
Jika diberikan peluang, ramai yang mencuba untuk merasa betapa manisnya percintaan.
Betapa berbunga-bunga hati saat itu.
Ada seseorang yang sentiasa menemani. Ada yang menyayangi.
Siapa yang tidak mahu?
Tapi kita selalu terlupa apa yang mungkin terjadi di penghujung setiap kebahagiaan.
~ Perpisahan.
Langit Tak Selalunya Cerah. Ada Ketikanya Mendung Datang.
Ada saat hujan petir yang melanda. Setiap percintaan bukan semuanya berakhir dengan kegembiraan dan senyuman.
Tanpa kita pinta, perpisahan akan hadir juga. Hanya cepat atau lambat.
“Bila kita bersedia untuk menerima kehadiran seseorang itu, maka kita juga harus bersedia untuk kehilangannya kerana setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Berpisah kerana ajal maut atau berpisah hidup. “
Ada yang jatuh tersungkur apabila terjadinya perpisahan.
Tak mampu untuk menerima takdir. Menerima kenyataan.
Hingga ada yang memilih jalan yang salah demi melupakan kesakitan itu. Ada yang memilih untuk menyakiti diri sendiri semata-mata untuk tagih simpati dari si dia.
Apa Yang Akan Kita Ddapat? Apa Yang Diharapkan Sebenarnya?
Ingin dia kembali hanya atas dasar simpati? Atas dasar rasa bersalah pada diri kita?
Jangan terlalu rendahkan ego kita demi sesuatu yang memang dah berakhir.
“ Perpisahan itu kadang-kadang memberi sejuta hikmah disebaliknya. “
Bangkitlah.
Mungkin susah. Mungkin memakan masa.
Kita sendiri belum pasti berapa lama masa yang akan kita ambil. Mungkin bukan esok hati itu sembuh. Mungkin berbulan-bulan. Mungkin bertahun.
Tapi selagi kita mencuba, berusaha untuk bangkit, pasti ada jalannya.
Kadangkala Allah hilangkan mentari. Kemudian Dia datangkan guruh. Puas kita menangis mencari mana mentari kita. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.“
Berhenti Merayu. Berhenti Berharap Keindahan Cinta Dulu Akan Kembali.

Sampai bila kita nak berharap?
Sampai bila kita nak pegang janji dia?
Apa jaminan untuk setiap penantian?
Apa jaminan kita akan kembali bahagia andai dia menoleh kembali pada kita?
Jika kita berani bercinta, berani serahkan hati kita pada insan lain, kenapa kita tak mampu nak beranikan diri untuk bangkit kembali saat kita dikecewakan?
Kenapa keberanian itu hanya hadir di saat senyuman meniti di bibir?
Mana menghilang di saat air mata menemani pipi?
“Putus cinta itu sebenarnya adalah salah satu dari rahmat Allah. Kerana itu merupakan cara untuk Dia membuat kita sedar kita telah mencintai orang yang salah.“
Semangat itu ada.
Cuma kita yang terlalu mengasihani diri kita atas perpisahan itu hingga kita tak nampak kekuatan untuk bangkit kembali berlari itu.
Berhenti mengasihani diri sendiri. Sampai bila nak terus begitu?
Sampai bila nak menangis untuk sesuatu yang sudah berlalu.
“Belajarlah untuk mencintai dirimu sendiri sebelum kamu memilih untuk mencintai orang lain.”
Mari Belajar Mencintai Diri Sendiri Dahulu
Kembali ke saat kita belum mengenali dirinya.
Antara sedar atau tidak, kita telah sekian lama tidak mencintai diri sendiri saat kita telah jatuh cinta.
Buktinya?
Kita biarkan hati kita terluka berkali-kali.
Kita jaga hati dia sebaik mungkin agar dia tak kecewa.
Segala kesedihan kita tanggung sendiri.
Biarkan semua berlalu seolah-olah tiada kesakitan yang terkesan.
Mana cinta kita pada diri kita sendiri?
Semuanya hilang demi menjaga hati insan lain.
Kembalilah ketawa seperti sediakala. Mungkin hati kita kosong saat dia melangkah pergi.
Tapi itu bukan bermakna hidup kita berakhir. Masih ramai insan lain yang mampu mengisi kekosongan itu.
Kalau sebelum kita kenal dia kita mampu hidup sendiri, bila dia berlalu pergi kita juga masih mampu berdiri di atas kaki sendiri. Mungkin lebih gagah.
Andai dia sudah bahagia walaupun tanpa kita disisi, kenapa kita tak boleh buat perkara yang sama?
Jika dia tersenyum gembira, kenapa kita masih biarkan air mata yang menemani? Kenapa biarkan hidup kita makin suram?
“ When he/ she breaks your heart. He/ she feels nothing. He/ she moves on quickly. Like nothing happened. You feel as if a piece of you is missing. You can’t eat, you can’t sleep. All you do is think about him/ her.
Wondering if he’s/ she’s thinking of you. Wondering if he/ she misses you. You’re depressed for weeks, months, sometimes longer. But then you realize what’s important in life.
And you decide that you need to worry about yourself. You soon move on. And he’s/ she’s stuck watching you smile and realize. He/ she messed up. He’ll/ she’ll regret everything. “
Menangis itu tak salah. Menangis lah sekali sepuas hati. Lepaskan segala di dalam tangisan itu.
Segala perasaan duka. Hampa. Kecewa.
Tapi jangan biarkan berterusan. Kuatkan diri, hati untuk terus bangun, bangkit daripada tangisan itu. Lapangkan dada untuk teruskan hari-hari akan datang.
“ Holding on is being brave, but letting go and moving on is often what makes us stronger and happier. “
Jika tangisan itu masih belum mampu untuk buat kita kembali bangkit, carilah seseorang untuk kita luahkan isi hati.
Seseorang yang boleh dipercayai. Yang mampu memberi semangat seikhlas hati. Yang mampu bawa kita ke jalan yang terbaik untuk melupakan dia.
Andai Tak Punya Sesiapa Yang Mampu Memahami?

Ingat. Kita masih ada Allah.
Jika manusia tak mampu, kenapa takut untuk cari Allah?
Kenapa takut untuk luahkan padaNya. Ceritalah segala-galanya pada Allah.
Luahkan semua rasa yang terpendam. Biar hati lapang. Biar jiwa tenang.
Jangan takut. Jodoh kita mungkin ada diluar sana.
Walaupun bukan dia tapi kita akan bahagia.
Allah akan berikan yang terbaik untuk hambaNya yang kuat dan tabah. Bersabarlah dan berdoa.
“ Walau seremuk mana hati dilukai. Bentuklah ia semula. Dan serahkan pada Allah. “
Penutup: Serahkan Hati ini Pada Allah. Biar Dia Jagakan.
Dia akan berikan kebahagiaan saat kita sudah benar-benar sudah bersedia.
Lupakan kesakitan semalam. Bangkitlah untuk hari ini dan hari-hari yang akan datang (:
“ You’ll never get what you truly deserve if you remain attached to what you’re supposed to let go of. “
Adakah hati anda selalu disakiti berkali-kali?
Tetapkah anda bertahan dengan kesakitan itu?
Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah.
Okeyhhh sis nk tnyaaa….ada problem sikit psal friendship like bergaduh mulut and dua ii pihak dah minx maaf …tapi mcm mna kita nak jadi rapat ngn dia like dulu ii but semasing buat mcm nak x nak…so bagi pihak kita nie rasa dah penat n give up sbb nak fixed relay ngn dia tapi dia sebaliknya….so apa apa kata ii semangat or quotes ker??…seriously mental breakdown plus moody
Terima kasih… beri sedikit motivasi untuk teruskan hidup. Namun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Saya telalu mencintai dia, hingga saya tak hirau kan prasaan saya sendiri, saya rela terus trsakiti, kadang saya lelah dngn smua ini, tapi saya terus bertahan walau pun dia sllu mnyakiti hati saya, n dia tidak pernah sedikit pun peduli n mnghargai saya, sungguh saya ingin perasaan ini hilang, saya btul2 mnderita dngn cinta, tapi saya tak mmpu mninggl kan y karna saya trlalu mncintai y ????????????????
Dah 3 bulan lebih berlalu. Sakit tu masih ada. Masih terasa. Tapi tak sesakit dulu. Syukur alhamdulilah. Allah masih sayangkan saya. Saya lupa, dulu saya pernah berdoa pada Allah, kalau dia yang terbaik untuk saya dekatkanlah, jika tidak jauhkan lah dia daripada saya. Dan bila Allah jauhkan dia dari saya, saya sendiri takdapat terima kenyataan dan takdir yang Allah tetapkan utk saya. Pada 3 bulan yang lepas, cuma air mata sentiasa kerap menemani hari hari saya. Semua bnd saya buat, ada je tak kena, semua nampak dia. Saya berkongsi masalah dgn kwn kwn saya pun perasaan tu masih kosong. Saya muhasabah diri. Dan akhirnya saya kembali pada Allah. Dan, Allah isi kekosongan hati saya. Setiap hari, sampai ke hari ni saya cuba berbalik pada jalan yang diredhai Allah, perkara yang disukai Allah (doakan saya terus beristiqamah pada Ilahi). Saya cuba lebih menghargai dan menyayangi diri sendiri. Walaupun pada mulanya, hakikatnya sangat sukar untuk saya. Semoga ada pelangi selepas hujan. Dan saya yakin dan pasti Allah sentiasa bersama dgn org yg bersabar. ????
Ya pilihan yang ada adalah dengan kembali pada pencipta.Mungkin semua ini berlaku kerana Allah ingin mengembalikan semula diri kita setelah masing masing cuba,berusaha untuk menjaga hati sesama.Asbab pergaduhan.Ya niat di hati ingin sahaja kembali dan membetulkan segalanya,menatap wajahnya,memohon maaf,merayu untuk kembali bersamanya,namun yang terjadi telah terjadi,takkan sama lagi.Tawar menguasai.Tiada jaminan kemanisan itu untuk berputik kembali.Namun berkorban demi seseorang yang kita sayang,yang kita cintai bukanlah sesuatu yang mudah setelah sekuat hatinya berjuang,bertahan,bersabar demi kita.Saya merasakan apa yang saya lakukan adalah terbaik untuk dia walaupun sukar untuk saya.Ya adalah salah apabila saya meletakkan apa yang terbaik untuk si dia di tangan saya.Apa pun sabar,walaupun pahit tetap manis di hujungnya.Teruskan berdoa.Kita merasakan panas hingga ke petang.Rupanya hujan di tengahari.Sesudah itu pasti pelangi kan muncul.Yakin dan pasti.In sha Allah????(seiras)
Sy seorang lelaki yg setia.. Sy terlalu menjaga hati dn perasaan dia sehinggakan Sy X berkawan atau mengenali perempuan lain.. Hubungan kami kekal selama 4 tahun.. Sampailah satu hari, dia mengatakan cinta nya pada Sy sudah hilang.. Dia kata dia perlukan masa untuk bersendirian.. Dia lansung X memikir kan perasaan Sy.. Sedang kn Sy setiap detik, tiap saat merindui dia sehinggakan Sy hilang selera makan, X dpat tidur Dan hidup Sy kini murum (tiada semangat untuk terus hidup)seriously X de sesiapa pn yg dapat gantikan tempat dia di hati Sy… Jadi apa nasihat sis untuk kesakitan yg Sy alami sekarang ni?
Saya tidak pernah merasai Cinta . Saya tak pernah menikmati apa itu Cinta pada saya Cinta bukan hidup saya .Sy tak perlukan cinta tp yg sy perlukan adalah Kasih Sayang setia kawan dan keluarga Andai Cinta berputik daripada Sayang sy akan jadikan pilihan Cinta yg abadi Cinta Adam dan hawa
assalamualaikum sye nak mintak pendapat sis,apa patut sye buat kalau sye rase seolah2 diri sye tak wujud dlm hidup die,sye kenal dah lme tapi baru rapat semula dlm 5 bulan mcm tu,bf sye ni tak jadik kawen taun lps sbb permpuan tu tinggalkan die mse beberape bulan sebelom dorang kawen..ye sye tau perkara tu myb perit bagi dia,tp sye rasa mcm saye ni mangsa keadaan je….sye da buat mcm2 utk bukak hati dia,tp mcm tak dihargai…sye tak kisah call hari2 msg die dlu,sbb sye tau die akan layan tp lately die mcm menjauh or perasaan sye je ke…sye mcm da give up tp sye kuatkan diri utk tolong die keluar dr kegelapan hal2 lme dlu..tp bile sye cube byk kali hasil nye same je…ape perlu saya buat??
Saya baru lepas putus cinta dan saya tidak dapat melupakan nya. sy menangis sehingga melalukan solat istikarah. dah sy cuba untuk bangkit dengan mencari seseorang yang boleh mendengar cerita saya tetapi. sy tidak boleh terima kerana ada org yg cuba untuk memujuk saya. saya berasa lagi serabut tentag hal itu
Assalamualaikum… sy knal dgn sidia dr thun 2003 smpai skrg 2017… prhbungan ni on & off… shingglah sy dpt thu dia dh brkhwin pd bln Jun 2017 yg lalu… MasyAllah brtapa sedihnya sy waktu itu hnya Allah sj yg tahu…buat kerja semua serba x kena…Allahuakhbar… brmacam2 perasaan yg bermain dlm fkiran sy… Munkin sy hnya MERANCANG tapi ALLAH yg menentukan sgalanyaa… Tapi apa yg mrunsingkan sy, sy msh xdpt nk melupakan si dia lgi wlaupun sidia tlah melukakan hati sy BERULANG ULANG ULANG KALINYAA huhuhuhu….Apa yg ptt sy buat???… Stiap akhir solat sy tdk pernh lupa untk brDoa agar hati dn prasaan sy tdak lgi padanya dan bukalah pintu hati sy untuk org lain….sy sntiasa mendoakan kebahgian buat dia serta kluarga barunya… Sy slalu ingt kata2 ini…
#SABARITUINDAH
#REDHA
#JANGANPERNAHLUPAUNTUKBERDOA
‘Semoga kebahgian milik Aku’
‘Aku juga ingin BAHAGIA’
Insyaallah.. Jodoh akan sampai bila tiba masa yeaa. Yakin & Pasti..!!!
Assalamualaikum. Saya berkawan dengan seseorang. Sejak dari sekolah rendah. Masuk sekolah menengah kami mula rapat. Namun, disebabkan jarak jauh kami mula renggang dan baru tahun 2016 kami mula berhubung sehingga akhir tahun 2016 dan kerap berjumpa setiap kali saya pulang bercuti. Tahun ini, kami belum pernah berjumpa lagi. Jadi, saya merancang untuk berbaik semula. Memandangkan kami selalu menyepi secara tiba-tiba dan berhubung kembali. Saya berserah sekiranya dia jodoh saya. Tahun ni juga, pada syawal kelima, belum sempat kami berjumpa tahun ini, dia terlebih dahulu bertemu dengan Allah s.w.t. Pedihnya rasa bila hasrat tak tercapai. Namun, melihat kawan-kawannya mengangkat kerandanya ke dalam van jenazah amat memuaskan hati saya walaupun tidak dapat melihat wajahnya buat kali terakhir. Saya redha dan saya sedar rupanya Allah tak izinkan saya rapat dengannya pada saat-saat akhirnya kerana Allah tahu kelemahan saya. Alhamdulillah walaupun berasa sedih, saya tetap terima pemergiannya. Sebab kita yang hidup pasti akan mati. Cuma masa yang membezakan :)
Assalamualaikum. Saya berkawan dengan seseorang. Sejak dari sekolah rendah. Masuk sekolah menengah kami mula rapat. Namun, disebabkan jarak jauh kami mula renggang dan baru tahun lepas mula berhubung sehingga akhir tahun lepas. Tahun ini, saya merancang untuk berbaik semula. Memandangkan kami selalu menyepi secara tiba-tiba dan berhubung kembali. Saya berserah sekiranya dia jodoh saya. Tahun ni juga, pada syawal kelima, belum sempat kami berjumpa tahun ini, dia terlebih dahulu bertemu dengan Allah s.w.t. Pedihnya rasa bila hasrat tak tercapai. Namun, melihat kawan-kawannya mengangkat kerandanya ke dalam van jenazah amat memuaskan hati saya walaupun tidak dapat melihat wajahnya buat kali terakhir. Saya redha dan saya sedar rupanya Allah tak izinkan saya rapat dengannya pada saat-saat akhirnya kerana Allah tahu kelemahan saya. Alhamdulillah walaupun berasa sedih, saya tetap terima pemergiannya. Sebab kita yang hidup pasti akan mati. Cuma masa yang membezakan :)
Assalamualaikum,sye berkenalan dgn seseorg..sjak umur 18 thn dn tlah pn brpisah lme, skrang ni umur sy dh 24 dn brtemu balik dgn diaa,tp dia dh ade kekasih bru dn dia janji dgn sy akn cuba pilih antara sy dgn gf dia tu.. Tp hti sy tk sggp.. Akhirnyee bru2 ni sy minta maaf dn tgglkn diaa.. Tp dlm doa sy tk pernah ptus utk berjodoh dgn dia..sy hrp dgn sy ikhlaskn perpisahan sy dgn dia, stu hri nti jika brtemu kmbali dia adalah jdoh sy.. Amiim
Assalam.. Apa yg dpt sy katanya… Hanya bersyukur kpd Allah,yg memberikan ilham untuk mencari tahu bagaimana menyelasai kan masalah ini.. Semakin sebak bila dah terbaca atikel ini.. Memang bnyak pengajaran , diketika membaca memang perasaan ini begitu kecewa.. Kerana mengetahui bahawa apa yg telah terjadi adalah kehendak Allah jua.. Menjadikan diri hanya pasrah … Memang tak pernah terduga akhir nya akan berpisah jua setelah bertahun tahun bersama hanya sebagai sahabat … Begitu menyakit kan… Terima kaseh Admin ,, setakat ini blog ini begitu hebat kandungan nya..
Sebagai permulaan amalkan solat berjemaah dan selalu berzikir selepas solat selama 10 minit kepada Allah..amalkan..insyaalah akan dibukakan jalan dunia dan akhirat.amalkan juga puasa sunat dan cuba baca surah alwaqiah sekali seminggu.amalkan dulu sehingga 1 tahun.teruskan usaha utk amalkan jangan berhenti .tengok hasilnya selepas setahun.walahuallam
saya terklik link ni tanpa sengaja. rasa ada yg memahami sekejap perasaan ni. bila saya tatau nak share dgn siapa masalah saya. saya sgt berharap saya dpt perhatian dia. saya sgt sukakan dia tapi dia ignore saya atas sebab2 yg mustahil. dan saya masih perlu berjumpa dia atas urusan kerja. pahitnya hati saya setiap hari cuba bertahan buat biasa macam dia. dia boleh buat macam tak ada apa2 pon. sedihnya rasa hati menangis sorang diri. rasa nak lari jauh2.. tapi rindukan dia still.
Saya tengah merasa saat susah nya nak melupakan, sedangkan hati nak sangat.
sy pn sakit.dah brsma 9thn.tp sjak brpndh ke kg suami.dia tiada lg tgjwb.hnya betah 4bln.sering brtgkar n krna trlalu trtekan.hngga menoreh tangan,9bln brpsh.tnpa nfkh n jmp,wat hal memasing.ank2 sy sndri tanggung,kni sdh 8bln kmbli brsma tnpa rjuk or nikah kmbli krna ank n kngn,smua sy tggalkan demi dia,tp pluang ke 2 yg di beri di buat smbil lewa.sakit sangat!dh trlalu penat brtahan,yg sakit,trluka sy,dia mcm xda prsaan.lgsg xhirau,xheran atau rsa brslh pn ats pndrtaan.kesakitan mahupn tngisan sy,sy msh d sni krna ank n syg,tp trtekan ngn hdup bgni,
Hingga saat ini, masih menyesal dengan diri sendiri. Menyesal tipu diri sendiri. Menyesal tipu perasaan sendiri. Suka pada seseorang, tapi xnak luahkan. Pastu dpt tau dia dah ada someone. Xtau mcmna nak move on. Masih rasa menyesal yang menggunung.
Dulu xnak luahkan perasaan sebab malu. Malu nak confess pada lelaki tu. Huhu.
masya Allah…kini baru saya faham apa itu CINTA dengan manusia sebenarnyaa…terima kasih share.sgt bermanfaat..????
Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi cerita.
Saya kenal dgn dye dari umur 19. Lepas tue lost contact. Selepas 5 tahun berjumpa balik. Lepas tue putus hubungan. Awal tahun nie kami berjumpa balik dan dye masuk meminang. Dan bertunang. Semuanya dye sendiri yang plan. Selepas 3 bulan bertunang saya nmpak dye berubah. 1 hari saya suruh dye jujur. Betul ke adr orang lain. Dan dye hanya cakap JUJUR sahaja dkt msg tue. Tp saya tak de marah pon. Hanya cakap baik2. Kenapa semua nie terjadi. Dye hanya cakap tiba2 dan perempuan tue faham dye. Sbb 1 tempat kerja. Dye pon jarang balik rumah jumpa mak dye. Yang saya sedih sbb saya terfikirkan mak dye sahaja. Sbb kami dah bertunang. Mak dye pergi tanya bnyak tempat berubat semua kata dye terkena. Satu hari mak dye bawa berubat mmg betul dye terkena sihir dan santau. Semua terkejut. Sudah 1 bulan dye tidak contact. Sedih mmg sedih. Tp nie dugaan untuk saya. Mungkin nie cara kita nak dekatkan diri dgn Allah. Allah takkan menduga kita kalau kita tak mampu. Sekarang nie perlu ke aku tunggu lagi? Sebab dye bagi kata nak putus. Tp family dye langsung tak tau sampai la saya bagi tau. Ya Allah.
Assalamualaikum wbt..
Mungkin berat nak berkatakata..kadang mudah pjuk hati untuk sabar..kadang kalah jgk..
Kes sye..7 taun knal sbgai kawan n teman rapat..4 taun usia perkahwinan..dicerai talak 1 ketika mengandung ank ke2 5 bulan..dihalau klua dari rmah..skrg mnghitung hari untuk bersalin..
Sepanjang kenal n berkahwin..bnyak kali terluka..tpi bodoh sb syg..mungkin ni allah sedarkan saya bahwa jgnla berpegang n sandarkan harapan n kasih pda manusia..rasa time knal rapat, die ada skandal..time kami kawen pun ada skandal..dalam keadaan skrg, nafkah istri n ank n ank dlm kandungan diabaikan..sedih jgk..persediaan yg ke2 ni xseperti sambut ank pertama dlu…alhamdulillah..adik beradik n famly sgt beri sokongan..
Syg jgk, anak sulung lahir die xde disisi..apakan lagi yg ke2 ni..pengorbanan sbgai isteri berkerjaya dgn ank2 n pjj dgn bekas suami tu..termasuk pengorbanan n jasa baik keluarga sye dibiar cmtu je..
diorg org berharta..lebih utamakan harta dari kasih syg..
Dugaan untuk saya..terluka berkali kali..
macam org xde maruah..nak bile diperlukan..dihina n buang bile xdiperlukan..
saya doakan..taun yg mendatang ni mmberi sinar baru kpada yg terluka..
Sy tumpang simpati dgn dugaan yg berat utk sis ini…
Kalaulah sy tak putus cinta, gamaknya mungkin nasib sy pon sama mcm sis. Benarlah Allah lebih tau apa yg terbaik buat kita.
Sy doakan moga kehidupan sis & anak² sentiasa dipermudahkan, diberkati juga diberi kebahagiaan yg sebenar benarnya..
Bertabahlah… Hanya org yg kuat & disayangi Tuhan diduga begini…