselesaan sepenuhnya kepada anak-anak.

Malah sukar dicuci dan mudah rosak.

Oleh itu artikel kali ini saya akan membantu anda menentukan ciri-ciri tudung sekolah yang selesa dipakai oleh murid perempuan sekolah rendah khususnya.

5 Tips Untuk Memilih Tudung Sekolah Yang Selesa Untuk Anak-Anak

1. Tidak Panas dan Menyerap Peluh

Perkara pertama sekali yang perlu diberi keutamaan adalah keselesaan anak.

Anak-anak yang bersekolah rendah biasanya sangat aktif dengan kebanyakan aktiviti berteraskan pendidikan jasmani pastinya membuatkan mereka berpeluh besar.

Dan biasanya aktiviti ini berlangsung pada sebelah pagi.

Ini akan menyebabkan sesi pembelajaran seterusnya sangat tidak selesa untuk si comel jika tudungnya gagal menyerap peluh.

Ditambah lagi jika cuaca panas melampau yang selalu dihadapi oleh negara kita.

Pasti akan banyak menghilangkan tumpuan dan suasana kondusif sesi pembelajaran.

Oleh itu penting bagi ibu yang prihatin untuk mengutamakan tudung yang sejuk dan mampu menyerap peluh dengan baik.

2. Mudah dipakai dan Senang dibentuk

Waktu pagi adalah waktu paling kritikal dalam sesebuah keluarga.

Dalam waktu yang singkat inilah, kita perlu menyiapkan segala perkara sebelum bertolak ke tempat kerja, termasuklah kelengkapan anak-anak.

Tudung yang mudah dipakai akan banyak membantu anda.

Anak anda juga pasti suka bila tudungnya mudah dipakai kerana tidak perlu berhempas-pulas memastikan tudungnya sempurna.

Awning tudung yang tidak mudah keronyok adalah kemestian bagi tudung sekolah yang selesa bagi anak-anak.

Cantik dipandang, malah pemakainya berasa selesa.

Malah tudung yang lembut akan membuatkan anak tidak serik bertudung jika ini adalah percubaan pertama kali untuk dia bertudung.

 

3. Saiz Yang Tepat dan Tidak Jarang

Kebanyakan tudung dipasaran tidak menepati saiz sebenar bahu anak-anak kita.

Saiz yang tidak tepat pasti membuatkan tidak selesa.

Terlalu besar akan menyukarkan mereka mengikuti pelbagai aktiviti, malah membuatkan mereka rimas. Terlalu kecil pula pasti mendatangkan ketidakselesaan dan kelihatan janggal.

Selain itu, ketebalan tudung juga hendaklah bersesuaian agar mereka selesa dan pada masa yang sama dapat melatih diri agar menjaga aurat.

 

4. Sukar berkedut dan senang digosok

Antara ciri-ciri tudung sekolah yang baik untuk anak kecil adalah sukar untuk berkedut.

Kita semua faham karenah si kecil selalunya tak terduga. Kadang-kadang, sewaktu perjalanan ke sekolah pun mereka masih boleh tertidur.

Belum lagi masuk bab mereka menggulung atau sekadar menyumbat sahaja tudung dalam beg sekolah bila hari Ko-kurikulum pada waktu petang.

Pasti tudung sekolah mereka akan kedut seribu. Jadi apakah penyelesaikan kepada ibu bapa?

Material memainkan peranan penting dalam hal ini.

Lycra merupakan salah satu material yang paling sesuai dalam memenuhi kehendak dan ciri-ciri yang diperlukan oleh tudung sekolah anak kecil.

Selain sukar berkedut, ia juga senang digosok dan boleh dilakukan sendiri oleh anak-anak. Secara tidak langsung ia akan banyak menjimatkan masa.

 

5. Mudah Dibasuh

Tudung sekolah yang benar-benar bagus diperbuat daripada fabrik yang mudah dicuci.

Seperti yang kita maklum, ada sesetengah material tudung sangat sensitif dan tidak boleh dibasuh menggunakan mesin basuh.

Ini adalah satu yang tidak bagus, apatah lagi tudung sekolah sangat mudah untuk kotor dengan aktiviti seharian anak-anak. Hand-wash adalah perkara yang memakan masa, dan sukar bagi ibu-ibu yang bekerja.

Oleh itu pilihan terbaik untuk tudung sekolah adalah memilih tudung yang dijahit dengan fabrik mudah dibasuh serta sukar rosak.

Contohnya material Lycra Korea.

Selain itu, tudung yang mempunyai awning yang lembut akan memudahkan ia dicuci dengan mudah dan sempurna, walaupun dengan mesin basuh.

 

Berikan tudung sekolah yang terbaik untuk anak anda

Salah satu langkah menggalak anak bertudung seawal usia adalah dengan menyediakan tudung yang selesa kepada mereka.

memilih tudung sekolah yang selesa untuk anak

Apabila ibu bapa telah berusaha memberikan keselesaan terbaik kepada anak-anak, insyaaAllah tiada lagi rungutan dari anak-anak apabila bertudung.

Malah prestasi pembelajaran mereka akan meningkat apabila mereka dapat menumpukan fokus.

Secara umumnya, ciri tudung sekolah yang baik adalah:

  • Sukar berkedut
  • Mudah dicuci
  • Material lembut dan nyaman
  • Awning lembut dan mudah dibentuk mengikut muka
  • Tidak longgar atau ketat. Melekat, selesa dan kemas.

Bagaimana anda boleh mendapatkan tudung sebegini untuk anak anda?

Saya sarankan anda melawati kedai online Tudung Si Comel.

Pengalaman mereka bertahun-tahun dalam menyediakan keperluan si kecil pasti banyak menyelesaikan masalah anda.

Mereka tahu apa yang terbaik.

Dalam hal ini, saya cadangkan anda melihat keistimewaan Tudung Sekolah Awning Lembut keluaran mereka.

Ada boleh boleh feedback positif daripada ramai ibu bapa pada laman tersebut.

Semoga membantu anda!

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
membuat slime
membuat slime
7 tahun yang lalu

setuju banget bun, soalnya kalau tudungnya tidak nyaman bahkan panas akan membuat si kecil ingin melepasnya

Busana Muslim Terbaru
Busana Muslim Terbaru
7 tahun yang lalu

Kenyamanan juga diperlukan dalam bertudung / hijab, agar anak-anak betah memakainya walau dalam waktu lama.. artikel yang bermanfaat.

Madura Bersatu
Madura Bersatu
8 tahun yang lalu

cakep bngt ya setelah pakai tudung ini, makasih informasinya

Jual Brainking
Jual Brainking
8 tahun yang lalu

Terimakasih atas informasinya, tudungnya juga bagus pantas buat anak..