
Jika diberikan peluang, ramai yang mencuba untuk merasa betapa manisnya percintaan.
Betapa berbunga-bunga hati saat itu.
Ada seseorang yang sentiasa menemani. Ada yang menyayangi.
Siapa yang tidak mahu?
Tapi kita selalu terlupa apa yang mungkin terjadi di penghujung setiap kebahagiaan.
~ Perpisahan.
Langit Tak Selalunya Cerah. Ada Ketikanya Mendung Datang.
Ada saat hujan petir yang melanda. Setiap percintaan bukan semuanya berakhir dengan kegembiraan dan senyuman.
Tanpa kita pinta, perpisahan akan hadir juga. Hanya cepat atau lambat.
“Bila kita bersedia untuk menerima kehadiran seseorang itu, maka kita juga harus bersedia untuk kehilangannya kerana setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Berpisah kerana ajal maut atau berpisah hidup. “
Ada yang jatuh tersungkur apabila terjadinya perpisahan.
Tak mampu untuk menerima takdir. Menerima kenyataan.
Hingga ada yang memilih jalan yang salah demi melupakan kesakitan itu. Ada yang memilih untuk menyakiti diri sendiri semata-mata untuk tagih simpati dari si dia.
Apa Yang Akan Kita Ddapat? Apa Yang Diharapkan Sebenarnya?
Ingin dia kembali hanya atas dasar simpati? Atas dasar rasa bersalah pada diri kita?
Jangan terlalu rendahkan ego kita demi sesuatu yang memang dah berakhir.
“ Perpisahan itu kadang-kadang memberi sejuta hikmah disebaliknya. “
Bangkitlah.
Mungkin susah. Mungkin memakan masa.
Kita sendiri belum pasti berapa lama masa yang akan kita ambil. Mungkin bukan esok hati itu sembuh. Mungkin berbulan-bulan. Mungkin bertahun.
Tapi selagi kita mencuba, berusaha untuk bangkit, pasti ada jalannya.
Kadangkala Allah hilangkan mentari. Kemudian Dia datangkan guruh. Puas kita menangis mencari mana mentari kita. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.“
Berhenti Merayu. Berhenti Berharap Keindahan Cinta Dulu Akan Kembali.

Sampai bila kita nak berharap?
Sampai bila kita nak pegang janji dia?
Apa jaminan untuk setiap penantian?
Apa jaminan kita akan kembali bahagia andai dia menoleh kembali pada kita?
Jika kita berani bercinta, berani serahkan hati kita pada insan lain, kenapa kita tak mampu nak beranikan diri untuk bangkit kembali saat kita dikecewakan?
Kenapa keberanian itu hanya hadir di saat senyuman meniti di bibir?
Mana menghilang di saat air mata menemani pipi?
“Putus cinta itu sebenarnya adalah salah satu dari rahmat Allah. Kerana itu merupakan cara untuk Dia membuat kita sedar kita telah mencintai orang yang salah.“
Semangat itu ada.
Cuma kita yang terlalu mengasihani diri kita atas perpisahan itu hingga kita tak nampak kekuatan untuk bangkit kembali berlari itu.
Berhenti mengasihani diri sendiri. Sampai bila nak terus begitu?
Sampai bila nak menangis untuk sesuatu yang sudah berlalu.
“Belajarlah untuk mencintai dirimu sendiri sebelum kamu memilih untuk mencintai orang lain.”
Mari Belajar Mencintai Diri Sendiri Dahulu
Kembali ke saat kita belum mengenali dirinya.
Antara sedar atau tidak, kita telah sekian lama tidak mencintai diri sendiri saat kita telah jatuh cinta.
Buktinya?
Kita biarkan hati kita terluka berkali-kali.
Kita jaga hati dia sebaik mungkin agar dia tak kecewa.
Segala kesedihan kita tanggung sendiri.
Biarkan semua berlalu seolah-olah tiada kesakitan yang terkesan.
Mana cinta kita pada diri kita sendiri?
Semuanya hilang demi menjaga hati insan lain.
Kembalilah ketawa seperti sediakala. Mungkin hati kita kosong saat dia melangkah pergi.
Tapi itu bukan bermakna hidup kita berakhir. Masih ramai insan lain yang mampu mengisi kekosongan itu.
Kalau sebelum kita kenal dia kita mampu hidup sendiri, bila dia berlalu pergi kita juga masih mampu berdiri di atas kaki sendiri. Mungkin lebih gagah.
Andai dia sudah bahagia walaupun tanpa kita disisi, kenapa kita tak boleh buat perkara yang sama?
Jika dia tersenyum gembira, kenapa kita masih biarkan air mata yang menemani? Kenapa biarkan hidup kita makin suram?
“ When he/ she breaks your heart. He/ she feels nothing. He/ she moves on quickly. Like nothing happened. You feel as if a piece of you is missing. You can’t eat, you can’t sleep. All you do is think about him/ her.
Wondering if he’s/ she’s thinking of you. Wondering if he/ she misses you. You’re depressed for weeks, months, sometimes longer. But then you realize what’s important in life.
And you decide that you need to worry about yourself. You soon move on. And he’s/ she’s stuck watching you smile and realize. He/ she messed up. He’ll/ she’ll regret everything. “
Menangis itu tak salah. Menangis lah sekali sepuas hati. Lepaskan segala di dalam tangisan itu.
Segala perasaan duka. Hampa. Kecewa.
Tapi jangan biarkan berterusan. Kuatkan diri, hati untuk terus bangun, bangkit daripada tangisan itu. Lapangkan dada untuk teruskan hari-hari akan datang.
“ Holding on is being brave, but letting go and moving on is often what makes us stronger and happier. “
Jika tangisan itu masih belum mampu untuk buat kita kembali bangkit, carilah seseorang untuk kita luahkan isi hati.
Seseorang yang boleh dipercayai. Yang mampu memberi semangat seikhlas hati. Yang mampu bawa kita ke jalan yang terbaik untuk melupakan dia.
Andai Tak Punya Sesiapa Yang Mampu Memahami?

Ingat. Kita masih ada Allah.
Jika manusia tak mampu, kenapa takut untuk cari Allah?
Kenapa takut untuk luahkan padaNya. Ceritalah segala-galanya pada Allah.
Luahkan semua rasa yang terpendam. Biar hati lapang. Biar jiwa tenang.
Jangan takut. Jodoh kita mungkin ada diluar sana.
Walaupun bukan dia tapi kita akan bahagia.
Allah akan berikan yang terbaik untuk hambaNya yang kuat dan tabah. Bersabarlah dan berdoa.
“ Walau seremuk mana hati dilukai. Bentuklah ia semula. Dan serahkan pada Allah. “
Penutup: Serahkan Hati ini Pada Allah. Biar Dia Jagakan.
Dia akan berikan kebahagiaan saat kita sudah benar-benar sudah bersedia.
Lupakan kesakitan semalam. Bangkitlah untuk hari ini dan hari-hari yang akan datang (:
“ You’ll never get what you truly deserve if you remain attached to what you’re supposed to let go of. “
Adakah hati anda selalu disakiti berkali-kali?
Tetapkah anda bertahan dengan kesakitan itu?
Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah.
klau la family aku penuh dengan kasih syg aku xkan bcinta ..tapi aku insan biasa plukan kasih syg …aku bcinta dgn org y aku syg ..tapi dia tnggalkan aku, aku nak lupakan segalanya dengan fokus dgn pkerjaan aku, tp tetap jgk x bole lupakan dia,akhirnya aku jatih cinta lagi skali ..aku igt aku bahagia lps ni,namun sbb ego aku dgn dia, masing2 xnk mgaku,salah aku sbb aku tipu dia,aku ckp aku nak tunang,sbb nak uji,lps tu dia cpt2 tunang gn plihan kluarga,last2 dua2 mnyesal,dua2 kecewa sbb ego ..aku x boleh patah balik sbb dia da tunang,dia nk ptuskan hbgn tp aku x bg,wlwpun aku knl dia dlu tp dia da tunang,aku xnk jd jahat..mgkin xde jdoh, skrg ni 6 bulan aku tggung sedih.sakit weyhh sebb ego mcm ni ..aku harap dia bahagia.
Be strong..mungkin senang berkatakata..tapi sabar n faith in Him..me too..keep trying..
Saya dan dia bertemu dan bercinta dalam keadaan yang saya sendiri tidak memahami. Sehinggalah terbongkar yang dia curang terhadap saya dan ketika terbongkarnya kecurangan itu, sebenarnya dia dah move on dari perempuan tu, cuma perempuan tu yang belum move on. Cuma sekarang, saya memaksa dia melepaskan saya pergi kerana terlalu sakit untuk berada dalam hubungan ini. Dia enggan tetapi saya yang memaksa. Sekarang, masing- masing terluka sehingga hubungan ini tergantung macamtu. Saya cuma mahu pergi dan melupakan dia tetapi saya tahu dia juga menderita kerana terpaksa melepaskan saya. Sebenarnya lebih mudah melepaskan jika dia benar2 membenci. Sekarang, saya serahkan segalanya kepada Allah swt. Saya pergi menjauh tetapi saya masih memahami penderitaan dia. Cuma pada Allah shj tempat saya bergantung dan berdoa, agar Allah sembuhkan luka dalam hati saya dan dia. Cuma Allah shj yg mampu merawat kesakitan ini.
klau la family aku penuh dengan kasih syg aku xkan bcinta ..tapi aku insan biasa plukan kasih syg …aku bcinta dgn org y aku syg ..tapi dia tnggalkan aku, aku nak lupakan segalanya dengan fokus dgn pkerjaan aku, tp tetap jgk x bole lupakan dia,akhirnya aku jatih cinta lagi skali ..aku igt aku bahagia lps ni,namun sbb ego aku dgn dia, masing2 xnk mgaku,salah aku sbb aku tipu dia,aku ckp aku nak tunang,sbb nak uji,lps tu dia cpt2 tunang gn plihan kluarga,last2 dua2 mnyesal,dua2 kecewa sbb ego ..aku x boleh patah balik sbb dia da tunang,dia nk ptuskan hbgn tp aku x bg,wlwpun aku knl dia dlu tp dia da tunang,aku xnk jd jahat..mgkin xde jdoh, skrg ni 6 bulan aku tggung sedih.sakit weyhh sebb ego mcm ni ..aku harap dia bahagia.
Assalamualaikum admin…
Saat ni hati saya pun hancur remuk musnah dikecewakan oleh suami tercinta…bersyukur saya bertemu dengan blog admin..sedikit sebanyak menaikkan semangat saya…
bercinta dan akhirnya berkahwin menjadi impian setiap pasangan..dan berharap bahagia sehingga ke akhir hayat…tapi tak semuanya akan jadi kekal bahagia…
macam tu la terjadi pada saya…usia perkenalan 4 tahun dan usia perkahwinan baru 5 tahun…siapa sangka rumahtangga yg di bina sedang retak sedikit demi sedikit kerana orang ketiga…
Semuanya diketahui dari whatsapp dan terbongkar semua perbuatan suami di belakang saya… Sungguh saya tak tahu nak berkongsi dengan siapa..suami curang dengan student praktikal di ofis bukan setakat curang tapi sehingga mereka sudah melakukan perbuatan terkutuk tu tak sanggup saya nak membayangkan suami sanggup buat begini di belakang saya…
Saat saya tahu semua ni rase gelap dunia ni tapi kerana anak saya medapat sedikit kekuatan untuk menghadapi kenyataan ni walaupun sebenarnye saya memang lemah sangat lemah…
Suami menyesal dan akui kesilapan dia kerana terlalu ikutkan nafsu dan meminta peluang kedua tapi sungguh susah untuk saya menerima nya….ya allah.. Dalam hati ni memang masih ade sayang tp perasaan keciwa dikhianati mengatasi segalanya…
Suami juga ade meminta untuk berkahwin tapi saya tahu suami memang tidak mampu dari segi zahir, agama dan batin..kalau saya benarkan saya tahu mesti akhirnya saya juga akan makan hati gara2 suami tidak berlaku adil…saya kata kalau suami benar nak kahwin dengan budak tu saya izinkan tapi saya minta suami ceraikan saya…ya allah sungguh tak pernah terlintas di fikiran untuk sebut perkataan cerai…tapi dia tak sanggup hidup tanpa saya kerana terlalu sayang keluarga kami…macam mana saya nak percaya sedangkan ape yg suami buat tu menunjukkan dia memang tak bahagia dengan saya…dah tak sayangkan saya..sebab tu dia tergamak melakukan perbuatan terkutuk tu…
Memang susah untuk saya percaya cakap suami yg dia sangat sayangkan saya lagipun student praktikal tu masih berada di ofis nya dan saya tak percaya kata suami yg dia sudah tinggalkan budak tu…suami kata dia dan budak tu hanya buat urusan kerja saja dah tak lebih dari tu… Ntahla terlalu susah untuk saya percaya kata kata suami…
Semoga Allah memberi petunjuk kepada saya untuk selesaikan masalah rumahtangga kami….
Nukilan
Seorang isteri
Assalam Kak Nukilan n Kak Miss…
Nasib kita sama, cerita kita lbih kurang, ksengsaraan kita dalam.
Can we talk n share?
sy perlukan kkuatan drpda akak2 :'(
Cerita ni saya baca dah lebih dari 3 kali.memang terbaik untuk membakar semangat buat saya yang kecewa dan bakal bercerai atas desakan isteri kerana ada orang lain sejak kerja di tempat baru.Blog akuislam ni memang blog yang memapar kan artikel yang sangat baik dan murni untuk mereka2 yang kecewa dan untuk bacaan am.terus kan usaha baik saudara Muhamad Naim, CikDaa (penulis tajuk artikel ini) dan Penyumbang2 artikel yang lain.semoga Allah membalas jasa baik anda semua dan semoga kita terus tabah dan sentiasa dalam lindungan Nya.Amin ya rabbal alamin.
Semua yg ada pd kita adalah pinjaman sampai masa akan di ambil semula.Sujud lah pd yg Esa.Kisah sedih saya amat panjang utk di ceritakan (blh di buat sebuah filem).29 th sya hidup bersama di kecewakan di sebabkan org ke 3..lima org anak-anak nya saya lahirkan alasan yg di beri ialah 29 th hidup dgn saya tidak BAHAGIA.
Setiap kali terluka, saya akan singgah di sini untuk mencari kekuatan. Segala keluhan mereka yang disakiti membuatkan saya ingin kuat dan memperbaiki diri . Terima kasih untuk CikDAa, saya mengikuti Blog anda juga. kata-kata yang tersusun sangat berkesan untuk diri saya. Bukan mudah melupakan orang yang pernah kita sayang.. sakit itu seakan mengiringi setiap tarikan nafas. Hanya percaya, bahagia tidak semestinya perlu berdua, sendirian juga boleh bahagia.
Sy masih lg kecewa dari 2003 hingga la sy sudah b’nikah. Setiap percintaan sy menemui kegagalan hinggalah sy berkahwin thn ini,suami pula berubah sikap. Xde angin xde ribut,call msg x b’balas. Dlm hampir sethn usia perkahwinan ni,sgt ssh nk bahagia. Mungkin takdir hidup sy begini,mungkin sy x layak ada pasangan hidup. Suami sanggup menipu mengatakn ayahnya sakit masuk hosp di masjid tp ke pesakit luar pn xde. Tah la..masih meratapi nasib yg tiada kesudahan,usia pn hampir ke 40an namun bahagia masih xnk kunjung tiba. Salahnya sy yg mmg tercipta mudah percayakn org. Sy yg silap,sy yg x mampu tlg diri sendri.. sedihnya..solat jemaah bersama tp sbnrnya suami x bahagia bersama sy.
Assalam kak..
Nasib kita sama.
Allahu :'(
Assalam Kak Nukilan n Kak Miss…
Nasib kita sama, cerita kita lbih kurang, ksengsaraan kita dalam.
Can we talk n share?
sy perlukan kkuatan drpda akak2 :'(
assalamualaikum.
cikdaa
jujur saja sangat sulit untuk melupakan ..apalagi dia tinggalkan saya tanpa meninggalkan alasan.
setiap kali bila teringat balik benda2 lepas,saya akan seach dan artikel ni yg saya akan jumpa,,artikel terbaik dlm byk2 yg saya pernah baca..bagaimana utk kita kuat dan bangkit semula selepas hati kita diremukkan dan dihancurkn oleh cinta manusia..terima kasih penulis,anda menulis berdasarkan pengalaman,dan anda begitu menjiwai dan merasai setiap kesakitan yg orang lain jgk sedang rasai waktu ini..artikel yg sgt menenangkan hati dan jiwa utk mereka yg sedang derita.satu pesanan saya utk mereka yg sedang diuji dengan kekecewaan yg sama..yakinlah,utk setiap penolakan pasti akan ada penerimaan dari seseorg yg lebih baik..ini yg saya selalu pegang utk memujuk hati spaya redha dgn ketentuanNya.,hidup ini terlalu singkat utk kita berterusan hidup dlm kesedihan..bangkit dan mulakan hidup yg lebih baik.kejar impian dan kejar tuhan.pasti satu hari nanti,tuhan akan pertemukan seseorg yg jugak pada waktu ini sedang kecewa dan berusaha utk bangkit dan menjadi lebih baik jgk..hidup ini harus dilalui dgn kuat,kerana kita hidup mmpunyai tujuan.salam aildilfitri semua.semoga tuhan cabutkan derita dihati anda dan digantikan dengan bahagia.insyaAllah.
setiap penolakan pasti akan ada penerimaan dari seseorang yg lebih baik…..kata ini serba sedikit dapat memujuk hati saya..terima kasih
assalamualaikum,
saya sudah dan sedang menjalani proses ini,proses dimana Tuhan sdg mengenalkan diriNya kpd hamba…jgn bergantung kpd makhluk,jgn berharap sepenuh hati kpd makhluk,karena Dia Sang Maha pencemburu,bisa jadi slama ini saya mencintai istri saya melebihi cinta kpdNya…..mungkin saya masuk kdalam lingkaran syirik kecil dgn jalan tsb,hingga akhirnya hanya kekecewaan yg mndalam thd apa yg slama ini saya perjuangkan,yg slama ini saya jaga,yg slama ini saya setiakan hati padanya,kadar saya mencintai istri terlalu berlebihan melebihi cinta saya kpd Tuhan….tidak ada yg salah dgn setia,tidak ada yg salah dgn cinta apalagi thd istri sendiri namun kadar yg berlebih akan hal tsb sama artinya dgn saya menuhankan istri….dunia ini fana’,dunia ini sementara termasuk didalamnya harta,jabatan,keluarga…..apa artinya cinta berlebih thd dunia jika dipenghujung nanti kita masuk kdlm liang lahat sendiri,yg ada hanya diri dan Tuhan…..jadikan dunia beserta isinya sbagai perantara menujuNya,bukan sebaliknya.
Assalamu’alaikum.Saya beberapa kali di kecewain pacar saya. Dia tidak pernah hargai saya . Dan dia selalu permainkan saya. Rasa sakit dan luka saya sangat mendalan. Bahkan saya pernah mau mengakhiri hidup saya. Apa yang harus saya lakukan agar saya bisa menghapus luka dan sakit yang mendalam ini?. Apa saya juga punya gangguan psikis soalnya dari kecil setiap aku di sakiti sakit nya mendalam dan susah hilang. Saya juga mudah sakit hati. Setiap pacar saya tdk bales sms atau gk hub saya saya sangat sakit hati. Saya butuh solusinya karena saya gk punya semangat lagi.dan saya tdk bisa jauhi pacar yang sekarang jadi mantan saya.
dia bercinta 2thn lbih dgn aku.. jarak jauh dr dia.. mgkin pyebab knp dia senang tipu aku.. dia bertunang dgn ppuan lain.. lpas 3bulan baru sy tahu dia dah bertunang.. dia kata jodoh dia dgn tunang dia bkn dia yg tntukan..dia kata dia dah lma betunang sblm dia jmpa aku..dia mmg suka tipu aku.. dia mmg ingin aku pergi.. so aku lepaskan dia.. tp lpas brp bulan. . bia pun dia masi bertunang dia cari aku semula.. aku yg mmg mci syg dia pun cuba bersama dia.. tp akhirnya hnya 2bln aku bersama dia. . aku x sanggup krn dia hanya muncul utk sakitkan aku.. buat aku mnangis lbih bnyk dr sebelumnya.. knp lah dia cari aku semula .. hanya mnambah sakit yg aku rasa.. kmudian aku nekad btl2 tinggalkan dia.. buang simkad lma dan deactivate fb supaya aku x nmpk berita ttg dia lg.. skrg aku masih bersedih.. dah 3 bulan masih menangis bila ingat dia.. ntah knp msi berharap dia muncul semula dan bhagia dgn dia.. setiap ary.. setiap ada waktu bersndiri ttp trkenang dia.. biarlah.. semua yg berlaku pasti ada hikmah.. allah lbih mgetahui..
Kurang apa aq….. Pernah kau pukuli berkali kali, pernah jalani hidup yg sangat susah d usir sana d usir, perkataanmu waktu kau pukuli aq sangatlah sakit dihati “aq nikahi kamu karna dendam” . 3thn sudah aq jalani rumah tangga tpi aq tag bsa hilangkan sakit hati ini, hilangkan trauma ini aq tag bsa. Sungguh sangat mendalam sakit hati ini. Tpi tag tau aq tag bs meninggalkanmu, apapun yg kau lakukan aq tetap mencintaimu. Tolong jgn sakiti aq walau itu kecil walau hanya perkataan yg menyinggungq jgn sakiti aq sedikitpun karna itu akan mengulang kembali sakit hatiq n q lampiaskan ke anakq. Kasihanilah anakq n aq
Kisah ku lebih parah dari yg klian alami…
Saya nggk bisa cerita..
Tak ingin lagi terperangkap di masa lalu..
Cukup cma saya dan dia yg tau..
Bukan cuma 1 kali atau dua kali..
Tpi saya sudah sering di kecewakan olh wanita..
Yg mngatas namakan cinta..
Saya mncoba untuk slalu brtahan dengan pembuktian dan kesetian hubungan selama pacaran 2 tahun.
Namun dia mlah se enaknya aja..
Dari cara ngomong nya..
Namun saya brusaha untuk tetap sabar..
Tpi dia tetap saja ga bisa merubah perkataannya..
Bahkan saya pernah sambil mmbawa kitab suci alquran..
Supaya dia tau..
Bahwa saya bnar bnar sayang dan tulus..
Namun ksabaran saya sudah pada puncaknya..
Ya itu jenuh dengen sikapnya.
saya sudah pacaran 2tahun namun akhirnya berpisah karena dia tinggalkan saya bgtu saja ,, galauu , nangis tiap hari tp setelah saya membaca ini alhamdulilah mata hati saya gak terbuka sediikit
makasih ya aku islam terus memberi inspirasi , motivasi untuk kita semua ,,, thanks
Sy pn sama..prnah disakiti dgn jnji2 manis..jnji2 kosong.semua putus di tengah jln.masing2 sukar memahami isi hati n keadaan.di akui rasa kasih n syg i2 kukuh.slepas prpisahan..byk dugaan melibatkn hati n perasaan menimpa hdup qu dkala hati masih utuh tuk c dy.brmacam jenis sifat n sikap llaki menyapaqu slepas pmergiannya.solt sunat xprnh qu abaikn.tetp c dy jgk yg muncul dlm stp petunjukNYA.tp hati btambah sakit bila c dy hilang kabar berita.Ya..qu kena truskn langkah n mara kehadapn.Alhamdulillah..dgn izin n kuasa Allah qu bebs dr hubungan yg penuh pembohongan n dpt jauh dr sgalanya.sprti biasa sy truskn penyucian hati n diri dgn tunaikn solt2 sunat.air mata xberhinti menitis.aqu dh xbolh ingt kisah silam trmasuk org yg prnh qu syg.hari bganti hari qu kuatkn dgn menggingati Allah swt.Subahanallah dgn izin n kuasaNYA dlm mase trdekat ingatnqu kembali pulih n hati brtambah tenang.d cne sy nk kogsi tentang kebesaran Allah SWT.apa2 pn yg kita ingin lakukn nawaitu i2 penting.lakukan niat kerana Allah Insyaalah keikhlasan n kekuatan tuk hadapi dugaan i2 pasti dipermudahkn olehNYA.SABAR ITU INDAH.Wallahualam.
sy pernah dsakiti hatinya oleh orang yg sangat sy cintai, bahkan dy lh laki2 pertama yg membuat saya jatuh cinta, dy mnikahi saya tp kenyataannya sy hanya jd istri k2 nya, sakit kecewa itu yg sy rasakan.. sy gk rela bila dy bahagia krn dy yg buat hati ini sllu menangis dy yg buat hati ini sllu merindukan ksih syang andai Allih msh menyiapkn jodoh tuk saya yg sesuai dgn keinginan ht sy, sy gk akan sia2 n jodoh itu
Memang sakit,sgt sakit. Tapi dalam usaha untuk move on dan bangkit untuk menjadi insan yang kuat tiba2 muncul si dia menagih simpati ????
Assalamualaikum
Saya mau curhat ni,saya baru satu bulan menikah,tapi mengapa saya menyesalinya.
Rasa penyesalan di hati saya sangat besar rasanya..saya mengenali dia cuma 1 bln sebelum menikah…tapi setelah menikah dan tinggal bersama,saya merasakan penyesalan…KENAPA ???